Kenapa Kita Rasa Bersalah Apabila Berehat?

Aug 18, 2026 2 Minit
rest
Sumber:

imej oleh magnific.com

Wujud satu perasaan dalam kalangan kita yang membuatkan kita rasa bersalah untuk berehat, walaupun hanya untuk beberapa saat. Nampak seperti perkara kecil, tetapi ramai yang mengalaminya tanpa sedar. Kita berasa bahawa berehat seperti membuang masa dan apabila duduk sekejap atau sekadar merenung, kita mula merasakan diri tidak produktif. Ketika cuti pula, fikiran masih sibuk memikirkan kerja. Tubuh mungkin sedang berehat, tetapi minda tidak pernah benar-benar berhenti.

Sebenarnya, sebelum tekanan yang berpanjangan mula membawa kepada burnout, kita perlu mengambil masa untuk berhenti seketika dan menenangkan diri. Dan ya, kita tidak perlu rasa bersalah untuk berehat. Berehat merupakan sebahagian daripada performance.

Ada sesetengah situasi di mana kita sendiri tanpa sedar mensabotaj diri dengan menyiapkan tugasan sebaik sahaja kerja diberikan. Padahal, tugasan tersebut masih boleh diteruskan pada hari berikutnya. Kita terlalu mengejar untuk mencapai sesuatu dengan segera sehingga akhirnya beremosi dan tertekan apabila cuba mencapai sasaran. Sedangkan kerja tetap ada dan tidak pernah benar-benar habis.

Menurut perkongsian Dr. Fitri, Pakar Psikiatri, kita perlu memahami bahawa badan kita bukannya mesin atau robot. Otak dan emosi kita juga memerlukan recovery atau pemulihan. Sekiranya kita terus memaksa diri tanpa memberi ruang untuk berehat, lama-kelamaan fokus kita boleh menurun dan kita akan lebih mudah berasa tertekan.

Berehat bukan tanda bahawa kita malas. Sebaliknya, ia membantu badan dan minda untuk kembali bekerja dengan lebih fokus, stabil dan berkualiti.

Artikel ini mungkin menarik minat anda:

Hidup dalam Autopilot Tanpa Kita Sedari

Ramai orang berasa bersalah apabila berehat kerana terlalu terbiasa dengan hustle culture dan kehidupan yang sentiasa sibuk. Kita terbiasa mengukur hari berdasarkan perkara yang berjaya diselesaikan. Semakin banyak yang kita lakukan, semakin produktif kita rasa diri kita.

Namun, tidak semua masa perlu diisi dengan kerja atau pencapaian.

Kita sebenarnya boleh mengubah cara kita berfikir dengan memahami bahawa berehat bukan bermaksud kita lari daripada kerja, tetapi merupakan persediaan untuk kita kembali berfungsi dengan lebih baik. Kadangkala, berhenti seketika, menikmati secawan kopi, berjalan sebentar atau sekadar duduk tanpa melakukan apa-apa merupakan perkara yang kita perlukan.

Kerja akan sentiasa ada. Tugasan baharu akan sentiasa muncul dan senarai perkara yang perlu dilakukan mungkin tidak akan pernah benar-benar kosong. Jika kita menunggu sehingga semuanya selesai sebelum membenarkan diri berehat, kita mungkin akan terus menunggu.

Sebab itu, rehat tidak sepatutnya dilihat sebagai ganjaran selepas kita selesai bekerja. Ia adalah sebahagian daripada cara kita menjaga tenaga, fokus dan keupayaan untuk terus melakukan kerja dengan baik.

Pada akhirnya, kita bukan mahu menjadi manusia yang hanya pandai bekerja. Kita mahu menjadi manusia yang sihat, lebih tenang dan bahagia.

Jadi, apabila anda mengambil masa untuk berehat, jangan terus anggap bahawa anda sedang membuang masa.

Mungkin anda sebenarnya sedang memberi diri sendiri ruang untuk kembali dengan lebih baik.

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Alt

Amirah berlatarbelakangkan bidang Linguistik dan Bahasa Melayu. Beliau mempunyai pengalaman sebagai copywriter dan minat dalam bidang penulisan. Di luar kerja, Amirah gemar menonton Netflix, mencari makanan menarik dan menikmati matcha.

Alt

Cadangan Buat Kamu

team

Kepentingan Persahabatan di Tempat Kerja

Oleh Michelle Gibbings. Apabila ditanya mengapa mereka terus bertahan dalam pekerjaan yang mencabar, jawapan yang sering diberikan ternyata hampir serupa.

Jul 05, 2026 6 Minit

Alt

Mindset Positif - Kuasa Pemikiran Positif

Buka rahsia untuk kehidupan yang lebih bahagia dan memuaskan dengan kuasa pemikiran positif! Mulakan penggunaan positif hari ini dan lihat perbezaan yang boleh dihasilkannya.

Feb 05, 2025 2:12 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest