Apa yang Berlaku Jika Anda Melakukan Ini Selama 48 Jam?

imej oleh @yanalya dari freepik.com
Ini berlaku melalui proses yang dipanggi neuroplasticity iaitu apabila pemikiran negatif yang berulang menguatkan laluan saraf, menjadikan minda lebih mudah kembali kepada sikap pesimis. Hal ini diterangkan oleh Hukum Hebb: Neuron yang aktif bersama, akan berhubung bersama. Lama-kelamaan, ia mewujudkan tabiat memberi tumpuan kepada masalah berbanding penyelesaian, sekali gus mengurangkan keupayaan anda berfikir dengan jelas dan membuat keputusan yang baik.
Mengeluh bukan satu strategi. Eckhart Tolle mengingatkan kita:
“Untuk mengeluh adalah sentiasa tidak menerima apa yang sedang berlaku. Ia sentiasa membawa cas negatif yang tidak disedari. Apabila anda mengeluh, anda menjadikan diri anda mangsa. Ubah keadaan dengan mengambil tindakan, bersuara jika boleh, tinggalkan situasi itu, atau terimalah. Selain daripada itu adalah kegilaan.”
Pertimbangkan perkara ini:
- Mengeluh secara kronik boleh mengecilkan hipokampus, iaitu bahagian otak yang penting untuk memori, pembelajaran, dan penyelesaian masalah. Kajian menunjukkan bahawa kerap mengeluh — atau bahkan mendengar keluhan selama lebih 30 minit boleh menyebabkan kerosakan fizikal pada bahagian ini, menyerupai tanda awal yang dilihat dalam penyakit Alzheimer.
- Mengeluh juga mencetuskan pelepasan kortisol, hormon stres utama badan. Paras kortisol yang tinggi dalam jangka masa panjang melemahkan imuniti, mengganggu tidur, meningkatkan tekanan darah, menambah risiko penyakit jantung dan obesiti, serta menyumbang kepada kebimbangan dan kemurungan.
- Negativiti juga memberi kesan kepada kehidupan anda di luar otak. Ia mengurangkan kepuasan hidup, melemahkan hubungan (orang cenderung mengelakkan individu yang kerap mengeluh), menurunkan produktiviti, dan mewujudkan kitaran berulang tekanan serta kesihatan mental yang merosot.
Mengeluh ialah sesuatu yang kita semua lakukan. Kebanyakan kita mengeluh sekurang-kurangnya sekali dalam perbualan biasa. Cuba tanya diri sendiri: berapa kali anda mengeluh hari ini? Mungkin banyak. Lama-kelamaan, mengeluh boleh menjadi semudah bernafas dan sering terasa wajar.
Cuba lalui 48 jam tanpa mengeluh. Walaupun sekali. Tiada jelingan mata. Tiada keluhan panjang. Tiada rungutan. Kedengarannya mudah — sehingga anda mencubanya.
Sebelum bermula, senaraikan “suspek biasa”: kesesakan lalu lintas, politik, wang, keluarga, kerja, sukan, “mereka”, tubuh anda, tanggungjawab, masa lalu dan masa depan. Ingat, mengeluh melatih otak mencari apa yang salah. Jadi, lakukan langkah pencegahan dengan senarai tersebut. Bawa senarai itu bersama anda dan semak beberapa kali sehari.
Apabila kita mengeluh, otak bertanya, “Apa masalahnya?”
Apabila kita berhenti mengeluh, otak mula bertanya, “Apa yang boleh, atau patut, saya lakukan tentang perkara ini?”
Artikel ini mungkin menarik minat anda: 20 Faedah Bersyukur
48 jam. Tanpa keluhan. Perubahannya?
- Anda mula sedar kata-kata anda.
- Anda mula melihat pengajaran.
- Anda mula menghargai.
- Rasa syukur bertambah.
- Kemenangan kecil mula terkumpul.
- Anda berhenti bereaksi dan mula bertindak balas dengan sedar.
- Masalah terasa kurang berat.
- Tekanan menurun.
- Orang lebih senang berada di sekeliling anda.
- Tenaga anda berubah.
- Kesabaran meningkat.
- Perbualan menjadi lebih tenang.
- Kesedaran bertambah.
48 jam yang luar biasa. Ya, dunia tetap akan bercelaru, keadaan tidak akan sempurna, orang akan mengecewakan anda, perkara akan tetap salah, dan kebodohan tetap wujud. Tetapi anda akan berbeza. Dan orang di sekeliling anda juga akan berbeza.
48 jam. Jika anda terlepas (dan mungkin anda akan), mulakan semula. Saya sendiri memerlukan beberapa percubaan. Apabila akhirnya berjaya, saya sedar betapa banyak keluhan selama ini menahan saya ke belakang. Anda juga akan menyedarinya. Dan selepas itu, kita tidak akan kembali seperti dahulu.
Terima kasih kerana membaca. Anda seorang yang luar biasa!
Baca lagi: Mudah Marah? Ini Tips Kawal Emosi Supaya Anda Lebih Bertenang
Bagi pemimpin yang memikul lebih daripada sekadar jawatan mereka…
Sertai Malaysia Immersion Week 2026!
Ikuti perjalanan selama 8 hari (24 Jun – 1 Julai 2026) yang direka khas untuk pemimpin yang mahukan masa dan ruang untuk berhubung dengan pemimpin perniagaan sehaluan. Anda akan mendapat akses VIP ke Malaysia Leadership Summit, menyertai masterclass bersama pemimpin global, serta mengalami pengalaman imersi budaya yang memberi perspektif baru tentang diri anda dan pasukan anda.
Daftar sekarang!

Perkembangan Peribadi
Terry Small ialah pakar otak yang menetap di Kanada dan percaya bahawa sesiapa sahaja boleh belajar cara belajar dengan lebih mudah, lebih baik dan lebih pantas; dan belajar untuk belajar adalah kemahiran paling penting yang boleh diperolehi oleh seseorang.






