Mak Pernah Pesan Anda Tentang Telefon, Rupa-rupanya Ada Sebab

imej dari freepik
Ambil masa untuk pause atau berhenti sekejap dan renung: bilakah kali terakhir anda benar-benar membiarkan otak berehat?
Bukan rehat sambil buat kerja lain, tapi betul-betul berhenti — ketika anda tidak buat apa-apa pun.
Bayangkan diri anda di anjung rumah, menikmati secawan kopi pada pagi Ahad yang tenang. Udara segar, belum tercemar, dan anda terfikir mahu berjalan pagi. Tiada gangguan telefon, tiada fikiran bersimpang-siur. Hanya anda, berada sepenuhnya dalam ruang mental yang tepat.
Jika difikirkan, saat-saat ‘kosong’ yang ringkas beginilah yang sering menghidupkan semula semangat kita. Kegembiraan pergi ke restoran kegemaran selepas kerja, duduk di bangku taman melihat orang lalu-lalang, atau berkhayal sambil menikmati matahari terbenam. Ia bukan produktiviti dalam erti biasa, tetapi selalunya, inilah waktu di mana kreativiti melonjak.

Namun, kita isi setiap sela masa yang ada. Kita tersalah anggap doomscrolling sebagai ‘rehat’. Bukan hanya sebelum tidur — kita menatal telefon semasa menunggu kawan yang lambat, makan sambil menonton TV, malah bawa telefon ke tandas. Otak hampir tiada ruang untuk berehat daripada tugas yang bertukar-tukar.
Fikiran kita sentiasa penuh, ditambah pula dengan beban kerja dan hal peribadi yang menekan.
Lama-kelamaan, kesannya mula terasa: tumpuan makin menurun, minda letih, kebimbangan meningkat, dan banyak lagi.
Apabila kita benar-benar faham betapa gigihnya otak bekerja di sebalik tabir, saat-saat paling biasa pun akan terasa seperti satu hela nafas yang sangat diperlukan.
Anda mungkin menyukai artikel ini:
Self-Care di Tempat Kerja: Kunci Kesihatan Mental dan Produktiviti
Bagaimana Rentak Hidup Moden Menyumbang kepada Burnout yang Melampau
Dulu, ada saat-saat di mana tidak berbuat apa-apa itu terasa semula jadi. Dalam waktu terbiar itulah, minda kita akhirnya dapat bernafas.
Hari ini, berhenti sekejap hampir pupus. Kita jarang benar berada sepenuhnya dalam apa yang sedang dilakukan, dan pada masa sama, juga tidak benar-benar mematikan diri daripada rangsangan luar. Sebaik terasa kekosongan, kita akan lakukan apa sahaja — asalkan tidak perlu duduk diam dan membiarkan minda tenang.
Dalam kejaran terhadap rangsangan tanpa henti, kita terlupa bagaimana untuk sekadar wujud. Kita tidak beri peluang kepada otak untuk berada dalam keadaan Default Mode Network (DMN) — iaitu mod rehat semula jadi yang aktif bila kita tidak fokus pada sebarang tugas khusus. Dalam keadaan inilah, kreativiti, refleksi, dan pemikiran mendalam berlaku.
Setiap kali kita bertukar daripada satu tugas ke tugas lain — walaupun hanya berhenti sekejap untuk semak notifikasi — kita menggunakan tenaga mental. Proses ini dipanggil context switching, iaitu peralihan berterusan antara tugasan, tab, dan persekitaran. Ia meningkatkan beban kognitif, lalu menyedut tumpuan dan tenaga kita.
Kita memang tidak dicipta untuk hidup sepantas ini. Namun, dalam dunia yang menganggap ketenangan itu sebagai sesuatu yang perlu ‘dibetulkan’, kita terus memaksa diri melampaui batas.
Kembalikan Ketenangan Minda Anda
Izinkan diri anda berhenti sekejap. Kita tak perlu isi setiap sela masa dengan sesuatu. Dalam dunia yang sentiasa mendesak kita untuk terus bergerak, menghargai ketenangan dalam rutin harian bukanlah masa yang sia-sia. Berikut beberapa cara yang boleh anda cuba:
- Mulakan hari anda dengan perlahan. Regangkan badan sedikit, buka tingkap, atau duduk diam seketika dan rasai angin pagi — sebelum terus terjun ke skrin atau perancangan harian.
- Pilih satu waktu makan dan fokus padanya sahaja. Tanpa skrin, tanpa bunyi latar. Hanya anda, makanan, dan ruang untuk menyapa diri sendiri. Bunyi macam kecil, tapi impaknya besar.
- Ambil rehat tanpa tujuan khusus. Sama ada semasa berulang-alik, menunggu giliran, atau sebelum tidur — cuba elak cari hiburan segera. Biarkan fikiran melayang bebas. Kadangkala, idea terbaik muncul dalam ruang antara itu.
- Bina sempadan dengan teknologi. Anda tak perlu berhenti terus guna peranti. Tapi cuba perasan — adakah anda capai telefon sebab perlu, atau cuma kebiasaan? Boleh tak biarkan scroll itu tunggu sebentar? Boleh tak berhenti sekejap dibiarkan tak terganggu? Walau hanya beberapa minit ketenangan, ia tetap berharga.
Dalam detik sunyi di mana anda tidak buat apa-apa, Default Mode Network otak akan aktif — memberi ruang untuk anda berfikir, pulih, dan susun semula diri.
Raikan saat-saat ini. Ia mungkin kelihatan remeh, tapi di situlah letaknya kuasa untuk memulihkan anda, secara mendalam.
Baca lagi: 7 Jenis Rehat
Perkembangan Peribadi
Anggie ialah editor Bahasa Inggeris di Leaderonomics, di mana penciptaan kandungan merupakan sebahagian penting dalam rutin hariannya. Dia tidak pernah berpisah dengan teman setianya: secawan teh hijau panas atau latte ais.