15 Kerjaya Popular Menjelang 2030 dan Kursus Berkaitan

imej oleh @senivpetro dari freepik.com
Pernah terfikir tak, macam mana rupa dunia kerja dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang?
Dengan teknologi yang semakin berkembang pesat, banyak pekerjaan hari ini mungkin akan berubah—dan sebahagian besar kerjaya masa depan mungkin masih belum wujud pun sekarang.
Namun, satu perkara yang pasti, anda boleh mula bersedia dari sekarang.
Kerjaya Apa yang Akan Jadi Pilihan?
Berikut adalah 15 kerjaya yang dijangka akan terus berkembang menjelang 2030 berdasarkan laporan World Economic Forum (WEF) – Future of Jobs Report, LinkedIn Emerging Jobs Report, dan laporan daripada agensi kerajaan yang sah seperti TalentCorp, MDEC, dan DOSM. Serta kursus-kursus yang boleh membantu anda memasuki bidang tersebut:
Kerjaya | Kursus Berkaitan |
Data Scientist | Sains Data, Statistik, Python |
AI Engineer | Artificial Intelligence (AI), Machine Learning |
Cybersecurity Analyst | Keselamatan Siber, Rangkaian Komputer |
Doktor Perubatan | Perubatan, Sains Hayat |
Jururawat | Kejururawatan, Sains Kesihatan |
Software Developer | Kejuruteraan Perisian, Sains Komputer |
Pakar Pemasaran Digital | Pemasaran Digital, Komunikasi Media |
Guru Pendidikan Khas | Pendidikan Khas, Psikologi Pendidikan |
Jurutera Robotik | Kejuruteraan Mekatronik, Automasi |
Pereka UI/UX | Rekaan Grafik, Psikologi Pengguna |
Jurutera Tenaga Lestari | Kejuruteraan Tenaga, Sumber Boleh Baharu |
Pegawai Kesihatan Awam | Kesihatan Awam, Epidemiologi |
Pakar Bioteknologi | Bioteknologi, Sains Bioperubatan |
Kaunselor Kesihatan Mental | Psikologi, Kaunseling |
Pakar Pengurusan Projek | Pengurusan Projek, Perniagaan |
Semua bidang ini bukan saja relevan, tapi juga memberi peluang kerja yang luas dan baik dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.
Baca lagi:
12 Kemahiran Kepimpinan Kritikal untuk Pemimpin Autentik pada Tahun 2025
Petua Memilih Kursus atau Bidang yang Sesuai Sebelum Memasuki Universiti
Memilih kursus bukan hanya soal ikut trend atau kawan. Ini adalah langkah penting yang akan mempengaruhi hala tuju hidup anda. Berikut beberapa panduan ringkas untuk bantu anda buat pilihan yang lebih bijak:
1. Kenal pasti minat anda
Apa yang anda suka lakukan? Subjek atau aktiviti apa yang buat anda teruja untuk belajar? Bila anda minat, anda lebih mudah bertahan dan konsisten walaupun pelajarannya mencabar.
2. Nilai kekuatan dan kebolehan diri
Cemerlang dalam subjek teknikal? Mungkin Sains Komputer, Kejuruteraan atau Teknologi sesuai. Kalau anda suka menulis, bercakap atau berinteraksi dengan orang, pertimbangkan bidang seperti Komunikasi, Psikologi atau Sastera.
3. Fikirkan masa depan, bukan hanya keputusan semasa
Tanya diri sendiri — apa cita-cita anda? Bidang apa yang boleh bantu capai impian 5–10 tahun akan datang? Pilih kursus yang membuka peluang kerjaya yang relevan dan berkekalan.
4. Jangan ikut kawan, ikut kesesuaian diri sendiri
Rakan mungkin pilih laluan berbeza. Tak salah untuk dapatkan pandangan, tapi keputusan akhir perlu ikut kekuatan, minat dan matlamat anda sendiri.
Anda mungkin menyukai artikel ini:
Kerja Pertama: Asas Kejayaan Kerjaya Anda
Fakta Menarik:
Menurut World Economic Forum, kemahiran paling dicari dalam masa terdekat termasuk:
- Pemikiran Analitik dan Inovasi
- Literasi Teknologi
- Kepimpinan dan Pengaruh Sosial
- Ketahanan, Toleransi terhadap Tekanan & Fleksibiliti
- Kecerdasan Emosi (Emotional Intelligence)
Jadi, selain pilih kursus, kemahiran insaniah (soft skills) juga penting untuk dibina.
Bersedia Dari Sekarang
Tak ada siapa tahu dengan tepat apa akan jadi 5 tahun lagi, tapi yang pasti — Tindakan hari ini akan tentukan ke mana arah anda pergi esok.
Kalau anda sedang fikir nak sambung belajar atau pilih kursus, jangan terburu-buru. Ambil masa, buat kajian, tanya orang yang lebih berpengalaman. Yang penting, buat pilihan yang sesuai dengan siapa diri anda.
Masa depan memang tak pasti lagi, tapi langkah bijak boleh bermula sekarang.
ilustrasi dari Facebook: Shazone Sham
Belia
Berlatarkan pendidikan dalam Bahasa dan Linguistik Melayu, Amirah Nadiah gemar membaca dan mengikuti perkembangan semasa, yang membolehkannya kekal peka terhadap pelbagai isu. Sebagai seorang Content Editor, beliau aktif dalam kerja terjemahan serta penghasilan kandungan yang menarik dan meyakinkan. Pada masa lapang, beliau suka berkongsi frasa self-love di platform X miliknya.