COVID-19 Adalah Ujian Untuk Kepimpinan

3 minit

Template Logo
category-icon

Oleh ERNEST ANTOINE

Saya dibesarkan di Ipoh Malaysia dalam komuniti berbilang kaum dan budaya. Keluarga Melayu, Cina, India dan Punjabi tinggal berhampiran. Kanak-kanak bermain bersama-sama, semua orang meraikan perayaan yang sama – Hari Raya, Krismas, Deepavali dan Tahun Baru Cina.

Komuniti yang lebih tua sentiasa memastikan kami tergolong dalam keluarga yang besar. Mereka tidak mengganggap ada perbezaan diantara kami. Malah mereka juga mewujudkan komuniti dimana semua orang tergolong dan rasa dihargai.

Ketika masa memerlukan, kami sentiasa ada untuk membantu. Ahli sains menyebutnya sebagai komuniti sosial. Hubungan yang kami ada, yang menyatukan kami melalui keadaan yang baik dan buruk.

Setiap kali ada kematian dalam keluarga, perkahwinan, kelahiran anak baru atau peristiwa penting, semua masyarakat akan bersatu untuk membantu. Pemimpin di masa muda saya secara aktif memupuk nilai-nilai sosial: mereka tahu bahawa kami saling memerlukan antara satu sama lain.

Hari ini, Malaysia adalah di tempat yang berbeza. Ia lebih kompleks, tidak menentu, lebih konflik, dan terganggu. Kedatangan Covid-19 telah mengubah Malaysia. Semua orang mengetahui bahawa Covid-19 adalah penyakit dan memberi kesan jangka yang panjang dan yang teruk kepada ekonomi negara.

Kesan ini perlu ditangani selama bertahun-tahun. Adakah Malaysia akan menjadi komuniti sosial yang diperlukan untuk semua masyarakat? Adakah pemimpin sekarang menyedari perkara ini? Sekiranya demikian, adakah mereka melakukan sesuatu? Bagaimanakah pemimpin dapat memanfaatkan sosial komuniti untuk menangani kesan Covid-19 terhadap masyarakat kita?

Pemimpin, tunjukkan kepada kita bagaimana

Kami sendiri tidak tahu jawapan untuk soalan-soalan yang diajukan ini. Kita berharap terhadap pemimpin kita bahawa semuanya pulih semula. Kita ingin memberitahu pemimpin kita bahawa, kita juga boleh saling membantu melalui wabak ini.

Untuk mengambil langkah ini, pemimpin-pemimpin perlu mempunyai kepercayaannya terhadap kita. Walaupun menjadi seorang ketua di sebuah kampung (penghulu kampung), pengurus syarikat, ketua pengarah di pejabat kerajaan atau menteri dalam kerajaan tidak semestinya boleh mendapat kepercayaan daripada orang lain.

Pemimpin boleh mendapatkan kepercayaan mereka dengan mengambil langkah pertama. Mereka boleh memulakan dengan menunjukkan rasa empati terhadap kegelisahan, ketakutan, kekeliruan dan kekecewaan orang lain.

Pemimpin harus menunjukkan bahawa mereka benar-benar mengambil berat dan peduli terhadap kehidupan orang lain. Ada diantara mereka kehilangan orang yang disayangi, yang lain pula mungkin sedang menyara saudara mereka yang sakit, banyak keluarga yang kehilangan sumber kewangan mereka dan mungkin juga tidak mampu untuk memberi keperluan terhadap orang yang mereka sayangi dan pada orang-orang yang lebih muda, mungkin mendapati bahawa pelajaran dan kerjaya mereka terganggu.

Pemimpin harus mempunyai hubungan yang ikhlas dengan orang-orang ini, supaya ini dapat menyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan dilupakan dan ketinggalan. Sikap empati yang membina kepercayaan sangat penting untuk kejayaan kepimimpinan dalam keadaan yang krisis.

Pemimpin juga harus menunjukkan bahawa mereka boleh mengambil tindakan dengan cepat. Mengambil tindakan dengan cepat dapat mengukuhkan kepercayaan antara pemimpin dan pengikutnya. Sekiranya keputusan mereka berjaya, semuanya pasti akan baik, tetapi jika keputusannya gagal, pemimpin harus bertindak cepat dan meminta maaf, harus mempunyai sikap yang tulus, dan mengambil peluang untuk memperbaiki keadaan.

Pemimpin harus mencari bakat yang terbaik di negara ini, yang boleh memberi tindak balas terhadap Covid-19, menyedari bahawa banyak masalah yang sedang terjadi sekarang memerlukan pakar yang perlu bekerjasama.

Pemimpin harus membimbing, mendorong, menyokong, memberi inspirasi dan menghilangkan segala halangan yang ada. Oleh itu, pemimpin juga harus mendengar dan belajar dari orang-orang yang sedang hidup pada zaman pandemik ini setiap hari.

Selain itu, pemimpin juga harus berkomunikasi dengan semua masyarakat, memberi maklumat terkini mengenai tindakan yang perlu diambil untuk mencegah wabak tersebut. Kerjasama antara pemimpin dan masyarakat akan menjadi bukti bahawa komuniti sosial ada di negara ini.

Ujian sebenar sebagai pemimpin adalah, adakah sosial komuniti ada diantara masyarakat. Adakah orang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Bolehkah mereka memberi sokongan dan menjaga anggota komuniti di kawasan kejiranan mereka walaupun mereka tidak dapat bersemuka?

Pemimpin harus mendorong ahli komuniti mereka untuk memberikan sokongan emosi antara satu sama lain. Walaupun perintah kawalan pergerakan (PKP) telah menghadkan jarak fizikal antara kita, tetapi ini tidak memandang sambil lewa terhadap hubungan secara emosi. Contohnya, berhubung dengan individu lain melalui talian atau bertukar hadiah telah membuatkan peningkatan emosi yang sangat tinggi.

Di samping itu, pemimpin seharusnya tidak hanya mendorong orang untuk terus berhubungan dengan orang lain, mereka juga harus menunjukkan bagaimana mereka melakukannya sendiri. Apabila pemimpin menunjukkan bagaimana ia dilakukan, pasti individu lain akan mengikutinya. Mungkin kita pernah mendengar ini, kekuatan tingkah laku seorang pemimpin tidak boleh dipandang rendah.

Covid-19 telah menguji persepakatan antara kita. Ini adalah ujian yang kita tidak boleh gagal. Tidak ada seorang individu pun yang mempunyai jawapan untuk ini, jadi di hadapan adalah kita memerlukan percubaan dan kesilapan.

Sekiranya kita tetap bersama, kita akan menjadikannya sebagai sebuah negara yang bersatu. Jika kita hanya mementingkan diri sendiri, itu adalah resepi kegagalan. Namun, komuniti sosial kita berada dalam tekanan bahkan sebelum Covid-19. Bolehkah pemimpin kita memperkuatkan komuniti sosial kita dan membawa kita keluar dari krisis ini? Hanya masa yang akan menentukan.

 

 

Untuk berhubung dengan lebih lanjut, email editor@leaderonomics.com 

Cadangan Buat Kamu