Kemahiran Boleh Pindah Milik Yang Saya Pelajari Sebagai Barista

Nov 22, 2017 4 Minit
barista, kemahiran, transfer skill, barista, coffee

Jadi, anda sudah tamat pengajian. Tahun lompang (gap year) yang anda ambil pun sudah tamat. Kini tiba masanya anda matangkan diri dan berdiri atas kaki sendiri, serahkan jiwa raga melangkah masuk ke dunia kerja seperti yang dijanjikan dengan ibu bapa.

Dalam proses menyiapkan resume, anda terasa semacam anda sepatutnya lebih pandai memanfaatkan tahun lompang itu.

Daripada membuat kerja sampingan di kafe tempatan kegemaran anda, anda terfikirkan anda sepatutnya melakukan sesuatu yang bermakna seperti membina rumah untuk mangsa bencana alam atau bekerja lebih keras supaya boleh diterima untuk menjalani latihan amali di Google.

Lenyapkan ini semua 

Mungkin apa yang anda lakukan bukannya teruk sangat. Kerja singkat yang anda buat di kedai kopi sebenarnya menolong anda mencapai sesuatu yang lebih besar daripada semata-semata mendapat wang tambahan ketika itu.

Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana kerja mengemaskan meja, menyampaikan pesanan pelanggan dan mencuci pinggan mangkuk yang bertimbun-timbun ada kaitan dengan hidup sebagai profesional dalam dunia korporat.

Cuba anda tengok, ramai daripada kita memilih untuk merahsiakan kerja sementara yang pernah kita lakukan semasa remaja ketika mengisi resume.

Tetapi hakikatnya, kerja sambilan yang anda lakukan ini besar kemungkinan membantu anda memperoleh sesuatu yang lebih berharga daripada sejumlah wang semata-mata; kerja sebegini membantu anda mendapat kemahiran boleh pindah milik yang tidak ternilai.

Sebelum mengakhiri kerja sebagai barista handalan dan beralih arah melakukan sesuatu yang lebih besar, sedar tidak sedar, anda telah belajar beberapa kemahiran daripada pengalaman yang dilalui.

Membuat pelbagai kerja secara serentak dalam keadaan tertekan

Satu-satunya perkara benar yang dipaparkan TV ialah tekanan semasa bekerja di dapur. Segala yang anda tonton di skrin itu benar — gangguan jiwa, tekanan bertubi-tubi, dan letupan emosi. Semua ini terjadi.

Cuba bayangkan anda meloncat masuk keluar dari kaunter juruwang, sediakan minuman di bar dan kemudian menghantarnya kepada pelanggan.

Dalam perjalanan pulang ke kaunter juruwang, anda periksa status pesanan pelanggan di dapur. Anda selesaikan rungutan mereka dan banyak lagi, semuanya dilakukan dengan ukiran senyuman yang lebar tanpa lelah di muka. Yikes!

Barista bukan pekerjaan untuk orang yang lemah semangat. Untuk menjadi barista, anda perlu pantas.

Sensasi espresso ‘hilang’ dalam masa 10 saat. Jadi, satu-satunya kepandaian ialah membuat pelbagai kerja secara serentak supaya apabila syif habis, anda boleh berkata anda tidak ‘terbakar’ semasa syif.

Khidmat pelanggan

Pengajaran terbesar yang mungkin anda tidak akan lupa ialah seni halus berurusan dengan orang lain. Anda belajar bahawa sifat sensitif terhadap orang lain merupakan prasyarat untuk mana-mana perkara yang ada kaitan dengan industri hospitaliti.

Daripada perlu cekap berurusan dengan pelanggan tetap secara diplomasi, sehinggalah mengendalikan rakan sekerja yang naik angin, anda perlu melakukan ini semua dengan kesabaran yang menggunung tinggi walaupun batin terseksa.

Ada masa anda perlu bersemuka dengan orang yang anda rasa mahu lenyapkan dari muka bumi! Pelanggan sentiasa betul, ini benar, dan tiada siapa pun yang lebih mengetahui akan hal ini melainkan seseorang yang terlibat dalam industri hospitaliti.

Apa-apa yang berkaitan dengan industri ini melibatkan manusia lantas kita perlukan seorang manusia super yang mampu mengekalkan kesopanan dan profesionalisme apabila berurusan dengan pelanggan yang cerewet.

Inisiatif seperti mengisi minuman ke dalam gelas sebelum minuman pelanggan habis menandakan sifat empati dan peka dengan keadaan sekeliling.

Semua nilai ini menjadi aset yang sangat berharga, bukan sahaja bagi kakitangan mana-mana pertubuhan, malah untuk organisasi tempat anda memohon pekerjaan.

Kerja berpasukan dan komunikasi

Ingat lagi ruang bar sempit yang perlu dikongsi dengan empat, lima orang supaya semua kerja berjalan lancar untuk mendapatkan output sebaik mungkin? Ya, itulah dia. Hiruk-pikuk kekalutan di bahagian belakang bar bukannya pelanggan tahu.

Semua pekerja, yang berada di kaunter juruwang sehinggalah ke bar termasuk krew pembersih, mereka tahu di mana setiap orang harus berada pada saat tibanya waktu kemuncak. Ini memerlukan kerja berpasukan tahap luar biasa.

Anda tidak sekali-kali biarkan pelanggan yang datang pada pukul 9 pagi beratur panjang.

Menyediakan kopi untuk seseorang boleh dikira sebagai membuat sesuatu yang amat dekat dengan hati.

 

Betapa berkesan dan produktifnya mereka pada hari tersebut besar bergantung pada cara anda membuat kopi mereka.

Hari demi hari, anda akan lebih mengenali pesanan pelanggan tetap yang menjengkelkan (sensasi quad, soya, latte tanpa buih). Besar kemungkinan dalam tempoh itu, anda sudah bertemu dengan pelbagai jenis manusia daripada semua golongan masyarakat.

Daripada manusia kedekut yang duduk di situ sepanjang hari untuk Wi-Fi percuma dengan memesan menu yang paling murah (air), sehinggalah mat saleh yang tidak lokek memberi tip besar, inilah pengalaman terbaik menjadi seorang barista.

Sudut pandangan anda semakin luas dan anda tidak terbatas dalam ruang lingkup dengan muka yang sama.

Keyakinan anda semakin bertambah kerana sentiasa berhubung dengan kenalan baharu daripada latar belakang yang berbeza, cara mereka menyatakan apa yang mereka mahu atau perlu serta memberi arahan, semuanya berlainan.

Hal ini bermakna anda sentiasa menyesuaikan gaya komunikasi mengikut situasi dan individu yang anda berhadapan dengan. Ini kemahiran yang ada gunanya baik di dalam atau di luar suasana kerja.

Artikel berkaitan: Tiada Pengalaman Kerja? Jangan Bimbang!

Titisan akhir

Amat penting untuk anda sematkan dalam diri bahawa masa anda berada di kafe, tujuannya bukan hanya untuk mencari wang sampingan. Ingat, apa-apa kerja atau profesion boleh mengajar kita sesuatu yang mungkin bermanfaat pada suatu masa yang lain.

Kita semua dalam kembara pembelajaran sepanjang hayat. Usaha gigih yang dilaburkan dalam mempertingkatkan kemahiran boleh pindah milik adalah sesuatu yang akan anda syukuri pada tahun-tahun mendatang.

Jadi wahai para graduan, apabila anda mengisi resume, buatlah inventori berkenaan semua perkara yang anda tahu dan mampu lakukan. Maksud saya di sini, secara literal, semuanya.

 

Nicholas Chin ialah anggota team Belia di Leaderonomics. Apabila dia tidak sibuk dengan aktiviti memotivasikan golongan belia, besar kemungkinan dia sedang menyediakan secawan kopi yang best sekali di Greyskymorning. Berbicaralah dengannnya melalui nicholas.chin@leaderonomics.com

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Digital

Pasaran Digital dan Kepimpinan dan Pembangunan – Kebolehcapaian (Bahagian 1)

Oleh Arun Nagarajah. Temui arah aliran masa depan dalam kepimpinan digital dan pasaran pembangunan: peningkatan pendedahan jenama, saluran pemasaran yang dipertingkatkan dan kuasa bukti sosial. Manfaatkan potensi untuk berskala, penyesuaian dan impak seluruh industri.

May 22, 2023 5 Minit

Roshan Thiran

Tahun Baru, Diri Baru bersama Roshan Thiran

Di episod 1, host Waheeda menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk membincang tentang azam tahun baru. Ia adalah topik yang menjadi tanda tanya kepada ramai individu pada masa kini. Pentingkah resolusi tahun baru kepada kita semua? Di sini, Encik Roshan memberitahu bahawa kita mempunyai pilihan lain jika kita tidak ada resolusi tahun baru.

Mar 12, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Berani Gagal

Dalam Tip Kepimpinan ini, Roshan Thiran berkata setiap orang mesti berani gagal dan belajar daripada kegagalan untuk terus maju dalam kembara kehidupan. Kejayaan pasti dalam tangan kelak.

Jul 28, 2017 1 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest