Cara-cara Memimpin Pada Masa yang Mencabar

Jul 07, 2020 4 Minit
Memimpin pada masa yang mencabar

Memiliki peranan pertama sebagai pemimpin boleh membuatkan kita takut. Ini adalah peluang yang baik untuk membawa pasukan atau organisasi ke arah yang baru, dan peranan sebagai pemimpin adalah harus terus berjalan. Terdapat jangkaan yang anda harus tunjukkan.

Ketika kita sedang memasuki pertengahan tahun 2020, kita baru mula menangani krisis kesihatan yang melanda dunia awal tahun ini. Masih ada sejumlah cabaran dan rintangan untuk ditempuhi dan ketidakpastian untuk memahami dan mengatasinya. COVID-19 telah membuatkan ekonomi, organisasi dan cara kehidupan kita dalam keadaan yang tidak menentu ketika kita bersama-sama berusaha mencari jalan ke hadapan, satu langkah demi satu langkah.

Oleh itu, kita dapat memahami bahawa pemimpin baru mungkin takut untuk melangkah ke peranan yang lebih besar ketika visi dan keputusan adalah penting saat ini. Walaupun anda mendapati posisi adalah tugasan yang luar biasa, ia juga adalah peluang yang besar untuk anda belajar dan berkembang ketika pemimpin lain memimpin dalam keadaan yang “normal”.

Sebagai contoh, pemimpin yang memimpin sebelum masalah kesihatan terjadi tidak tahu apa itu Zoom, apalagi bagaimana menggunakannya. Idea untuk membuat podcast, mengambil bahagian dalam Facebook Live, atau mengadakan sesi menggunakan webinar. Dalam jangka tiga bulan, kita semua terpaksa menggunakan cara komunikasi ini dan membiasakan diri  dengan teknologi dan aplikasi yang ada– bekerja dari rumah, tidak ada pilihan. Oleh itu, kita harus menyesuaikan diri dan mengatasi keraguan dan ketakutan.

Ketakutan akan mengawal kita apabila kita membiarkannya ia terjadi. Ia dapat mendorong dan memotivasikan kita selagi kita menggunakannya dengan cara yang betul (tanpanya, kita mungkin akan berada dalam situasi yang lebih berisiko). Sebagai pemimpin yang baru, anda harus belajar mengatur diri jika anda berharap untuk mengatur orang dan situasi lain. Berikut adalah beberapa tip yang boleh digunakan untuk membantu anda mengatasi rasa takut. Kita sering melihat emosi ketakutan sebagai sesuatu yang negatif, dan perasaaan yang harus disingkirkan. Oleh itu, di sini ada beberapa tip.

1. Terimalah bahawa ketakutan adalah tindak balas semula jadi

Pemimpin yang berpengalaman pun akan merasa takut di saat krisis, sama ada ia dilihat atau tidak. Masuk akal: sebagai emosi, ketakutan membuat kita waspada terhadapa cabaran yang mengingatkan kita tentang pentingnya apa yang kita hadapi. Pada tahun 2020 kita menghadapi banyak cabaran. Nasihat untuk “mengatasi ketakutan anda” berlaku ketika rasa takut menjadikan anda lemah – “Jangan biarkan ia mengawal anda” – tetapi dos yang sihat dapat memberi manfaat dan mendorong kita ke arah kejayaan. Dengan itu, kita menjadi lebih yakin dan berdaya tahan sebagai pemimpin ketika kita belajar menggunakan ketakutan, dan bukan dikawal olehnya.

2. Elakkan malapetaka – lihat pada gambaran yang lebih.

Sebagai pemimpin yang baru, anda juga mungkin mempunyai fikiran seperti itu: “Bagaimana jika saya membuat keputusan yang salah? Ia pasti akan mempengaruhi projek itu jika gagal, dan kemudian pasukan saya mungkin akan kehilangan kepercayaan mereka kepada saya dan produktiviti akan merosot. Saya akan dipanggil di hadapan bos dan mungkin akan kehilangan pekerjaan dan kemudian berita akan tersebar dan saya tidak akan dihormati sebagai pemimpin.” Hanya dengan kata-kata yang bermain di fikiran, ia telah mengawal kita daripada membuat keputusan yang salah dan kehilangan kepercayaan terhadap diri kita. Kadang-kadang pemimpin juga membuat keputusan yang salah – tidak ada di antara kita yang dapat lari dari kenyataan itu. Ia adalah bagaimana anda memberi tindak balas. Anda boleh mengatasi kesilapan anda, belajar dari kesilapan dan mengetahui apa yang salah, bagaimana untuk membetulkannya, dan melakukannya lebih baik untuk masa akan datang. Dalam kegagalan, kita boleh belajar, berkembang, menyesuaikan diri, dan maju ke hadapan… Tetapi ia akan terjadi jika anda mengambil peluang untuk belajar.

3. Meniru… Tetapi jangan pernah membandingkan.

Jika pertama kali kita mendapat tanggungjawab sebagai pemimpin, ia membantu jika kita mempunyai pemimpin yang kita kagumi, “apakah sifat yang mereka miliki sehingga boleh membawa mereka di kedudukan mereka sekarang? Bagaimana saya dapat menerapkan teladan yang mereka ada dengan cara saya sendiri? “Mencontohi orang yang kita kagumi memungkinkan kita memiliki pemahaman tentang pemimpin. Salah satu perkara yang harus dielakkan ialah membuat perbandingan – terutamanya di media sosial. Di mana anda dapat melihat akan ada “pakar”, “guru” dan pemimpin yang menunjukkan kehebatan mereka dalam pelbagai cara, tetapi ingatlah bahawa sosial media adalah tempat di mana orang menunjukkan apa yang mereka ada. Fokuslah pada pembangunan diri anda sendiri. Peringatan buat diri sendiri, di mana anda berada adalah di mana anda mahu pergi, bukan di mana “sepatutnya” anda berada. 

4. Ambil masa lapang dengan serius.

Kita mungkin melihat pemimpin seperti Elon Musk dan Steve Jobs dan rasa terinspirasi oleh semangat dan tekad mereka yang luar biasa, dan itulah kuncinya – luar biasa. Sebilangan besar daripada kita, jika tidak mendapat rehat dan masa lapang yang secukupnya, prestasi dan kesejahteraan umum akan merosot. Pemimpin yang kurang tidur cendurung bersikap “lebih tidak sabar, mudah marah dan tidak mesra”, sedangkan mereka yang mengambil banyak masa untuk menikmatinya dan melakukan senaman dapat membantu mereka membuat keputusan yang lebih baik, menyelesaikan masalah dan berhubung dengan orang lain dengan lebih baik. Kepimpinan adalah peranan yang baik, tetapi ia juga memberikan tekanan. Anda berhutang pada diri sendiri, dan orang-orang yang anda pimpin, untuk mendapatkan kehidupan di luar pekerjaan.

Untuk berhubung dengan lebih lanjut, email editor@leaderonomics.com 

 

 

 

 


 

Sila Kongsi

Alt

Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/

Alt

Cadangan Buat Kamu

Kerjaya

Melebihi Gaji dan Faedah: Mengapa Perbualan Kerjaya Penting

Winnie Jiang, Claire Harbour dan Antoine Tirard. Pelajari seni perbualan kerjaya—integral kepada kejayaan bersama apabila pekerja berasa dihargai, bermotivasi dan komited. Kisah sebenar, cerapan dan petua praktikal untuk mengubah pendekatan anda terhadap pengurusan bakat.

Feb 05, 2024 5 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

'Tamparan Idea' ialah podcast Bahasa Melayu yang mengupas topik dan isu semasa berkaitan dengan kepimpinan. Program ini diceriakan oleh Waheeda Hasbullah, seorang pengacara yang sentiasa membawa aura gembira kepada anda semua. Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Fokus Pada Perubahan Kecil

Dalam Tip Kepimpinan ini, Roshan Thiran mengesyorkan supaya kita menumpukan usaha untuk membawa perubahan kecil pada diri. Lama-kelamaan perubahan menyeluruh akan tercapai. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

Jul 19, 2017 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest