Bertangguh atau Mengelak?

Apr 15, 2026 • 2 Minit
bertangguh
Sumber:

imej dari freepik.com

Kebanyakan orang tidak mempunyai masalah masa.
Mereka mempunyai masalah bertangguh.

Tetapi jika kita lebih jujur, bertangguh itu bukan sekadar isu masa.
Ia selalunya satu bentuk pengelakan.

Kita selalunya kata kita sibuk.
Tapi hakikatnya, kita bukan mengelakkan kerja, kita mengelakkan perkara tertentu yang membuatkan kita tidak selesa.

Contohnya, kita tahu kita perlu memberi maklum balas kepada seorang ahli pasukan yang prestasinya tidak mencapai tahap yang diharapkan. Tetapi kita tangguhkan perbualan itu kerana kita tidak mahu ia menjadi tidak selesa atau mencetuskan reaksi yang sukar.

Akhirnya, perkara itu tidak selesai dalam sehari atau dua hari. Ia berlarutan berminggu-minggu. Bukan kerana ia rumit, tetapi kerana kita mengelakkannya.

Maklum balas terus tertangguh. Tanggungjawab tertentu masih kita pegang kerana melepaskannya terasa berisiko.

Dan ya, tu bukan produktiviti. Itu pengelakan yang kelihatan seperti usaha.

Pengelakan tidak selalu jelas.

Ia bersembunyi di sebalik perkara yang nampak “produktif”:

  • Bekerja secara berlebihan menggantikan membuat keputusan
  • Melakukan sendiri menggantikan pengagihan tugas
  • Berfikir terlalu lama menggantikan tindakan

Anda mungkin menyukai artikel ini:

Pengurusan Masa: Strategi Produktif untuk Kejayaan

Dan yang paling buruk?
Kita sering “diberi ganjaran” untuknya, sekurang-kurangnya dalam jangka pendek.

Tiada konflik.
Tiada ketegangan.
Tiada risiko segera.

Tetapi dalam jangka panjang?
Kita tersekat. Pasukan kita tersekat. Segala-galanya menjadi perlahan.

Ini hakikat yang tidak selesa:

  • Jika kita mengelakkan konflik, kita memilih keselesaan berbanding kejelasan.
  • Jika kita menahan maklum balas, kita memilih untuk disukai berbanding berkembang.
  • Jika kita enggan mendelegasikan, kita memilih kawalan berbanding skala.
  • Jika kita terus bekerja berlebihan, kita memilih keletihan berbanding kepimpinan.

Pertumbuhan tidak datang daripada melakukan lebih banyak.
Ia datang daripada berani menghadapi apa yang kita elakkan.

Dan biasanya, kita sudah tahu apa itu.

Kita sudah tahu siapa yang perlu kita berbual dengannya.
Kita sudah tahu keputusan yang kita tangguhkan.
Kita sudah tahu tugas yang sebenarnya sudah tidak patut lagi kita pegang.

Cuma kita belum bertindak.

Jadi soalan yang lebih penting ialah:

Apa sebenarnya? 

Bertangguh, atau mengelak?

Mulakan dari situ.

Bukan kerana ia mudah.
Tetapi kerana terus mengelaknya sebenarnya sudah lebih mahal daripada menghadapinya.

Sila Kongsi

Kepimpinan

Alt

Amirah ialah editor Bahasa Melayu di Leaderonomics dengan latar belakang dalam bidang Linguistik dan Bahasa Melayu. Bagi Amirah, menulis bukan sekadar tugas, tetapi ruang untuk meneroka idea dan berkongsi perspektif. Di luar kerja, dia gemar menonton Netflix, mencuba makanan baharu dan menikmati secawan matcha.

Cadangan Buat Kamu

keperluan

Cabar Setiap Keperluan

Oleh Dan Rockwell. Apabila orang mengikuti langkah-langkah yang tidak penting, pasukan akan mempertahankan proses yang tidak memberikan manfaat.

Apr 09, 2026 • 2 Minit

Alt

E-Buku Coronavirus untuk Masyarakat Bersama Conrad Fernandez

Di episod 6, Waheeda kembali semula menemubual dengan Encik Conrad Fernandez dari syarikat LeapEd. Beliau mengongsikan berita baik tentang e-buku Coronavirus yang telah dikongsikan di laman sesawang yang boleh digunakan untuk semua peringkat umur.

Mar 18, 2023 • 32 Min Podcast

Alt

Wong Xiao Qing | Perkara Asas daripada Profesional

Wong Xiao Qing ialah Pengarah Sumber Manusia di Western Digital, dengan rekod yang terbukti dalam memimpin perubahan di industri penerbangan dan minyak serta gas, serta dalam persekitaran korporat serantau.

May 18, 2025 • 6 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest