Burnout di Tempat Kerja: Tanda, Punca dan Cara Mengatasinya

Mar 02, 2025 2 Minit
penat melampau
Sumber:

imej oleh @yanalya dari freepik.com

Rasa letih nak pergi kerja walaupun baru bercuti?

Jika setiap hari terasa seperti beban, anda mungkin mengalami burnout di tempat kerjaBurnout bukan sekadar rasa penat biasa, tetapi keadaan tekanan kerja berpanjangan yang boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal.

Tanda-Tanda Burnout di Tempat Kerja

  • Keletihan kronik walaupun sudah berehat
  • Hilang motivasi dan minat terhadap kerja
  • Produktiviti menurun dan sukar memberi tumpuan
  • Perubahan emosi seperti kebimbangan atau mudah marah
  • Rasa putus asa, tidak berdaya, atau hilang keyakinan diri

Baca lagi: Wajib Tahu! 6 Langkah untuk Mengelakkan Burnout

Punca Burnout yang Sering Berlaku

  • Beban kerja berlebihan tanpa rehat yang mencukupi
  • Kurangnya kawalan terhadap tugas dan keputusan kerja
  • Sokongan sosial yang lemah dari rakan sekerja atau majikan
  • Ketidakseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi
  • Persekitaran kerja toksik yang penuh tekanan

Tonton video ini untuk mengetahui bagaimana organisasi anda dapat mencipta legasi yang berkekalan dengan membangunkan pemimpin bertaraf dunia melalui kandungan yang menarik.

Cara Mengatasi Burnout dan Mengembalikan Motivasi

  • Ambil cuti atau rehat secara berkala untuk mengelakkan keletihan melampau
  • Tetapkan had waktu kerja yang jelas dan asingkan masa kerja serta masa peribadi
  • Amalkan aktiviti relaksasi seperti meditasi, senaman, atau berjalan di luar rumah
  • Bercakap dengan penyelia atau rakan sekerja untuk mendapatkan sokongan moral
  • Kenal pasti tugasan utama dan kurangkan beban kerja yang tidak perlu
  • Libatkan diri dalam aktiviti luar seperti sukan atau hobi untuk mengurangkan tekanan
  • Dapatkan bantuan daripada pakar kesihatan mental jika burnout menjadi semakin teruk

Anda mungkin menyukai artikel ini:

Mengapa Kita Mengalami Burnout Empati dan Bagaimana Mengatasinya?

Peranan HR dan Majikan dalam Mencegah Burnout

  • Menyediakan sokongan emosi dan psikologi kepada pekerja
  • Menggalakkan keseimbangan kerja-hidup dengan polisi kerja fleksibel
  • Memastikan pembahagian kerja yang adil dan tidak membebankan
  • Menyediakan latihan pengurusan stres dan pembangunan diri
  • Mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sihat dan positif

Burnout bukan sekadar rasa penat biasa. Jika anda mengalami tanda-tanda ini, ambil langkah awal untuk mengatasinya sebelum ia menjejaskan kesihatan dan prestasi kerja anda.

Anda pernah alami burnout di tempat kerja? 

Artikel ini disiarkan atas kebenaran penulis. Boleh lihat tulisan asal di sini.

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Tag: Tujuan Hidup, Sumber Manusia

Alt

Norzarina Norhidullah ialah profesional berpengalaman dalam pengurusan sumber manusia, pembangunan bakat, dan strategi organisasi.

Alt

Cadangan Buat Kamu

Pitch

Cara Membangunkan "Elevator Pitch" untuk Menawarkan Diri Anda sebagai Pencari Kerja

Elevator pitch adalah pengenalan padat, biasanya tidak melebihi satu minit, yang secara ringkas merumuskan siapa anda, apa yang anda lakukan, dan apa yang anda cari dalam kerjaya anda. Istilah untuk persembahan diri yang singkat namun berkesan ini berasal dari idea untuk memperkenalkan diri kepada seseorang yang berkuasa jika, secara hipotesis, mereka hanya mempunyai perjalanan lif yang singkat untuk melakukannya.

Jul 21, 2024 5 Minit

Mindset positif

Penetapan Minda Positif: yang Mana yang Anda Miliki?

Ingin tahu tentang minda anda? Video ini membantu anda mengenal pasti sama ada anda mempunyai mindset tetap atau berkembang dan menerangkan bagaimana masing-masing boleh membentuk kehidupan anda.

Apr 07, 2025 2:12 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest