Tip Kepimpinan: Rahsia Menjadi Pemimpin Yang Hebat

Jun 27, 2017 2 Min Video
Alt

Ramai yang bertanya kepada saya, “Apakah rahsia menjadi pemimpin yang hebat?” Jawapan saya selalunya sama: “Bekerja keras, konsisten dan berlatih. Berlatih, berlatih, berlatih”.

Apa maksud berlatih? Berlatih dengan mendekatkan diri dengan pemimpin, memerhati, mendengar dan bekerja bersama mereka.

Jika anda banyak berinteraksi dengan pemimpin dan menjadikan mereka sebagai suri teladan anda; jika anda melakukan kesemua ini, anda akan dapat mempelajari sesuatu daripada mereka dan anda mampu menjadi pemimpin yang hebat pada suatu hari nanti.

Mungkin anda akan bertanya: “Bagaimana anda boleh memulakan detik kembara kepimpinan anda?” Cara yang paling mudah adalah dengan melayari G.O.O.G.L.E. dan cari nama-nama pemimpin-pemimpin yang memberi inspirasi kepada anda.  

Pemimpin yang hebat

Bagi saya, pemimpin-pemimpin seperti Benjamin Franklin, Abrahim Lincoln, Mother Teresa dan Gandhi banyak memberi inspirasi kepada saya. Saya mempelajari kehidupan mereka, cara mereka memimpin dan memahami apa yang mereka lakukan sebagai seorang pemimpin. Saya kemudiannya mempraktikkan segala ilmu yang saya pelajari daripada mereka di syarikat saya.

Jadi, adakah anda bersedia untuk memulakan kembara kepimpinan anda? Apa kata jika anda bermula dengan membaca tentang pemimpin-pemimpin yang menjadi idola anda?

Kata hikmat

“Teladani tokoh yang unggul, bekerja keras, bersikap konsisten dan berlatih, berlatih, berlatih!” – Roshan Thiran

Sila Kongsi

Alt

Roshan is the Founder and “Kuli” of the Leaderonomics Group of companies. He believes that everyone can be a leader and "make a dent in the universe," in their own special ways. He is featured on TV, radio and numerous publications sharing the Science of Building Leaders and on leadership development. Follow him at www.roshanthiran.com

Cadangan Buat Kamu

pekerja

9 Petua Meningkatkan Keyakinan Diri di Tempat Kerja

Oleh Fadzli Yusof Albasuti. Semakin ramai individu mendapat pekerjaan baharu, bertukar tempat kerja, atau dinaikkan pangkat. Namun ada kalanya, kita berasa kurang yakin dan keliru. Beberapa nasihat ini mungkin dapat membantu meningkatkan semangat dan keyakinan diri di tempat kerja.

Apr 27, 2025 3 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 10 Min Podcast

Profesional

Tareef Jafferi | Perkara Asas daripada Profesional

Tareef ialah Pengasas & CEO di Happily.ai. Beliau ialah seorang inovator yang berfokus pada produk, dengan minat mendalam terhadap data, reka bentuk, dan penggunaan teknologi untuk kebaikan.

Apr 14, 2025 10 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest