Asyik Berfikir Berlebihan? Cuba 5 Cara Ini

Nov 19, 2025 • 2 Minit
Alt
Sumber:

imej dari @jcomp dari freepik.com 

Adakah anda sering mengalami overthinking?

“Overthinking” berlaku apabila kita berfikir atau risau tentang sesuatu keadaan melebihi daripada yang sepatutnya — terlalu banyak memikirkan sesuatu. Kadang-kadang ia bermula dengan satu fikiran yang terus berulang-ulang dalam kepala kita. Seperti membuka internet dan pelbagai browser, akhirnya perkara yang mahu dilakukan tidak selesai pun.

Menurut perkongsian video di laman Facebook oleh Doktor Rozanizam Zakaria, Pakar Psikiatri di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), overthinking bukanlah sejenis penyakit. Ia adalah keadaan di mana fikiran kita terganggu dan boleh berlaku kepada sesiapa saja. Ia mungkin berlaku kerana tekanan (stress), karakter atau personaliti kita yang mudah risau, atau kepada individu yang mengalami masalah mental seperti kemurungan dan anxiety.

Berikut adalah beberapa tips mudah dan praktikal untuk menangani overthinking:

imej dari creativeart

5 Cara Menguruskan Overthinking

1. Amalkan 3C

Check (Semak)
Semak kembali perkara yang sedang kita fikirkan.

Challenge (Cabar)
Jangan terus-menerus menerima apa yang kita fikirkan. Cabar dan semak sama ada ia betul atau tidak, perlu atau tidak perlu, baik atau buruk sesuatu perkara itu.

Create (Cipta)
Cipta atau cari alternatif pemikiran yang lebih sihat.

2. Belajar untuk Fokus

Fokus kepada dua perkara:

Pertama: Fokus pada perkara yang praktikal. Kadang-kadang fikiran kita terperangkap dalam falsafah atau masalah hipotetikal, seperti “what if…”. Pilih apa yang perlu dilakukan dan fokus pada penyelesaian praktikal.

Kedua: Fokus pada apa yang dalam kawalan kita. Contohnya, banyak berfikir tentang apa yang akan berlaku esok, sedangkan kita tidak dapat mengawal masa depan. Belajar untuk melepaskan perkara di luar kawalan.

3. Tulis

Menulis membantu kita memvisualisasikan masalah dan kerisauan. Apabila segala kerisauan dicatat, kita dapat melihat bahawa masalah itu tidaklah seteruk mana dan ada yang hanya kerisauan yang mengarut.

4. Belajar Mindfulness

Amalkan teknik yang membuatkan diri lebih tenang, seperti deep breathing atau Progressive Muscle Relaxation dan Mindfulness. 

Anda mungkin menyukai artikel ini:

Hidup Selalu Sibuk? Belajar Hadir Dengan Mindfulness

5. Sibukkan Diri dengan Aktiviti

Overthinking selalunya berlaku ketika kita lapang dan hanya duduk termenung. Keadaan ini membuatkan kita mudah terperangkap dengan perkara negatif. Jadi, libatkan diri dengan aktiviti yang berfaedah untuk mengurangkan overthinking.

Baca artikel ini: Kekuatan Fleksibiliti Psikologi

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Sumber Rujukan:

https://www.facebook.com/drrozanizam/videos/511847674418654/

Alt

Amirah ialah editor Bahasa Melayu di Leaderonomics dengan latar belakang dalam bidang Linguistik dan Bahasa Melayu. Bagi Amirah, menulis bukan sekadar tugas, tetapi ruang untuk meneroka idea dan berkongsi perspektif. Di luar kerja, dia gemar menonton Netflix, mencuba makanan baharu dan menikmati secawan matcha.

Alt

Cadangan Buat Kamu

wanita

Wanita yang Memimpin Setiap Hari

Oleh Manisha Mutiara Tsani. Ramai wanita memimpin setiap hari melalui empati, inisiatif, dan sokongan terhadap orang di sekeliling mereka. Dari tokoh global hingga individu di sekeliling kita, kepimpinan sering muncul melalui tindakan-tindakan kecil yang memberi impak besar.

Mar 18, 2026 • 2 Minit

Alt

Tips Elak 'Burnout'

Burnout bukan sekadar masalah individu, tetapi isu organisasi yang memerlukan perhatian serius. Dalam video ini, Dr. Rozanizam Bin Zakaria berkongsi 7 langkah praktikal yang boleh diambil oleh majikan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sihat, menyokong kesejahteraan pekerja, dan mengurangkan risiko stres serta burnout di tempat kerja.

Jan 14, 2026 • 8.32 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest