Self-Care di Tempat Kerja: Kunci Kesihatan Mental dan Produktiviti

Mar 25, 2025 • 3 Minit
sayang diri
Sumber:

imej oleh @wayhomestudio dari freepik.com

Kesejahteraan Diri Kunci Kebahagiaan di Tempat Kerja

Pernah tak anda rasa terlalu penat dengan kerja sehingga rasa ingin give up? Kita selalu dengar tentang self-care dalam kehidupan seharian, tapi ramai yang tak sedar bahawa self-care di tempat kerja juga sama pentingnya. Bukan sahaja untuk kesihatan mental, tetapi juga untuk memastikan kita lebih produktif dan lebih gembira. 

Jom baca beberapa cara mudah untuk menjaga kesejahteraan diri di tempat kerja.

1. Kenali Had Diri untuk Elak Burnout

Bukan semua perkara perlu dilakukan serentak. Jika beban kerja sudah terlalu banyak, jangan takut untuk berkata ‘tidak’ atau meminta bantuan. Kita perlu belajar mengurus masa dengan baik dan tidak memaksa diri melakukan lebih daripada kemampuan. Apabila keseimbangan terjaga, kerja pun jadi lebih lancar dan ini dapat mengelakkan burnout.

2. Elakkan Jadi 'People Pleaser' demi Kesejahteraan Mental

Pernah tak anda rasa terpaksa buat sesuatu kerana tak mahu orang lain kecewa? Hakikatnya, kita tak boleh puaskan hati semua orang. Belajar untuk fokus pada apa yang betul-betul penting dan jangan terlalu risau jika kita tak dapat memenuhi setiap permintaan. Menetapkan batasan yang sihat akan membantu anda berasa lebih tenang dan produktif di tempat kerja.

3. Pentingnya Rehat: Cara Mudah Kurangkan Tekanan di Tempat Kerja

Jangan takut untuk ambil rehat. Bangun, regangkan badan, hirup udara segar atau sekadar tarik nafas dalam-dalam. Percayalah, otak yang segar akan membantu kita bekerja dengan lebih baik dan mengelakkan rasa terbeban. Ambil masa untuk diri sendiri supaya dapat kembali bekerja dengan lebih fokus. Anda juga boleh berehat sebentar dengan “nap sleep” di tempat kerja kerana ia mampu membantu anda lebih bertenaga.

4. Jangan Terlalu ‘Keras’ pada Diri Sendiri

Tak semua hari kita akan perform dengan sempurna. Ada hari yang kita rasa kurang produktif, dan itu adalah normal. Jangan terlalu menyalahkan diri jika berlaku kesilapan. Sama ada kesilapan kecil atau besar, ambillah ia sebagai pengajaran dan teruskan ke hadapan. Ingat, perjalanan kerjaya adalah maraton, bukan pecutan.

Anda mungkin menyukai artikel ini:

Kesihatan Mental di Tempat Kerja dan Kos Tersembunyi daripada Terus Memaksa Diri

5. Raikan Kejayaan Kecil dan Tingkatkan Motivasi

Kadang-kadang kita terlalu sibuk kejar matlamat besar sampai lupa menghargai pencapaian kecil. Bila berjaya siapkan tugasan penting atau mencapai sesuatu yang bermakna, raikannya! Beri diri sendiri sedikit penghargaan—walaupun hanya dengan secawan kopi atau berehat sebentar. Ini akan membantu meningkatkan motivasi dan keyakinan diri.

6. Jaga Kesihatan Fizikal dan Mental

Kerja kita takkan pernah habis, tapi kesihatan kita ada hadnya. Makan dengan baik, cukupkan tidur, dan kalau boleh, bersenam walaupun hanya berjalan sekejap. Apabila badan sihat, minda pun akan jadi lebih tenang. Kesihatan yang baik membantu meningkatkan produktiviti dan daya tumpuan kita.

7. Amalkan Pemikiran Positif

Banyak perkara dalam hidup yang kita tak boleh kawal, tapi cara kita melihat sesuatu boleh diubah. Daripada terlalu fokus pada perkara negatif, cuba lihat sisi positif dalam setiap cabaran. Ingatkan diri sendiri bahawa kita sudah melakukan yang terbaik. Sikap positif akan membantu kita mengurus tekanan dengan lebih baik.

Kesimpulan

Self-care bukan alasan untuk malas, tapi cara untuk memastikan kita dapat bekerja dengan lebih baik tanpa mengorbankan kesejahteraan diri. Jangan tunggu sampai dah penat baru nak jaga diri—mulakan sekarang! Apa langkah self-care pertama yang anda nak cuba hari ini?

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Alt

Amirah ialah editor Bahasa Melayu di Leaderonomics dengan latar belakang dalam bidang Linguistik dan Bahasa Melayu. Bagi Amirah, menulis bukan sekadar tugas, tetapi ruang untuk meneroka idea dan berkongsi perspektif. Di luar kerja, dia gemar menonton Netflix, mencuba makanan baharu dan menikmati secawan matcha.

Alt

Cadangan Buat Kamu

business meeting

Kejayaan Segera atau Sesuatu yang Berkekalan?

Oleh Eva Christodoulou. Adakah anda mengejar kejayaan segera atau membina sesuatu yang berkekalan? Artikel ini mengupas kejayaan jangka panjang.

Aug 03, 2026 • 4 Minit

Alt

Keseimbangan Kerja dan Kehidupan

Keseimbangan kehidupan kerja bermula dengan memahami apa yang benar-benar penting. Video ini berkongsi tiga langkah utama — menetapkan matlamat, merancang keutamaan dan membina disiplin — untuk membantu individu mengurus kehidupan serta kerjaya dengan lebih berkesan.

Jun 21, 2026 • 3:15 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest