Tidak Terfikir Berbuat Baik Betul-Betul Penting?

Sep 21, 2018 1 Minit
berbuat baik

Salah satu nilai teras yang kami di Leaderonomics dukungi adalah ‘Memberi’. Ia bukan hanya membantu untuk melahirkan rasa kekitaan yang tulen dalam organisasi sosial kami,  tetapi juga mendorong penjanaan banyak idea kreatif dan meningkatkan keterlibatan. 

Secara tradisinya, idea memberi tumpuan kepada nilai insani mungkin dianggap sebagai perlakuan mewah, di mana pemimpin hanya akan melakukannya setelah mereka menangani aspek perniagaan ‘sebenar’ seperti prestasi, hasil dan perolehan bersih.  

Berkaitan: Pemimpin Adalah Pemberi

Tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kajian telah menunjukkan bahawa cara kita memperlakukan orang ramai seperti pekerja kilang industri zaman silam (iaitu automaton yang dibayar untuk bekerja) memberi kesan buruk kepada prestasi.

Pekerja berasa tidak terlibat dan lemah semangat dengan adanya pemimpin yang mengabaikan kesejahteraan pekerjanya. Jadi, yang terbaik yang boleh pemimpin harapkan adalah prestasi yang paling minimum daripada para pekerja ini melalui pematuhan.

Apa yang ada padanya untuk pemberi dan penerima?

Satu kajian yang dilakukan oleh para penyelidik di Universiti California yang diketuai Joseph Chancellor merumuskan bahawa sesuatu organisasi itu mendapat manfaat secara keseluruhan apabila perbuatan baik sentiasa diamalkan di tempat kerja. Ini kerana kedua-dua pemberi dan penerima merasai kebahagiaan dan kepuasan kerja.

Para pekerja dari pelbagai jabatan di Coca Cola Madrid dimaklumkan yang mereka dikehendaki mengambil bahagian dalam kajian kebahagiaan. Sekali seminggu selama empat minggu, mereka dikehendaki memberi laporan tentang perasaan mereka dari segi mood dan kepuasan hidup, dan pengalaman mereka berkenaan tingkah laku positif serta negatif. Selepas empat minggu, para peserta melaporkan beberapa langkah tambahan termasuk kebahagian dalam senarai kepuasan kerja. 

Apa yang para pekerja ini tidak tahu adalah 19 ahli daripada kumpulan itu telah diberi tugasan oleh penyelidik untuk menjadi ‘pemberi’, dan melakukan pelbagai perbuatan baik secara rawak (yang mereka boleh pilih) selama sebulan. Sebagai contoh, memberi minuman kepada rakan atau menghantar mesej terima kasih yang menyenangkan dan menaikkan semangat.   

Pada bulan berikutnya, penerima perbuatan baik dilaporkan mempunyai tingkah laku prososial sebanyak 10 kali lebih daripada mereka yang tidak menerima apa-apa perbuatan baik. Hasilnya, tahap kebahagiaan mereka meningkat.

Para pemberi juga mendapat faedah daripada kajian tersebut, malah lebih daripada penerima. Mereka ini dilaporkan mendapat kepuasan hidup serta kerja yang lebih tinggi, dan kurang gejala kemurungan. Bak kata pepatah, tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima; pengalaman itu tentu pernah dirasai oleh mereka yang membeli hadiah untuk orang lain. Perasaan membuat orang lain gembira sangat hebat, dan kajian itu menunjukkan bahawa dengan hanya memberi, semuanya mendapat manfaat.

Memupuk budaya berbuat baik

Satu lagi dapatan positif daripada kajian tersebut adalah sesiapa yang menerima perbuatan baik akan cenderung untuk melakukan perkara yang sama. Ini  menunjukkan peningkatan tingkah laku prososial lebih tiga kali daripada pekerja yang tidak menerima perhatian istimewa.

Apa yang menarik adalah tingkah laku berbuat baik ini bukan sekadar kewajipan — penerima membayar ke hadapan kebaikan ini kepada orang lain selain daripada pemberi asal. Ini  mencadangkan bahawa para pekerja secara amnya berkobar-kobar untuk mengambil bahagian dalam budaya memberi di dalam organisasi yang menggalakkan kemurahan hati.

Jadi, tingkah laku berbuat baik adalah lebih daripada nilai ‘insani’ — ia menawarkan manfaat sebenar dan nyata kepada pemberi dan penerima, dan seterunya mempertingkatkan budaya organisasi tersebut.

Walaupun ini nampak ketara, kajian itu bertindak sebagai peringatan kepada pemimpin (dan kepada kita secara individu) tentang kepentingan memberi. Kita harus berusaha untuk membantu sesama lain tidak kira sama ada perbuatan itu kecil atau besar. Ada banyak cara untuk memberi.

Berkaitan: Mencipta Hubungan: Satu Cara Pemberian

Cara utama untuk menggalakkan budaya memberi adalah dengan memastikan yang ia dipupuk secara semulajadi, dan bukannya dipaksa. Apabila kita menjadikan ia sebagai kewajipan, kita bukannya memberi, tetapi hanya membalas pertolongan yang diterima, rasanya lebih semacam hutang yang dibayar oleh kedua-dua pihak.

Bermula daripada pucuk pimpinan

Seperti biasa, pemimpin boleh mengambil inisiatif dan menunjukkan contoh budaya yang ingin ditonjolkan di dalam organisasi mereka.

Dengan melibatkan diri dalam tingkah laku seperti memuji dan memberi pengiktirafan, menolong, menggalakkan orang lain untuk berterus terang tentang keadaan mereka, pemimpin dapat menyediakan suasana yang menjurus kepada menggembirakan orang lain melalui perbuatan baik tidak kira besar atau kecil. Apa yang penting adalah kita konsisten dalam mengamalkan tingkah laku yang ingin kita lihat untuk membentuk organisasi kita menjadi lebih baik.

Akhir kata

Kesanggupan memberi adalah cara yang hebat untuk menggalakkan perpaduan dan meningkatkan semangat serta keterlibatan. Ia juga cara hebat untuk membantu organisasi berkembang dan menjadi contoh bagaimana mereka berusaha untuk memberi kebaikan kepada pekerja mereka, pelanggan, pemegang saham, dan masyarakat secara umumnya.

Kesudahannya, pemimpin patut melihat kualiti memberi itu sebagai perniagaan ‘sebenar’, yang akhirnya akan membantu meningkatkan prestasi, hasil, dan perolehan bersih.

 

Untuk membaca artikle ini dalam bahasa Inggeris, klik Don’t Think Acts Of Kindness Really Matter?

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Nilai Murni, Perwatakan

Alt

Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/

Cadangan Buat Kamu

Alt

Daripada Salah Faham kepada Penguasaan: Empat Dimensi untuk Mentransformasikan Kepimpinan Silang Budaya Anda

Oleh Karin Hurt dan David Dye. Kuasai kepimpinan silang budaya untuk pasukan yang berprestasi tinggi! Belajar untuk mengharungi cabaran dan cemerlang dengan Sambungan, Rasa ingin tahu, Kejelasan dan Komitmen.

Apr 16, 2024 7 Minit

Roshan Thiran

Tahun Baru, Diri Baru bersama Roshan Thiran

Di episod 1, host Waheeda menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk membincang tentang azam tahun baru. Ia adalah topik yang menjadi tanda tanya kepada ramai individu pada masa kini. Pentingkah resolusi tahun baru kepada kita semua? Di sini, Encik Roshan memberitahu bahawa kita mempunyai pilihan lain jika kita tidak ada resolusi tahun baru.

Mar 12, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Pemimpin yang Berani

Tahukah anda, bagaimana menjadi pemimpin yang berani? Dalam Tip Kepimpinan kali ini, Roshan Thiran berkongsi tip yang menarik untuk menjadi pemimpin yang efektif dan berani.

Jun 24, 2024 7 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest