Deep Work: Rahsia Bekerja Lebih Fokus dan Produktif

Sep 22, 2025 3 Minit
work
Sumber:

imej oleh @arthurhidden dari freepik.com

Fokus tanpa gangguan untuk hasil kerja berkualiti tinggi

Pernah tak anda bekerja di pejabat atau di rumah, tetapi tugasan terasa terlalu lama untuk disiapkan? Mungkin kerana ia tugasan baharu atau e-mel yang memerlukan perhatian segera. Kadangkala, kerja sebegini mengambil begitu banyak masa sehingga anda tidak sempat menyiapkannya.

Dalam situasi ini, anda mungkin perlu bekerja dalam mod deep work — satu cara bekerja yang membolehkan anda memberi fokus sepenuhnya untuk menghasilkan kerja yang berkualiti.

Deep work membantu anda mencapai tahap tumpuan yang tinggi. Walaupun dalam keadaan penat, ia membantu anda kekal tenang dan fokus, sekali gus mempercepatkan proses menyiapkan tugasan.

Jadi, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan deep work, dan mengapa ia penting?

Apa Itu Deep Work?

Deep work ialah keadaan fokus sepenuhnya yang membolehkan anda mempelajari perkara yang mencabar dan menyiapkan kerja dengan kualiti tinggi dalam masa yang lebih singkat.

Istilah ini diperkenalkan oleh Cal Newport, profesor sains komputer di Universiti Georgetown dan penulis buku Deep Work: Rules for Focused Success in a Distracted World.

Menurut Newport, deep work berlaku apabila anda bekerja tanpa gangguan, membolehkan otak berfungsi pada tahap terbaik.

Bekerja Tanpa Gangguan Digital

Untuk benar-benar produktif, Newport menekankan kepentingan menjauhkan diri seketika daripada alat komunikasi seperti telefon dan e-mel.

Jika sukar untuk terus memutuskan hubungan, mulakan dengan 60 hingga 90 minit setiap hari untuk bekerja dalam keadaan bebas gangguan.

Shallow Work vs. Deep Work

Berbeza dengan deep workshallow work merujuk kepada tugasan rutin yang tidak memerlukan fokus penuh, seperti:

  • Membalas e-mel
  • Menjadualkan mesyuarat
  • Tugasan penyelarasan yang berulang

Kerja jenis ini sering dilakukan sambil multitasking dan boleh dilakukan walaupun anda terganggu.

Walaupun mustahil untuk menghapuskan shallow work sepenuhnya, mengurangkan masa yang dihabiskan untuknya memberi anda lebih ruang untuk kerja yang memberi impak besar.

Anda mungkin menyukai artikel ini:

Mempraktikkan "Deep Work" dalam Kehidupan Seharian

Mengapa Deep Work Penting dan Berkesan

1. Mengelakkan Gangguan

Gangguan adalah musuh utama fokus. Apabila anda sering bertukar antara tugasan — contohnya, memeriksa telefon semasa menulis laporan — sebahagian perhatian anda masih tertinggal pada tugasan sebelumnya.

Fenomena ini dikenali sebagai attention residue (sisa perhatian). Kajian menunjukkan ia boleh mengambil sehingga 20 minit untuk mendapatkan semula momentum selepas diganggu.

Jika anda memeriksa telefon dua kali dalam sejam, anda mungkin kehilangan hampir dua pertiga masa fokus anda!

2. Melatih Semula Otak

Apabila anda fokus sepenuhnya, otak anda:

  • Membina laluan pembelajaran yang lebih kukuh
  • Mempercepatkan sambungan neuron untuk kemahiran baharu

Hasilnya, anda belajar dengan lebih pantas dan cekap.
Namun, proses ini hanya berlaku apabila anda memberi tumpuan sepenuhnya pada satu tugasan tanpa gangguan.

3. Menghasilkan Kerja Berkualiti dengan Cepat

Menyiapkan tugasan biasa tidak sama dengan menghasilkan kerja yang benar-benar berkualiti.

Contohnya, seorang pengurus HR yang memberi tumpuan mendalam dapat menganalisis kekuatan dan kelemahan pasukan, seterusnya membuat keputusan strategik dan merancang inisiatif baharu untuk meningkatkan pengurusan pasukan.

4. Memberi Kepuasan dalam Bekerja

Deep work bukan hanya soal produktiviti. Ia membawa anda ke dalam flow state — keadaan di mana kemahiran dan cabaran seimbang dengan sempurna.

Dengan fokus mendalam, anda bukan sahaja menghasilkan kerja bernilai tinggi, tetapi juga merasai kepuasan dan kebahagiaan dalam pekerjaan harian. Kerja anda terasa lebih bermakna dan memuaskan.

Dengan mengamalkan deep work, anda bukan sahaja menjadi lebih produktif, tetapi juga menemui makna dan kepuasan dalam pekerjaan. Mulakan dengan langkah kecil, peruntukkan masa khusus setiap hari untuk bekerja tanpa gangguan dan lihat perubahan positif yang berlaku.

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Sumber Rujukan:

  • https://asana.com/resources/what-is-deep-work
Alt

Berlatarkan pendidikan dalam Bahasa dan Linguistik Melayu, Amirah Nadiah gemar membaca dan mengikuti perkembangan semasa, yang membolehkannya kekal peka terhadap pelbagai isu. Sebagai seorang Content Editor, beliau aktif dalam kerja terjemahan serta penghasilan kandungan yang menarik dan meyakinkan. Pada masa lapang, beliau suka berkongsi frasa self-love di platform X miliknya.

Alt

Cadangan Buat Kamu

sayang diri

Self-Care di Tempat Kerja: Kunci Kesihatan Mental dan Produktiviti

Oleh Amirah Nadiah. Pernah rasa terlalu penat dengan kerja hingga rasa putus asa? Self-care bukan hanya penting dalam kehidupan seharian, tetapi juga di tempat kerja untuk kesihatan mental, kebahagiaan, dan produktiviti.

Mar 25, 2025 3 Minit

Alt

Mindset Positif: Bagaimana Saya Dapat Menghilangkan Fikiran Negatif?

Menghadapi fikiran negatif? Video ini menawarkan petua dan teknik praktikal untuk membantu anda melepaskan diri daripada corak pemikiran yang merosakkan dan memupuk pemikiran yang lebih positif dan tenang. Pelajari cara untuk mengawal fikiran anda dan mencipta ruang mental yang lebih sihat.

Mar 05, 2025 1:42 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest