Anda Menunggang Kuda Nazak?

Oct 02, 2017 1 Minit
Alt
Pemimpin Harus Membina Semula dan Hala ke Depan

Baru-baru ini saya terbaca pepatah pujangga Red Indian dari Dakota:

“Tatkala anda menyedari kuda yang anda tunggang sudah NAZAK, strategi yang terbaik adalah lompat turun dari kuda itu.”

Pernyataan ini mudah difahami – jika kuda yang anda tunggang dalam nyawa-nyawa ikan, cepat-cepat lompat turun, biarkannya mati, dan carilah kuda baharu.

Namun, dalam penjelajahan perniagaan di serata Asia dan pelosok dunia, saya sering kali terpegun melihat begitu ramai pemimpin yang masih tidak mahu melepaskan tradisi dan amalan yang sudah lapuk.  

Malah, kita tidak ‘menukar kuda’ dalam sesuatu organisasi (proses, dasar atau budaya yang ketinggalan zaman), sebaliknya kita merangka kaedah baharu untuk memastikan ‘kuda nazak’ itu terus hidup.

Beberapa perkara yang kita lakukan termasuklah:

  • Cuba menukar ‘penunggang kuda’ daripada menyelesaikan isu inti.
  • Menyalahkan peralatan yang ada dan membeli cemeti yang lebih kuat dengan harapan kuda tersebut akan bangun dan berlari semula.
  • Kita mula mengeluh dan memberi alasan seperti “tetapi inilah cara yang selalu kita guna. Tunggu sebentar. Kuda ini mungkin akan berlari kembali.”
  • Melantik jawatankuasa untuk ‘menghidupkan’ kuda itu dan menilai prestasi penunggang kuda. Tiada langsung langkah diambil dan kuda tersebut terus beristirahat di tempat kerja kita.
  • Menganjurkan ‘lawatan sambil belajar’ ke syarikat lain untuk melihat cara syarikat-syarikat ini menguruskan kuda nazak. (Di Malaysia, lawatan sambil belajar adalah lawatan lapangan dan percutian, tetapi dalam kebanyakan kes, lebih masa dihabiskan bercuti daripada membuat lawatan lapangan.)
  • Menyalahkan si penunggang kuda dan melaksanakan latihan yang lebih mantap untuk ‘meningkatkan kemahiran’ si penunggang yang nampaknya tidak cekap membuat kerja dalam memastikan kuda nazak itu boleh berlari semula.
  • Melantik seorang pakar untuk mengajar kita cara menunggang kuda nazak. Kemudian kita menambah dana untuk ‘kuda nazak’ ini, dengan menjangka wang, sumber, masa dan usaha yang dilaburkan pada kuda nazak ini bakal membolehkan kuda itu berlari semula. Kita mungkin turut memasang program komputer baharu yang terkini yang dijamin boleh mengembalikan prestasi dan produktiviti kuda nazak itu.
  • Akhirnya, setelah melakukan semua di atas, kita melantik seorang konsultan untuk membantu membuat diagnosis masalah kuda nazak ini. Setelah kajian menyeluruh siap dijalankan selepas enam bulan, yang merangkumi penilaian lengkap tentang setiap bahagian tubuh kuda tersebut, konsultan itu akan menyatakan fakta yang 90% daripadanya telah disedari oleh para pekerja iaitu kuda ini sudah MATI!

Anda biasa dengan hal ini? Saya turut melakukan kesalahan yang sama pada masa lepas – menghamburkan pelbagai alasan, mudah dan cepat mengungkit dan mengkritik pihak lain. Menyalahkan si penunggang merupakan alasan yang mudah. Banyak pengurus menggunakan alasan sebegini kerana ini memberi gambaran bahawa projek yang dibangunkan adalah baik tetapi masalah yang wujud adalah disebabkan oleh pihak kepimpinan (semestinya bukan diri sendiri!)

Sumber Manusia (SM) kerap terpaksa mengisi kekosongan yang wujud akibat perletakan jawatan. Namun, kita tidak pernah menangani isu inti yang menyebabkan perletakan jawatan itu. Isu-isu dibincangkan dengan panjang lebar tetapi jarang ditemui penyelesaiannya. 

Beberapa tahun lepas, pemimpin kanan sebuah organisasi mendekati saya untuk membantu ‘menyelesaikan’ masalah berkaitan prestasi syarikatnya. Mereka membelanjakan banyak wang melantik konsultan tetapi cuma sedikit perubahan yang berlaku sama ada dari segi tingkah laku mahupun prestasi, maka mereka kerap kali menukar-nukar konsultan.

Jelas pada saya masalah yang sebenar bukanlah proses atau rangka kerja tetapi hal ini berlaku disebabkan tentangan daripada pekerja. Agak selesa untuk terus menunggang kuda nazak dan meletakkan kesalahan pada ‘kecuaian’ konsultan, tetapi masalah utama hanya boleh ditangani sekiranya setiap orang menerima hakikat bahawa kuda tersebut sudah mati. Tetapi, ini jarang berlaku!

Penggabungan dan pengambilalihan kuda nazak

Kebanyakan pemimpin kanan percaya jika anda tidak dapat melatih kuda nazak itu untuk beraksi, tambatlah kuda itu dengan seekor lagi kuda nazak. Barangkali kedua-dua kuda ini akan hidup kembali dan beraksi jauh lebih baik daripada dahulu. Berapa kali anda melihat terjadinya penggabungan dan pengambilalihan sebegini dalam dunia perniagaan? Yang ironik, daripada menjadi lebih baik, kedua-dua ekor kuda nazak akan bergerak terkedek-kedek dan terhuyung-hayang, menyebabkan perniagaan bertambah teruk.

Hakikatnya, apabila seekor kuda telah mati, tanamkannya. Entah kenapa kebanyakan daripada kita masih percaya bahawa jika kita mengulangi apa yang kita kerjakan sebelum ini, keajaiban bakal berlaku dan segalanya akan berubah.

Albert Einstein berkata:

“Kegilaan ADALAh melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali, tetapi menjangkakan hasil yang berbeza.”

Bertumpu pada kejayaan lepas

Semasa kegemilangannya, Empayar Rom telah menawan 70% daripada dunia. Setelah berabad-abad lamanya Rom dilimpahi kemakmuran dan dikuasai ketamakan. Empayar ini pun menjadi goyah kerana mereka mula bertumpu pada kejayaan yang lepas, menutup pintu terhadap pembangunan dari segi luaran. Ini menyebabkan bertambahnya parasit dari dalam empayar termasuklah para senator, Caesar, serta dibelenggu dengan sifat bangga, sehinggakan perpaduan rakyat semakin terhakis.

Hal ini turut berlaku kepada kebanyakan syarikat pada hari ini, yang dahulunya pernah berjaya tetapi masih di takuk lama. Kejayaan dahulu mengekang keinginan untuk berubah bagi menghadapi cabaran masa hadapan.

Michael Hammer, seorang sifu perniagaan dan penulis berkata:

“Suatu perkara yang menunjukkan sebuah syarikat sedang dibelenggu masalah adalah apabila mereka terus menceritakan kehebatan mereka pada suatu masa dahulu. Sama juga seperti beberapa negara. Saya senang hati negara anda pernah gemilang semasa abad ke-14, namun itu cerita lama dan zaman telah berubah.”

Organisasi yang berprestasi tinggi hari ini bergerak sangat pantas, kitaran produk berlaku dalam beberapa bulan sahaja, bukannya bertahun-tahun. Tanda sesebuah organisasi benar-benar berjaya ialah kesediaannya untuk meninggalkan faktor yang pernah menjadikannya berjaya dan memulakan penghidupan baharu.

Seseorang diberi ganjaran atas sebab kepakaran yang mendalam, bukan kerana kemampuannya mengikut perintah sahaja. Dan dengan perubahan sebegini, keseluruhan prasarana dalam syarikat perlu dinilai semula. Malangnya, banyak organisasi yang masih berpegang teguh dan mengenang-ngenang akan zaman gemilang ‘tok kaduk’ dahulu, daripada membina semula organisasi dan masa hadapan mereka.

Ketakutan untuk berubah

Kenapa kebanyakan pemimpin perniagaan enggan lompat turun dari kuda yang nazak tetapi terus mengamalkan dogma dan tradisi yang sama seperti masa dahulu?

Kita semua takut untuk berubah, terutamanya perubahan yang melibatkan perkara yang tidak pasti. Bukan semua orang menyukai perubahan melainkan bayi yang lampinnya basah. Dan ketakutan ini mendorong ramai pemimpin untuk mengekalkan status quo.

“Tiada sesiapa pernah dipecat kerana membeli IBM.” Klise ini bukan lagi dianggap sebagai tawaran jualan, sebaliknya menjadi amaran keras untuk terus berpaut pada ‘kuda nazak’ dalam memastikan anda kekal selamat dan hidup.

Perubahan utama yang perlu dilakukan adalah untuk ketua SM menjadi rakan sekerja perniagaan yang strategik dalam menyusun keperluan perniagaan. Proses perniagaan perlu dijalankan secara berterusan, bukannya sekali-sekala.

Kajian semula prestasi tahunan perlu diubah kepada proses maklum balas yang berterusan. Latihan perlu disebatikan menjadi pengalaman. Malah, inovasi produk perlu dijalankan setiap hari.

Pemimpin perniagaan tidak lagi mempunyai kesempatan untuk membenarkan amalan ‘kuda nazak’ ini berterusan sehingga menjahanamkan mereka.

Kita telah bertumpu pada faktor-faktor untuk mengelak daripada berhadapan dengan masalah daripada berhadapan dengannya dan meneruskan hidup.

Maka, bagaimana cara untuk menangani masalah “kuda nazak” ini?

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil oleh pemimpin untuk menongkah arus abad ke-21:

  • Kenal pasti ‘kuda nazak’ dalam organisasi anda. Adakah dasar, prosedur atau pendekatan SM tidak lagi relevan atau memberi kesan posiif kepada pekerja anda. Adakah hal ini mempunyai kaitan dengan masalah teknologi, melibatkan pekerja dan perkhidmatan, atau mungkin cabaran berkisarkan produk? Tumpukan usaha untuk mengenal pasti kuda nazak dalam organisasi anda.
  • Ambil langkah untuk berhadapan dengan masalah dan menyingkirkan kuda nazak itu.
  • Dapatkan kuda baharu. Cari cara untuk mengembangkan perniagaan anda supaya bertepatan dengan abad ke-21 melalui pendekatan baharu yang berinovatif.

Akhir kata

Nelson Mandela berjuang selama 27 tahun untuk suatu tujuan sebelum meraih kejayaan. Tetapi setelah menjadi presiden Afrika Utara, beliau meletakkan jawatan selepas penggal pertama, walaupun beliau masih boleh kekal dengan jawatan tersebut. Hal ini membolehkannya dikenali sebagai negarawan yang sebenar-benarnya.

Kebanyakan ketua pegawai eksekutif atau pemimpin negara berasa susah untuk berhenti apabila mereka sepatutnya melakukan demikian, kerana mereka cenderung tenggelam dalam ego sendiri.

Jack Welch mencemuh legasi dan tradisi General Electric yang sudah seabad umurnya pada tahun 1980-an, lantas beliau menutup beberapa perniagaan, mengemas kini proses dan memecat beberapa orang.

Mandela dan Welch merupakan pemimpin hebat yang lompat turun dari kuda nazak.

Setiap kita perlu serius untuk mengenal pasti batu penghalang, lembu korban, atau tradisi yang mengekang kita serta tidak membazir masa dengan menghapuskan kesemuanya. Lebih cepat kita beralih daripada kuda nazak, lebih cepat dapat kita teruskan kehidupan dengan kuda yang masih hidup.

 

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik Are You Riding A Dead Horse?

Sila Kongsi

Kepimpinan

Alt

Roshan is the Founder and “Kuli” of the Leaderonomics Group of companies. He believes that everyone can be a leader and "make a dent in the universe," in their own special ways. He is featured on TV, radio and numerous publications sharing the Science of Building Leaders and on leadership development. Follow him at www.roshanthiran.com

Alt

Cadangan Buat Kamu

Bunga

Membuka Potensi Anda: Memanfaatkan SkillsFuture Singapura untuk Pertumbuhan Peribadi

Oleh Germaine Ignacio. Apabila mempertimbangkan kos kursus SSG yang agak rendah berbanding dengan alternatif peningkatan kemahiran yang lain, mengambilnya adalah tidak perlu, terutamanya jika anda boleh mencari masa.

May 28, 2023 4 Minit

Komunikasi

COVID-19 Merubah Komunikasi bersama Roshan Thiran

'Tamparan Idea' ialah podcast Bahasa Melayu yang mengupas topik dan isu semasa berkaitan dengan kepimpinan. Program ini diceriakan oleh Waheeda Hasbullah, seorang pengacara yang sentiasa membawa aura gembira kepada anda semua. Di episod 4, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimanakah krisis Covid-19 merubah norma terbaru kita? Adakah ia merubah cara kita berkomunikasi selamanya? Disini, Roshan berkongsi perspektifnya tentang krisis Covid-19 dan juga berkongsi tips-tips untuk mendapatkan interaksi atas talian yang efektif.

Mar 16, 2023 10 Min Podcast

Alt

Kepimpinan Itu Ekstrem

Kepimpinan ekstrem adalah gelagat pemimpin yang hebat. Mereka bijak memilih tindakan yang bersesuaian dengan keadaan dan masa. Untuk membaca artikel berkaitan, klik Kepimpinan Itu Sesuatu Yang Ekstrem!

Jul 16, 2017 3 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest