Kebahagiaan yang Sebenar

Nov 10, 2024 2 Minit
kebahagiaan, bahagia, kekayaan
Sumber:

Imej oleh jcomp dari freepik

Pada minggu ini, saya ingin berkongsi sebuah idea Robin Sharma, penulis buku 5am Club berkenaan konsep “wealth” yang beliau cuba sampaikan dalam buku baru beliau bertajuk “The Wealth Money Can’t Buy”.

Kekayaan boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk selain daripada dalam bentuk wang atau kekayaan.

Kekayaan Kewangan: Ini adalah kekayaan yang selalu diberitahu dan dipopularkan kepada kita. Umpamanya seperti pelaburan, simpanan dan kemampuan untuk mempunyai gaya hidup yang selesa. 

Kekayaan Kesihatan: Keupayaan fizikal yang baik jugak adalah antara satu bentuk kekayaan. Senaman harian, makan makanan sihat dan tidur yang cukup adalah jalan kepada mendapatkan kekayaan kesihatan.

Kekayaan Mental: Mempunyai kekayaan mental adalah dengan adanya minda yang positif sentiasa bersabar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup. Tenang dalam apa jua keadaan. Solat dan meditasi adalah kunci kepada mempunyai kekayaan mental yang. Baik.

Kekayaan Masa: Kekayaan masa adalah sesuatu yang sentiasa dicari bagi orang yang menginginkan fleksibiliti masa. Mengutamakan masa kita sebaiknya kepada perkara yang penting dalam hidup. Umpamanya seperti keluarga dan rakan-rakan.

Gambar dari freepik

Kekayaan Hubungan: Dengan adanya kualiti hubungan terutamanya dengan pasangan kita akan menjadikan kita sentiasa tenang. Meaningful connection ini antara salah satu kekayaan yang kita selalu lupa.

Kekayaan Impak: Menyumbang kepada perubahan pada dunia jugak adalah salah satu jenis daripada kekayaan. Memberi kepada masyarakat menjadikan kita terus bermotivasi untuk terus menjadikan dunia tempat yang lebih baik.

Tonton video ini untuk mengetahui bagaimana organisasi anda dapat mencipta legasi yang berkekalan dengan membangunkan pemimpin bertaraf dunia melalui kandungan yang menarik.

Kekayaan Pertumbuhan Peribadi: Yang terakhir adalah kekayaan personal growth seperti terus belajar perkara baru, bina skill baru dan menjadi manusia yang lebih baik.

Secara konklusinya, kaya bukan hanya terletak kepada kepada kewangan atau harta benda, tetapi banyak lagi perkara yang menjadikan hati kita terus berasa tenang.

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Tag: Hubungan, Kewangan, Kualiti

Alt

Hazeem Mahayadin ialah seorang jurutera sepenuh masa yang banyak menulis berkenaan produktiviti di platform X.

Alt

Cadangan Buat Kamu

sindrom penipu

5 Cara Berkesan Mengatasi Sindrom Penipu

Oleh Jacob Morgan. Anda pasti pernah merasakannya—keraguan diri, rasa seolah-olah anda bukan yang sebenar. Berikut adalah cara untuk mengatasi sindrom penipu dengan berani.

Feb 19, 2025 3 Minit

Mindset positif

Mindset Positif: yang Mana yang Anda Miliki?

Ingin tahu tentang minda anda? Video ini membantu anda mengenal pasti sama ada anda mempunyai mindset tetap atau berkembang dan menerangkan bagaimana masing-masing boleh membentuk kehidupan anda.

Apr 07, 2025 2:12 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest