Cara Nak “Overhaul” Hidup Anda

Jun 10, 2025 2 Minit
kehidupan
Sumber:

imej dari rawpixel.com dari freepik.com

Langkah Mudah Bina Deep Life

Anda tak tahu nak buat apa dengan hidup?

Banyak masa tetapi habis dengan menonton Netflix dan YouTube?

Hidup terasa membosankan... malas nak buat apa-apa...

Jawapannya, anda perlu overhaul hidup anda!

Ini sebenarnya konsep “deep life” yang cuba dipopularkan oleh Cal Newport (penulis buku Deep Work).

Ada 4 kategori penting yang anda perlu fokuskan untuk membina deep life ini:

1. Craft

Kebanyakan daripada kita bekerja dari 8 pagi hingga 5 petang, dan sudah tentu kita terlibat dalam menghasilkan kerja seperti laporan, produk, atau idea.

Idea Cal Newport ialah untuk menjadi pekerja yang mempunyai career capital (kemahiran yang jarang dan bernilai) dan sentiasa menghasilkan kerja melebihi jangkaan, iaitu 120%!

Dengan menghasilkan kerja yang berkualiti, ia secara tidak langsung membina kepuasan dalam hidup kita. Sudah tentu, deep work ialah elemen penting dalam menghasilkan kerja yang hebat ini.

Satu kata kunci: hasilkan kerja berkualiti tinggi!

Anda mungkin menyukai artikel ini:

Petua Produktiviti: Kaedah 3-3-3 untuk Jadi Lebih Produktif

2. Community

Elemen kedua ialah Community. Asasnya, kita merupakan makhluk sosial yang perlu hidup bermasyarakat.

Sama ada dengan komuniti masjid, persatuan, badan amal atau apa sahaja komuniti, pastikan kita terlibat dan menyumbang sesuatu yang bermanfaat.

Dengan keterlibatan kita bersama komuniti melalui sumbangan yang diberikan, ia akan menjadikan kita insan yang lebih bahagia.

(Boleh baca artikel berkaitan altruism.)

3. Constitution

Constitution ialah kategori berkaitan kesihatan fizikal tubuh badan kita.

Tanya diri anda sejauh mana kita menjaga kesihatan daripada sudut pemakanan dan senaman untuk memastikan tubuh badan sentiasa dapat beroperasi pada tahap optimum.

Tiga perkara penting: jaga pemakanan, senaman berkala, dan tidur yang cukup.

Baca lagi:

Kebahagiaan yang Sebenar

Tonton video ini untuk mengetahui bagaimana organisasi anda dapat mencipta legasi yang berkekalan dengan membangunkan pemimpin bertaraf dunia melalui kandungan yang menarik.

4. Contemplate

Elemen terakhir untuk membina deep life ialah contemplate.

Maksudnya ialah mengisi hidup dengan pembacaan dan penaakulan terhadap bahan yang mendalam seperti teks keagamaan (al-Quran, kitab-kitab hadis, kitab-kitab ulama), serta buku-buku falsafah.

Pembacaan terhadap subjek seperti ini akan menghasilkan hidup yang lebih bermakna, dan dalam masa yang sama menjadikan kita insan yang lebih tenang.

Cuba dulu fokus pada satu tabiat dalam setiap elemen ini dan teruskan secara konsisten dalam jangka masa panjang.

InshaAllah, anda akan melihat perubahan dalam hidup.

Selamat mencuba!

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Alt

Hazeem Mahayadin ialah seorang jurutera sepenuh masa yang banyak menulis berkenaan produktiviti di platform X.

Alt

Cadangan Buat Kamu

penat melampau

Burnout di Tempat Kerja: Tanda, Punca dan Cara Mengatasinya

Oleh Norzarina Norhidullah. Jika setiap hari terasa seperti beban, anda mungkin mengalami burnout di tempat kerja. Burnout bukan sekadar rasa penat biasa, tetapi keadaan tekanan kerja berpanjangan yang boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal.

Mar 02, 2025 2 Minit

Mindset positif

Penetapan Minda Positif: yang Mana yang Anda Miliki?

Ingin tahu tentang minda anda? Video ini membantu anda mengenal pasti sama ada anda mempunyai mindset tetap atau berkembang dan menerangkan bagaimana masing-masing boleh membentuk kehidupan anda.

Apr 07, 2025 2:12 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest