Tips Elak 'Burnout'

Jan 14, 2026 8.32 Min Video
Alt
Sumber:

imej dari unsplash

Video ini membincangkan isu burnout di tempat kerja serta peranan penting majikan dan pihak pengurusan dalam mencegah serta menangani masalah tersebut dalam kalangan pekerja. Menurut Dr. Rozanizam Bin Zakaria, burnout sering berlaku kepada individu yang pada asalnya sangat komited dan berdedikasi terhadap pekerjaan mereka.

Dalam perkongsian ini, beliau menggariskan tujuh langkah praktikal yang boleh dilaksanakan oleh organisasi untuk membina persekitaran kerja yang lebih sihat dan menyokong kesejahteraan pekerja. Antara langkah tersebut ialah meningkatkan kesedaran tentang burnout, menyediakan ruang yang selamat untuk perbincangan, membudayakan penghargaan, mengamalkan komunikasi yang jelas, menghormati sempadan antara kerja dan kehidupan peribadi, menetapkan jangkaan yang realistik, serta menyediakan sokongan dan kemudahan yang diperlukan bagi membantu pekerja menjalankan tugas dengan berkesan.

Perkongsian ini memberi panduan kepada majikan dalam mewujudkan budaya kerja yang lebih positif, produktif dan lestari, sekali gus membantu mengurangkan risiko stres serta burnout dalam organisasi.

Baca lagi:

Mengapa Kita Mengalami Burnout Empati dan Bagaimana Mengatasinya?

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Tag: Kebolehan Diri

Alt

Psikiatri, Pensyarah, Peguambela Kesihatan Mental, Penulis.

Alt

Cadangan Buat Kamu

diri

Kompetensi Liminal: Kemahiran Menjadi Diri

Oleh Elena Dolmat. Temui sebab mengapa fasa kepimpinan yang paling tidak selesa sebenarnya merupakan tanda kapasiti anda sedang berkembang, serta bagaimana untuk mengemudi jurang antara diri anda yang dahulu dan diri yang sedang anda menjadi.

Mar 24, 2026 5 Minit

Alt

Kesilapan Besar Bina Pasukan yang Pemimpin Gagal...

Membina pasukan bukan hanya tentang mencari individu yang hebat, tetapi bagaimana seorang pemimpin membina kepercayaan, rasa pemilikan dan budaya yang menyatukan semua ahli. Saiful Nang berkongsi pengalaman membina komuniti yang berkembang melalui kepimpinan berasaskan nilai.

Aug 02, 2026 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest