Petua Produktiviti: Kaedah 3-3-3 untuk Jadi Lebih Produktif

Nov 13, 2024 2 Minit
produktif
Sumber:

Gambar dari freepik

Pada minggu ini, saya ingin berkongsi tentang satu kerangka yang dinamakan "Kaedah 3-3-3". Kaedah 3-3-3 ini adalah hasil cetusan idea Oliver Burkeman, penulis buku Four Thousand Weeks.

Apa yang dimaksudkan dengan Kaedah 3-3-3 adalah:

  • Luangkan 3 jam sehari untuk menyiapkan perkara yang paling penting.
  • Siapkan 3 tugasan kecil yang mengambil sedikit masa anda.
  • Lakukan 3 aktiviti "penyenggaraan" yang akan membantu menjadikan hidup kita lebih teratur.

Idea di sebalik Kaedah 3-3-3 ini adalah bahawa 3 perkara yang saya sebutkan di atas akan menjadi "checkbox" anda untuk menilai kualiti hari anda. Dengan menyiapkan 3 perkara ini, kita boleh mengurangkan stres kerja yang sering kali berpanjangan.

Tonton video ini untuk mengetahui bagaimana organisasi anda dapat mencipta legasi yang berkekalan dengan membangunkan pemimpin bertaraf dunia melalui kandungan yang menarik.

Kaedah 3-3-3 ini akan benar-benar membantu anda membuat kemajuan dalam setiap apa yang anda lakukan dan membantu anda menjadi lebih produktif.

  • Kerja mendalam (deep work) selama 3 jam untuk menyiapkan tugasan paling penting yang akan mendorong kemajuan dalam kerja kita.
  • Siapkan 3 tugasan kecil seperti membalas e-mel atau kerja-kerja pentadbiran yang jika ditangguhkan boleh menimbun.
  • Lakukan 3 aktiviti "penyenggaraan" yang menyumbang kepada kemajuan dalam aspek kehidupan seperti kesihatan, pembelajaran sepanjang hayat, hubungan, penjagaan rumah, dan lain-lain.

Jadi, jika anda ingin mencuba Kaedah 3-3-3 ini, setiap hari cuba tulis 3 perkara yang saya sebutkan di atas.

1. Apakah perkara paling penting yang perlu anda lakukan?

2. Apakah 3 tugasan kecil yang perlu anda siapkan hari ini?

3. Apakah 3 aktiviti "penyenggaraan" berkaitan kehidupan yang perlu anda lakukan hari ini?

Setelah hari anda berakhir, semak tiga perkara tersebut sebagai penanda aras bagaimana masa anda digunakan.

Semoga kerangka ini dapat membantu anda menghadapi hari-hari yang sibuk.

Selamat bekerja semua!

Anda mungkin menyukai artikel ini:

Mempraktikkan "Deep Work" dalam Kehidupan Seharian

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Tag: Kebolehan Diri, Kualiti, Tujuan Hidup

Alt

Hazeem Mahayadin ialah seorang jurutera sepenuh masa yang banyak menulis berkenaan produktiviti di platform X.

Alt

Cadangan Buat Kamu

pengurusan masa, efektif

Pengurusan Masa Efektif

Oleh Arinah Zainordin. Anda tidak akan pernah “menemui” masa. Sebagai seorang pemilik perniagaan dan pakar strategi digital, saya sangat memahaminya. Jadi, berikut adalah 10 tip pengurusan masa untuk orang sibuk seperti anda.

Nov 03, 2024 2 Minit

Mindset positif

Mindset Positif: yang Mana yang Anda Miliki?

Ingin tahu tentang minda anda? Video ini membantu anda mengenal pasti sama ada anda mempunyai mindset tetap atau berkembang dan menerangkan bagaimana masing-masing boleh membentuk kehidupan anda.

Apr 07, 2025 2:12 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest