Belajar Mengikut Rentak Sendiri

May 13, 2026 2 Minit
Alt
Sumber:

imej dari magnific.com

Kenapa Kita Selalu Merasa Perlu Bergerak Cepat?

Masuk ke dunia kerja sebagai profesional muda sering kali datang dengan ekspektasi yang tidak tertulis: harus cepat faham, cepat beradaptasi, dan cepat terlihat “boleh diharap”. Apatah lagi bila melihat rakan kerja lain yang kelihatan terus serasi dengan sistem atau tugasan yang diberikan.

Tanpa sedar, kita mula membandingkan diri:
“Kenapa dia sudah boleh, aku belum?”
“Kenapa aku masih perlukan masa lebih lama?”

Akhirnya, proses belajar bukan lagi tentang memahami, tetapi tentang mengejar ketinggalan.

Realitinya: Belajar di Dunia Kerja Itu Kompleks

Berbeza dengan sekolah atau universiti, belajar di tempat kerja tidak selalu berstruktur. Tiada silibus yang jelas, tiada urutan pembelajaran yang rapi.

Sebaliknya, kita belajar daripada:

  • taklimat yang kadang cepat dan terhad
  • percubaan dan kesilapan ketika menyiapkan tugasan
  • maklum balas daripada ketua atau pasukan
  • pemerhatian terhadap cara kerja orang lain

Maksudnya, wajar jika prosesnya terasa lebih lambat dan mengelirukan pada awalnya. Bukan kerana kita tidak mampu, tetapi kerana sistem pembelajarannya memang berbeza.

Cepat Tidak Semestinya Bertahan Lama

Ada anggapan bahawa semakin cepat seseorang menguasai sesuatu, semakin baik prestasinya. Tetapi dalam banyak kes, yang lebih penting sebenarnya ialah konsistensi.

Di dunia kerja:

  • yang cepat tidak semestinya teliti
  • yang cepat faham tidak semestinya bersedia untuk situasi baharu
  • yang nampak “terus boleh buat” tidak semestinya mampu bertahan dalam jangka panjang

Sebaliknya, mereka yang belajar perlahan tetapi benar-benar memahami biasanya:

  • lebih sedikit kesilapan dan pembetulan
  • lebih berdikari pada masa hadapan
  • lebih bersedia menghadapi cabaran baharu

Jadi, kelajuan bukan satu-satunya penanda perkembangan.

Cara Belajar yang Lebih Mampan

Daripada fokus untuk cepat selesai, ubah pendekatan kepada lebih sedar dan terarah:

1. Fokus kepada pemahaman, bukan sekadar menyiapkan tugas
Fahami “mengapa” di sebalik setiap kerja, bukan hanya “apa” yang perlu dibuat.

2. Berani bertanya pada masa yang sesuai
Bertanya bukan tanda lemah, tetapi tanda ingin belajar dengan betul.

3. Terima bahawa pembetulan adalah sebahagian daripada proses
Semakan semula bukan kegagalan, tetapi sebahagian daripada pembelajaran.

4. Nilai perkembangan diri sendiri
Bandingkan diri dengan versi diri anda yang dahulu, bukan dengan orang lain.

Belajar Ada Rentak Sendiri

Setiap orang datang dengan latar belakang dan pengalaman yang berbeza. Ada yang sudah biasa dengan bidangnya, ada juga yang bermula dari kosong.

Sebab itu, rentak belajar tidak akan sama.

Yang sering dilupakan ialah: kemajuan kecil tetap bermakna. Memahami satu perkara hari ini, walaupun kecil, masih jauh lebih baik daripada tidak belajar langsung.

Perlahan Bukan Bermaksud Ketinggalan

Dalam persekitaran kerja yang serba pantas, memang tidak mudah untuk kekal tenang dengan ritma sendiri. Tetapi penting untuk diingat, kerjaya bukan perlumbaan jangka pendek.

Yang lebih penting ialah:

  • terus belajar
  • terus menyesuaikan diri

dan kekal konsisten

Jadi, jika hari ini anda rasa bergerak lebih perlahan, itu tidak mengapa. Selagi tidak berhenti, anda masih bergerak ke hadapan.

Kerana dalam banyak keadaan, belajar secara perlahan sebenarnya membina pemahaman yang lebih kukuh—dan itu yang akan bertahan lebih lama.

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Alt

Manisha ialah editor dan penulis di Leaderonomics. Beliau percaya bahawa tulisan mempunyai kekuatan untuk mendidik dan membawa perubahan dengan memberi inspirasi kepada ramai orang.


 

Alt

Cadangan Buat Kamu

Alt

Asyik Berfikir Berlebihan? Cuba 5 Cara Ini

Oleh Amirah Nadiah. Overthinking? Cuba 5 cara praktikal ini untuk tenangkan fikiran dan fokus pada perkara penting.

Nov 19, 2025 2 Minit

Alt

Mindset Positif: Bagaimana Saya Dapat Menghilangkan Fikiran Negatif?

Menghadapi fikiran negatif? Video ini menawarkan petua dan teknik praktikal untuk membantu anda melepaskan diri daripada corak pemikiran yang merosakkan dan memupuk pemikiran yang lebih positif dan tenang. Pelajari cara untuk mengawal fikiran anda dan mencipta ruang mental yang lebih sihat.

Mar 05, 2025 1:42 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest