Galakan Besar Buat PKS Pulau Pinang

Oct 03, 2017 1 Minit
Alt
Pengurusan Yang Baik Boleh Meramal dan Mengatasi Apa Jua Halangan

Pada majlis pelancaran AmBank BizCONFERENCE pertama oleh Kumpulan AmBank di Pulau Pinang baru-baru ini, beratus-ratus pemimpin perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hadir sebagai mengambil langkah pertama mengembangkan perniagaan mereka.

Dengan barisan penceramah yang dijemput khas serta pelbagai elemen menarik yang disediakan, siri persidangan seluruh negara dilancarkan dengan meriah sekali.

Sebagai acara pertama dalam siri AmBank BizCLUB, persidangan ini berlangsung pada petang 19 September bertempat di G Hotel Kelawai di Pulau Pinang. Berikut adalah antara pengajaran yang didapati daripada acara tersebut:  

Jalan menuju kejayaan

Acara ini menjadi titik tolak kepada lima persidangan seluruh negara, yang akan membariskan penceramah jemputan khas yang akan berkongsi kisah kejayaan serta kegagalan mereka.

Antara senarai penceramah dari pelbagai latar industri ialah anak tempatan Goh Ai Ching yang telah membawa syarikatnya Piktochart menjadi gergasi global dalam bidang infografik dan rekabentuk.

Walaupun sering diasak untuk memindahkan syarikatnya ke Kuala Lumpur atau Singapura, Goh dan suaminya tetap dengan pendirian untuk terus menetap di Pulau Pinang dan menerajui syarikat-syarikat di sana untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Perjalanan mencapai kecemerlangan disulami dengan onak dan duri. Pengalaman inilah  yang dikongsikan oleh Goh semasa perbualan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Leaderonomics, Roshan Thiran.

“Tipulah kalau saya katakan yang saya tahu berapa besar Piktochart akan berkembang,” katanya.

“Tetapi kami dapat melakukannya kerana kami ada produk dan sistem yang baik serta pekerja yang mahir untuk mengembangkan perniagaan kami.”

Goh berkali-kali menyebut tentang semangat dan kreativiti pekerjanya yang menjadi faktor penting kejayaan organisasinya.

Daripada sebuah syarikat yang kecil pada mulanya, Piktochart kini menggajikan lebih daripada 50 pekerja dari seluruh dunia yang telah berkembang bersama syarikat.

Seorang lagi penceramah ialah Pengarah Urusan IHS Markit Malaysia, Vimaleswari K. Ramasamy.

Dia membawa bersamanya tenaga dan semangat yang berkobar-kobar ke pentas dan menceritakan bagaimana dia telah “memecahkan siling kaca” dalam kariernya yang luar biasa.

“Ketika bersama Intel, saya adalah seorang wanita muda yang penuh cita-cita di dalam industri yang dimonopoli kaum lelaki,” katanya.

Saya sering meragui diri dan tertanya-tanya sama ada seorang wanita boleh berjaya dalam bidang teknikal. Bagaimanapun, penghormatan yang diberi rakan sekerja serta pengajaran yang saya dapat sedikit demi sedikit telah memberikan saya inspirasi untuk mengembangkan IHS Markit.”

Pengajaran utama di sini adalah jangan sesekali membiarkan rasa ragu diri membelenggu dan membantutkan anda daripada mencapai potensi – ia bukanlah mudah, tetapi pertumbuhan peribadi dan profesional anda sebenarnya memerlukan kekuatan mental.

Pertumbuhan bermula dari dalam

Lima penceramah yang dijemput bersetuju bahawa sesebuah syarikat itu perlu membina sistem dalaman yang baik supaya dapat berkembang.

Banyak syarikat percaya bahawa kegagalan berpunca daripada kuasa-kuasa luar seperti pesaing baharu dalam pasaran atau perubahan ekonomi. Tetapi para penceramah ini membincangkan bagaimana pasukan pengurusan yang baik boleh meramal dan mengatasi apa jua halangan.

Roshan Thiran mendedahkan model Four Constraints (Empat Kekangan) daripada kajian yang dilakukannya yang menunjukkan punca-punca utama syarikat-syarikat gagal mencapai peringkat berkelas dunia. Empat kekangan ini adalah budaya, kepimpinan, model perniagaan dan proses.

“Jika kesemua empat kekangan tersebut selari dengan satu sama lain, tiada apa yang akan menghalang anda,” kata Thiran.

Yang terakhir, Ketua Pegawai Pengetahuan Connecting The Dots Malaysia yang juga pakar kepimpinan menerusi penceritaan, Bharat Avalani, membincangkan bagaimana pemimpin dapat melibatkan orang lain melalui seni penceritaan.

Teknik penceritaan Bharat — sama ada digunakan untuk memberi kesan mendalam kepada klien, ketika memberi ucapan hebat atau menggunakan cerita untuk memotivasi dan mempengaruhi pekerja —  terbukti mendatangkan hasil yang memberangsangkan kepada para pemimpin perniagaan.

“Cerita adalah fakta yang diselubungi dalam konteks dan diterjemahkan dengan emosi,” kataA valani.  

“Jadilah pendengar, kenali pencerita hebat di kalangan anda kerana merekalah aset yang berharga. Belajar apa yang mereka lakukan dan bagaimana mereka lakukannya.

Pada dasarnya, tiada sesiapa mahu dihidangkan dengan fakta semata-mata. Jika anda dapat menyulami fakta tersebut dengan cerita, anda akan mendapat hasil yang lebih ketara daripada orang sekeliling anda.

Maju ke hadapan

Penceramah jemputan pada hari itu mengajukan banyak perkara untuk difikir dan dihadam dalam perjalanan hadirin menuju kejayaan.

Pengarah Urusan Perbankan Perniagaan AmBank, Christopher Yap, menutup sesi dengan memberi rumusan tentang perkara-perkara dan kata-kata bernas yang dilontarkan oleh para penceramah.

Yang paling ditekankannya adalah bagaimana Goh telah membesarkan syarikatnya dari Pulau Pinang dan bagaimana Piktochart sedang berkembang di peringkat antarabangsa.

“Ini menunjukkan potensi pasaran di Pulau Pinang,” katanya.

“Piktochart adalah bukti yang anda tidak perlu berada di Lembah Silikon atau salah satu daripada kawasan khas untuk menjadi pemain global yang besar.

“Peluang yang sama terbuka kepada semua yang hadir di sini dalam perjalanan mencapai tahap seterusnya dalam perkembangan kalian.”

Sehubungan itu, Yap memperkenalkan AmBank BizRACE kepada para hadirin.

Pendaftaran adalah percuma dan terbuka kepada semua ketua pegawai eksekutif dan pemimpin perniagaan di Malaysia. Pertandingan ini menjanjikan hadiah-hadiah yang hebat serta program perkembangan untuk membantu syarikat-syarikat mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat seterusnya.

Ini hanyalah permulaan perjalanan AmBank BizCLUB. Persidangan seterusnya akan berlangsung di Johor Bahru (5 Oktober), Kota Kinabalu (10 Oktober) dan Kuching (12 Oktober). Ia menjanjikan tarikan menarik dan perkongsian pengetahuan yang berharga. Siri persidangan ini akan berakhir pada 1 November di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Jika acara di Pulau Pinang menjadi tanda aras, masa hadapan perkembangan PKS di Malaysia nampak cerah.

 

Untuk menyertai AmBank BizCONFERENCE dan AmBank BizRACE, layari ambankbizclub.com/registrationUntuk menonton video acara AmBank BizCONFERENCE di Pulau Pinang dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai acara ini, kunjungi ambankbizclub.com/sme-resources. Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik Major Boost For Penang SMEs At The First AmBank BizCONFERENCE.

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Sudut Pakar

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com
Alt

Cadangan Buat Kamu

Pengurusan

RPM Pengurusan Kapasiti

Oleh Julie Funt. Mengutamakan kualiti tertentu boleh membantu pasukan mengunjurkan komitmen mereka dalam projek yang akan datang. Baca lebih lanjut untuk mengetahui rangka kerja pengurusan kapasiti ini.

Aug 01, 2023 4 Minit

Roshan Thiran

Tahun Baru, Diri Baru bersama Roshan Thiran

Di episod 1, host Waheeda menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk membincang tentang azam tahun baru. Ia adalah topik yang menjadi tanda tanya kepada ramai individu pada masa kini. Pentingkah resolusi tahun baru kepada kita semua? Di sini, Encik Roshan memberitahu bahawa kita mempunyai pilihan lain jika kita tidak ada resolusi tahun baru.

Mar 12, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Tingkap yang Pecah

Dalam episod ini, Roshan Thiran, Ketua Pegawa Eksekutif Leaderonomics cuba memberi tipnya mengenai kuasa seseorang untuk mengendalikan benda-benda yang kecil. Jika kami dapat menjayakan benda-benda yang kecil, lama-lama ia akan membawa kejayaan yang besar

Jan 04, 2018 1 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest