Kenapa Saya Berterima Kasih

Sep 19, 2018 • 2 Minit
pasukan, kerjasama

Semalam seorang kenalan bertanya tentang kepentingan rasa terima kasih. Saya teringat seorang rakan sekerja menanya saya soalan yang serupa beberapa minggu yang lepas apabila saya berbelanja mereka makan sebagai tanda terima kasih.

“Bos, ini hebat sekali, ribuan terima kasih… tetapi boleh saya tanya kenapa bos meluangkan masa untuk berbuat demikian. Sesungguhnya, saya cuma membuat kerja saya.”

“Cuma membuat kerja saya.”

Saya menjawab, “cuma” membuat kerja mereka (dengan cemerlang) bermakna Leaderonomics* menimba manfaat daripada usaha gigih dan sumbangan mereka yang berterusan.

“Cuma” membuat kerja mereka memudahkan hidup kerja bos mereka kerana mereka begitu ceria sekali membuat kerja mereka.

“Cuma” membuat kerja mereka bermakna klien, sekolah tempatan, dan belia di seluruh negara diimpakkan dengan positif, hasil kerja keras, bakat dan komitmen mereka.

Saya amat berterima kasih untuk setiap seorang dalam pasukan saya. Tanpa mereka, saya tidak dapat membuat apa yang saya lakukan. Saya tidak terdaya membentuk pemimpin seorang diri; saya tidak berupaya mewujudkan kelab, program dan inisiatif merentas Malaysia seorang diri.

Saya menunjukkan rasa terima kasih untuk satu sebab: Saya amat bertuah dikelilingi individu-individu yang sudi bekerja dengan cemerlang dan begitu ceria berusaha bersama  untuk mencapai matlamat dan visi organisasi: menjadikan Malaysia negara yang lebih hebat daripada sekarang.

Tidak sesiapa yang “cuma” membuat kerja yang bekerja dengan saya. Sumbangan mereka memberi impak yang lebih besar daripada yang disedari mereka — dan saya sebenarnya belajar begitu banyak daripada mereka.

Oleh kerana itu, saya amat berterima kasih.

 

Berkaitan: Berterima Kasih
 

Tahun ini (2018), Leaderonomics menyambut ulang tahun ke-10. Sejak ditubuhkan pada 2008, organisasi sosial ini tetap bertekad kuat dalam usahanya mencapai transformasi bangsa melalui pembangunan kepimpinan seorang demi seorang.

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Nilai Murni, Hubungan

Alt

Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/

Cadangan Buat Kamu

Arteta with Moyes, Pep and Wenger

Kekuatan Ramai Mentor: Bagaimana Moyes, Wenger dan Guardiola Membentuk Projek Arsenal Mikel Arteta

Oleh Roshan Thiran. Pada malam 19 Mei 2026, landskap bola sepak Eropah berubah secara besar-besaran. Arsenal F.C. berjaya menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris musim 2025/26, sekali gus menamatkan kemarau kejuaraan selama 22 tahun sejak era legenda “Invincibles” pada musim 2003/04. Kejayaan ini tidak berlaku secara kebetulan, tetapi hasil bimbingan dan pengaruh tiga mentor utama yang membentuk kehidupan serta falsafah kepimpinan Mikel Arteta.

May 20, 2026 • 16 Minit

Roshan Thiran

Tahun Baru, Diri Baru bersama Roshan Thiran

Di episod 1, host Waheeda menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk membincang tentang azam tahun baru. Ia adalah topik yang menjadi tanda tanya kepada ramai individu pada masa kini. Pentingkah resolusi tahun baru kepada kita semua? Di sini, Encik Roshan memberitahu bahawa kita mempunyai pilihan lain jika kita tidak ada resolusi tahun baru.

Mar 12, 2023 • 10 Min Podcast

Alt

Berbaloi Mengotori Tangan Anda

Kepimpinan hanya boleh dipelajari dan dibentuk dalam proses mengotori tangan melalui pengalaman hidup. Konteks membentuk kebolehan kepimpinan. Tontonilah video ini.   Untuk membaca artikel berkaitan, klik Mengotori Tangan Anda.

Jul 17, 2017 • 4 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest