Memajukan Diri di Tempat Kerja dan Kehidupan

May 04, 2025 2 Minit
tempat kerja
Sumber:

imej oleh @mindandi dari freepik.com

Majukan diri dan gandakan sukses

Petua 1: Pilih contoh ikutan (role model) yang berjaya
Kenali dia secara dekat — latar belakang keluarga, pendidikan, sikap, aktiviti, prinsip hidup, cara kerja, pencapaian, kerjaya, kesungguhan dan segala-galanya yang berkaitan dengan kejayaannya. Jika berkesempatan, bertemulah dengannya dan mintalah dia berkongsi rahsia kejayaannya dengan anda. Mana tahu, suatu hari nanti anda juga akan mengikuti jejak langkahnya.

Petua 2: Bina keyakinan diri untuk maju
Fikirkan imej-imej cemerlang tentang diri anda. Bayangkan anda adalah individu yang lebih baik berbanding sebelum ini. Bayangkan esok anda menjadi individu yang lebih cemerlang berbanding hari ini. Tiada modal diperlukan untuk melakukan semua ini. Yang diperlukan hanyalah — bayangkan!

Petua 3: Sukarela bekerja dengan cara terbaik
Cubalah siasat apakah aktiviti yang dilakukan oleh mereka yang telah berjaya. Tawarkan diri anda untuk turut sama membantu, contohnya dalam program-program amal yang dikendalikan oleh mereka. Dengan itu, anda akan dapat ‘mengekori’ perjalanan sehariannya. Secara tidak langsung, anda boleh meneladani ciri-ciri unggul yang dimilikinya.

Petua 4: Bercinta dengan ilmu
Tanpa ilmu, anda tidak dapat memajukan diri. Fikirkan bidang yang anda minati dan kumpulkan sebanyak mungkin pengetahuan mengenainya. Pelajarilah dengan tekun dan sabar. Jangan gopoh atau mengharapkan kemajuan dalam masa yang singkat. Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama, bukan?

Petua 5: Belajar daripada kesilapan
Setiap manusia melakukan kesilapan. Ia bukanlah satu perkara yang hina. Tetapi jika anda tidak belajar daripada kesilapan, itu adalah satu keburukan yang sukar dimaafkan. Jangan sesekali mengulangi kesilapan yang sama. Jadikan setiap kesilapan sebagai peluang untuk belajar sesuatu yang baharu dan memperbaiki diri.

Anda mungkin menyukai artikel ini:

Pelajaran Psikologi yang Akan Mengubah Hidup dan Minda Anda

Petua 6: Banyak membaca
Tidak perlu menjadi ulat buku, cukup sekadar menjadikan membaca sebagai hobi. Bacalah bahan bacaan yang berkaitan dengan kemahiran anda, serta bacaan yang bersifat umum. Membaca group WhatsApp? Tidak cukup. Carilah bahan bacaan yang ilmiah dan yang mencabar sambungan neuron anda — barulah seronok!

Petua 7: Sertai program latihan
Apatah lagi jika organisasi yang menanggung kosnya. Gunakan peluang itu untuk belajar. Biasanya, pembentang adalah individu profesional dan berpengalaman dalam bidang masing-masing. Luangkan sedikit masa untuk masa depan yang lebih cerah dan gemilang. 

Petua 8: Fokus semasa program latihan
Jangan lakukan perkara lain atau termenung sahaja. Jika anda sudah berada di lokasi program, tiada gunanya berkhayal atau bermain-main. Berfikir bahawa latihan itu “membuang masa” adalah langkah pertama untuk menjadi individu yang suka membuang masa. Oleh itu, hargailah program latihan. Jika anda fikir ia penuh manfaat, maka anda akan memperolehnya.

Petua 9: Fokus pada kemahiran yang membantu organisasi
Berbincanglah dengan majikan mengenai keutamaan tertinggi dalam organisasi. Terokai ilmu dan kemahiran yang berkait rapat dengan keutamaan tersebut. Jika anda melakukannya dengan tekun dan bersungguh-sungguh, tiada alasan untuk anda tidak dinaikkan pangkat.

“Seminit kejayaan akan dapat menebus bertahun kegagalan.” 

– Robert Browning

Artikel ini disiarkan atas kebenaran penulis. Boleh lihat penulisan asal di sini.

Sila Kongsi

Kepimpinan

Alt

Hj Fadzli Yusof Albasuti adalah konsultan strategi pembangunan pasukan jualan dan barisan dengan aplikasi NLP. Pelan strategi beliau telah membangunkan potensi & prestasi  puluhan ribu kakitangan korporat tersenarai di bursa Malaysia. Penulis 51 buah buku human development dan mendapat anugerah "Malaysia Leading NLP Trainer" oleh ASEAN HR Award pada tahun 2019. Beliau juga Pengarah Urusan Global Genius Consultant Sdn. Bhd dan Presiden TAMRIN (Trainer Motivator Islam Nasional).


 

Cadangan Buat Kamu

kepimpinan

Fokus pada Akar, Bukan Daun: Sains di Sebalik Lingkaran Dalaman Anda

Oleh Roshan Thiran. Manusia berkembang seperti tumbuhan. Jika orang dalam organisasi anda tidak berkembang, mungkin anda sedang menyiram bahagian pokok yang salah.

Dec 17, 2025 3 Minit

Komunikasi

COVID-19 Merubah Komunikasi bersama Roshan Thiran

Di episod 4, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimanakah krisis Covid-19 merubah norma terbaru kita? Adakah ia merubah cara kita berkomunikasi selamanya? Disini, Roshan berkongsi perspektifnya tentang krisis Covid-19 dan juga berkongsi tips-tips untuk mendapatkan interaksi atas talian yang efektif.

Mar 16, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Tingkap yang Pecah

Dalam episod ini, Roshan Thiran, Ketua Pegawa Eksekutif Leaderonomics cuba memberi tipnya mengenai kuasa seseorang untuk mengendalikan benda-benda yang kecil. Jika kami dapat menjayakan benda-benda yang kecil, lama-lama ia akan membawa kejayaan yang besar

Jan 04, 2018 1 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest