'Employment Gap': Apa yang Perlu Anda Lakukan?

Aug 09, 2026 • 3 Minit
meeting
Sumber:

imej oleh @rawixel.com dari magnific

Antara perkara yang menjadi perhatian majikan apabila melihat resume anda ialah bahagian “Working Experience” atau pengalaman kerja. Bagi kebanyakan majikan, pengalaman kerja menjadi salah satu faktor penting dalam menentukan sama ada mereka akan mempertimbangkan sesuatu permohonan atau tidak.

Terdapat dua perkara utama yang sering menjadi kebimbangan calon, dan perkara pertama ialah tempoh perkhidmatan bersama sesebuah syarikat.

Jika tempoh perkhidmatan melebihi lima tahun dalam sesebuah syarikat, perkara tersebut biasanya tidak mendatangkan kebimbangan kepada majikan. Namun, apa yang mungkin menimbulkan persoalan ialah tempoh perkhidmatan yang terlalu singkat, contohnya hanya setahun atau beberapa bulan sahaja.

Bagi tempoh perkhidmatan antara tiga hingga lima tahun, kebiasaannya majikan tidak akan mempunyai banyak persoalan. Tetapi jika tempoh tersebut lebih pendek, majikan mungkin tertanya-tanya mengapa anda tidak lama bekerja di syarikat tersebut. Adakah terdapat masalah daripada pihak anda atau mungkin terdapat isu daripada pihak syarikat?

Sesetengah majikan mungkin akan bertanya secara terus semasa sesi temu duga:

“Kenapa anda tidak lama bekerja di syarikat ini? Apakah masalah yang berlaku?”

Jika perkara tersebut berpunca daripada masalah anda, adakah anda akan berterus terang? Atau jika ia berpunca daripada masalah syarikat, adakah anda akan menceritakan keburukan syarikat tersebut?

Setiap jawapan yang diberikan perlu mengambil kira maruah diri serta menjaga nama baik syarikat terdahulu. Anda tidak semestinya perlu menceritakan secara terperinci perkara yang berlaku. Sebaliknya, anda boleh berkongsi pengalaman, pembelajaran dan manfaat yang diperoleh sepanjang tempoh bekerja di situ walaupun tempoh perkhidmatan tersebut tidak lama.

Artikel ini mungkin menarik minat anda:

Kesilapan Resume Paling Lazim yang Boleh Membebankan Kerja Anda

Perkara kedua yang sering menjadi persoalan majikan ialah apabila terdapat tempoh tertentu di mana anda tidak bekerja atau mengalami “employment gap” sebelum kembali ke alam pekerjaan.

Bagaimana jika majikan bertanya tentang tempoh tersebut? Bagaimana anda boleh menjawab persoalan mereka dan meyakinkan mereka bahawa tempoh tersebut tetap mempunyai nilai?

Cadangan saya adalah dengan menerangkan perkara, aktiviti atau pengalaman bermanfaat yang telah anda lakukan sepanjang tempoh tersebut.

Sebagai contoh, terdapat individu yang bekerja selama lima tahun sebelum berhenti dan mencuba bidang perniagaan selama setahun setengah. Namun, disebabkan cabaran dalam perniagaan, mereka mengambil keputusan untuk kembali bekerja.

Dalam resume, jangan biarkan tempoh tersebut kelihatan kosong. Sebaliknya, masukkan aktiviti yang menunjukkan bagaimana anda menggunakan masa tersebut secara produktif.

Anda mungkin mempunyai employment gap atas beberapa faktor seperti:

  1. Mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan anda tidak dapat bekerja buat sementara waktu.
  2. Menjaga ahli keluarga yang sakit tenat seperti ibu bapa, pasangan atau anak-anak.
  3. Mencuba bidang perniagaan.
  4. Mengambil cuti bersalin yang panjang disebabkan komplikasi kesihatan diri atau anak.
  5. Melanjutkan pengajian atau menyambung pembelajaran di dalam atau luar negara.
  6. Diberhentikan kerja dan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan baharu.

Dan masih banyak lagi sebab lain yang boleh menyebabkan seseorang mempunyai jurang pekerjaan.

Perkara paling penting ialah anda perlu menjelaskan apakah aktiviti bermanfaat yang telah dilakukan sepanjang tempoh tersebut. Hal ini dapat menunjukkan bahawa walaupun anda tidak bekerja secara formal, anda masih menggunakan masa tersebut untuk meningkatkan diri serta memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda tampil dengan lebih yakin apabila memohon pekerjaan. Semoga anda terus berjaya dan kongsikan artikel ini agar rakan-rakan lain turut memperoleh manfaat. Terima kasih.

Baca lagi:
‘Employee Detachment’: Apa Itu dan Cara Mencegahnya

Sila Kongsi

Kepimpinan

Alt
Nik Faiz seorang jurulatih kerjaya. Dia telah menolong lebih dari 10,000 individu mendapat kerja yang sesuai dan berjaya dalam kehidupan mereka.
Alt

Cadangan Buat Kamu

conversation

5 Cara Pemimpin Tanpa Sedar Menimbulkan Rasa Takut di Tempat Kerja

Oleh Errol Amerasekera. Ketakutan tidak semestinya hadir melalui jeritan. Kadangkala, ia muncul melalui sindiran, celahan atau perbualan yang dipendekkan. Apakah yang sebenarnya disampaikan melalui interaksi harian kita?

Aug 26, 2026 • 4 Minit

Graduan wanita

Dilema Seorang Graduan Baru bersama Andrea Chew

Di episod 3, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Andrea Chew; Strategik Projek Partner di Leaderonomics, tentang topik hangat diantara 'fresh graduate' yang mula melangkah ke dunia pekerjaan. Bagaimanakah seseorang graduan baru boleh menyesuaikan diri di tempat kerja? Di sini, Andrea Chew akan berkongsi beberapa tip-tip kepada para siswa dan siswi untuk berkeyakinan lebih tinggi.

Mar 15, 2023 • 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Rahsia Menjadi Pemimpin Yang Hebat

Dalam Tip Kepimpinan ini, Roshan Thiran mengesyorkan supaya kita mengenal pasti dan menjadikan tokoh-tokoh yang unggul sebagai suri teladan, dan berlatih corak kepimpinan yang ingin kita contohi.

Jun 27, 2017 • 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest