9 Petua Meningkatkan Keyakinan Diri di Tempat Kerja

Apr 29, 2025 3 Minit
pekerja
Sumber:

imej oleh @tirachardz dari freepik.com

Langkah Mudah Membangunkan Keyakinan dan Prestasi Diri

1. Sediakan ‘kata-kata perangsang kendiri’ setiap hari.
Anda boleh membeli buku khas berkaitan kata-kata perangsang kendiri, atau mengungkapkan apa sahaja yang dapat meningkatkan keyakinan diri setiap hari. Puji dan sanjunglah diri anda. Jangan hanya memandang rendah atau memperlekehkan diri sendiri. Contohnya, anda boleh berkata kepada diri sendiri, “Saya rasa sungguh hebat dan yakin!”, “Saya seorang yang mengagumkan!”, atau “Tidak kira apa orang kata, saya tahu saya seorang yang berdedikasi, berdisiplin, dan kuat bekerja.”

2. Berikan ganjaran kepada diri sendiri.
Setiap kali anda berjaya mencapai sesuatu yang anda inginkan, berikanlah ganjaran kepada diri sendiri. Tidak kira sama ada mahal atau murah, yang penting ia khusus untuk menghargai kejayaan anda. Contohnya, selepas mendapat kenaikan pangkat, belanjalah diri anda di restoran kegemaran. Apa yang penting, anda menghargai diri sendiri.

Anda mungkin menyukai artikel ini:

Self-Love di Tempat Kerja: Kunci Kesihatan Mental dan Produktiviti

3. Sempurnakan tugasan anda.
Jika tugasan dibiarkan terbengkalai, ia boleh melemahkan keyakinan diri. Bukan bermakna anda tidak boleh menangguhkan kerja, tetapi jangan sampai berasa malu memikirkan ‘perjuangan yang tidak selesai’. Tidak kira sesukar mana, carilah jalan untuk menyempurnakannya.

Baca lagi: Petua Produktiviti: Kaedah 3-3-3 untuk Jadi Lebih Produktif

4. Dapatkan pendapat atau komen daripada orang lain.
Untuk meningkatkan keyakinan diri, mintalah pandangan daripada mereka yang positif dan menghargai usaha orang lain. Ini akan membantu meningkatkan rasa yakin terhadap diri sendiri. Namun, jika anda ingin mendapatkan kritikan yang membina, bertanyalah kepada mereka yang lebih kritikal dan cerewet — mereka mungkin dapat membantu.

5. Sentiasa ambil peluang untuk meningkatkan diri.
Jika ada kursus, seminar, bengkel atau ceramah, sertailah. Ia akan meningkatkan keyakinan dan harga diri anda, terutamanya selepas mempelajari kemahiran baharu dan berjaya menyiapkan tugasan menggunakan kemahiran tersebut. Ia pasti memuaskan hati anda!

6. Senaraikan alasan mengapa anda inginkan kejayaan.
Tanya diri sendiri: Kenapa anda melakukan sesuatu perkara? Kenapa anda bekerja keras? Kenapa perlu buat kerja lebih masa? Kenapa kejayaan itu penting? Tuliskan semua alasan anda, sama ada berkaitan keluarga, rakan, majikan, atau daripada diri sendiri. Bandingkan alasan orang lain dengan alasan peribadi anda.

7. Alasan peribadi anda adalah yang terbaik.
Walau seindah mana pun alasan yang diberi orang lain untuk memotivasikan anda, alasan diri sendiri tetap yang terbaik. Orang lain tidak benar-benar memahami diri anda. Anda adalah individu paling layak untuk memotivasikan diri sendiri, terutama dalam menghadapi cabaran dan saat sukar.

Tonton video ini untuk mengetahui bagaimana organisasi anda dapat mencipta legasi yang berkekalan dengan membangunkan pemimpin bertaraf dunia melalui kandungan yang menarik.

8. Ingat: “Ramai orang sudah berjaya melakukannya.”
Buang rasa takut dan bimbang dalam tugasan harian. Membentangkan projek bernilai RM30 juta mungkin sukar bagi seorang eksekutif muda, tetapi ramai yang pernah berjaya melakukannya. Jika mereka boleh, anda juga boleh!

9. “Kerana saya ingin meningkatkan kehidupan saya.”
Lakukan setiap usaha kerana anda ingin terus maju. Islam juga menggalakkan manusia untuk memperbaiki kehidupan mereka. Tugas sebagai khalifah di muka bumi jauh lebih besar. Jangan takut melakukan kesilapan — ia sebahagian daripada proses pembelajaran. Kesalahan bukanlah satu dosa, tetapi tidak belajar daripadanya adalah satu kesilapan. Belajarlah dan jadilah lebih bijaksana.

Artikel ini disiarkan atas kebenaran penulis. Boleh lihat penulisan asal di sini.

Sila Kongsi

Alt

Hj Fadzli Yusof Albasuti adalah konsultan strategi pembangunan pasukan jualan dan barisan dengan aplikasi NLP. Pelan strategi beliau telah membangunkan potensi & prestasi  puluhan ribu kakitangan korporat tersenarai di bursa Malaysia. Penulis 51 buah buku human development dan mendapat anugerah "Malaysia Leading NLP Trainer" oleh ASEAN HR Award pada tahun 2019. Beliau juga Pengarah Urusan Global Genius Consultant Sdn. Bhd dan Presiden TAMRIN (Trainer Motivator Islam Nasional).


 

Alt

Cadangan Buat Kamu

Kepimpinan

Peranan Kepimpinan dalam Pengurusan Perniagaan Antarabangsa

Oleh Sari Cada. Landskap perniagaan telah menjadi semakin global. Syarikat tidak lagi dihadkan oleh sempadan negara, menerokai pasaran baharu dan menjalin perkongsian merentasi benua. Persekitaran yang dinamik ini memberikan cabaran yang unik dan menuntut jenis kepimpinan tertentu - yang boleh mengemudi kerumitan, memupuk pemahaman budaya dan memacu kejayaan di arena antarabangsa.

May 27, 2024 4 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 10 Min Podcast

Alt

Menjadi Pendengar Yang Aktif: 10 Cara Terbaik

Kemahiran mendengar perlu dikuasai. Kita mesti pendengar yang aktif, dengan niat untuk memahami. Dengan itu, komunikasi berkesan dapat dijalin.

Oct 20, 2017 7 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest