Jana Side Income Selepas Waktu Kerja

Oct 12, 2025 2 Minit
work
Sumber:

imej dari freepik.com

Kos sara hidup yang semakin meningkat kini menjadi cabaran utama bagi ramai orang. Perbelanjaan asas seperti makanan, pengangkutan, bil utiliti, dan sewa rumah memerlukan bajet yang lebih besar berbanding dahulu.

Keadaan ini membuatkan ramai mula mencari jalan untuk menambah pendapatan, bukan sahaja untuk menampung keperluan harian, tetapi juga membina simpanan masa hadapan. Salah satu cara yang semakin popular adalah dengan menjana pendapatan sampingan (side income).

Side income bukan sekadar menambah duit poket, malah ia boleh menjadi peluang untuk belajar kemahiran baharu, mencabar diri, dan membangun keyakinan dalam dunia kerja yang berbeza.

Pengalaman Peribadi: Memulakan Kerja Part-Time

Saya sendiri memilih untuk bekerja secara part-time pada hujung minggu sebagai pembantu jualan di fair dan pop-up store untuk sebuah jenama kasut.

Daripada pengalaman ini, saya belajar beberapa perkara penting:

Disiplin masa – mengatur jadual kerja utama dan sambilan dengan seimbang

Kemahiran berinteraksi – memahami keperluan pelanggan dan melayan dengan profesional

Pengurusan tenaga – memastikan diri kekal bertenaga walaupun bekerja dua pekerjaan

Sebelum ini, saya hanya berpengalaman dalam bidang F&B sebagai service crew. Beralih ke bidang retail memberikan saya perspektif yang berbeza — tugasan, cabaran, dan cara bekerja semuanya tidak sama. Walaupun mencabar, ia amat berbaloi kerana saya dapat mengembangkan kemahiran yang berguna untuk masa hadapan.

Tips Jana Side Income Secara Berkesan

1. Kenal Pasti Kemahiran dan Minat

Mulakan dengan apa yang anda suka dan mahir. Ini akan menjadikan kerja sampingan lebih menyeronokkan dan tidak membebankan.
Contoh:

Minat fotografi → ambil upah fotografi majlis kecil-kecilan

Pandai memasak → jual makanan dari rumah, meniaga di tapak khas

Aktif di media sosial → buat content atau copywriting seperti food review atau skincare tips 

2. Cari Peluang Online dan Offline

Banyak peluang kini boleh ditemui secara dalam talian dan juga sekeliling anda:

Media sosial: Instagram, Facebook, TikTok, Threads

Platform kerja sambilan: GoGet, JobStreet, MauKerja, Troopers

Kerja dari rumah: UpWork, Contra, Muslim Makerspace

Saya sendiri menemui peluang kerja melalui papan iklan di pusat beli-belah — cara yang mudah kerana boleh terus bertanya dan memohon kerja di situ.

3. Urus Masa Dengan Bijak

Pastikan side income tidak mengganggu kerja utama atau masa rehat.
Gunakan planner atau aplikasi seperti Google Calendar untuk merancang jadual.
Ini membantu elakkan keletihan (burnout) dan memastikan prestasi kedua-dua pekerjaan terjaga.

4. Rajin dan Proaktif

Dalam retail, majikan sangat menghargai pekerja yang pantas dan cekap.
Contohnya, segera membantu pelanggan mencari saiz kasut atau yang sesuai tanpa disuruh.
Sikap ini membina kepercayaan majikan dan boleh membuka peluang kerja yang lebih fleksibel.

5. Jaga Sikap Dengan Pelanggan dan Majikan

Kerja yang melibatkan pelanggan memerlukan kesabaran dan keramahan.
Sikap positif bukan sahaja membuat pelanggan berpuas hati, tetapi juga menjadikan suasana kerja lebih menyenangkan dan profesional.

6. Sentiasa Belajar dan Tingkatkan Kemahiran

Kerja part-time adalah peluang untuk belajar kemahiran baharu seperti:

  • Layanan pelanggan yang berkesan
  • Cara mengurus stok
  • Kemahiran komunikasi dengan pelbagai orang

Kemahiran ini juga bermanfaat untuk kerjaya sepenuh masa anda.

Kesimpulan

Side income bukan sekadar tentang duit tambahan. Ia juga tentang pengalaman, pembelajaran, dan pembangunan diri.

Bagi saya, pengalaman bekerja part-time mengajar saya bukan sahaja mengurus kewangan, tetapi juga membina keyakinan dan kemahiran yang akan memberi manfaat dalam jangka panjang.

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Alt

Berlatarkan pendidikan dalam Bahasa dan Linguistik Melayu, Amirah Nadiah gemar membaca dan mengikuti perkembangan semasa, yang membolehkannya kekal peka terhadap pelbagai isu. Sebagai seorang Content Editor, beliau aktif dalam kerja terjemahan serta penghasilan kandungan yang menarik dan meyakinkan.

Cadangan Buat Kamu

keunikan diri

Kenal Pasti Keunikan Diri untuk Menjawab Soalan ‘Apa yang Membuat Anda Unik’

Oleh William Arruda. Sama ada anda sedang mencari kerja, menulis bio, atau membentangkan cadangan kepada prospek — ini cara untuk mengenal pasti, memperhalusi, dan menyampaikan keunikan diri anda.

Apr 08, 2025 5 Minit

Mindset positif

Mindset Positif: yang Mana yang Anda Miliki?

Ingin tahu tentang minda anda? Video ini membantu anda mengenal pasti sama ada anda mempunyai mindset tetap atau berkembang dan menerangkan bagaimana masing-masing boleh membentuk kehidupan anda.

Apr 07, 2025 2:12 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest