Otak Kita Bukan Semakin Lemah, Kita yang Meletihkannya

May 06, 2026 2 Minit
berfikir
Sumber:

imej dari unsplash 

Sedang saya sibuk scroll aplikasi Threads, saya terjumpa satu bebenang tentang “brain power” yang menarik perhatian.

Perkongsian ini oleh Zulfadhli Talib memetik pandangan Assoc. Prof. Dr. Rizky Edmi Edison (pakar neurosains) mengenai bagaimana tabiat harian kita mungkin sedang mempengaruhi keupayaan otak tanpa kita sedari.

Otak Rasa “Slow” dan Mudah “Blank”

Pernah tak rasa otak makin “slow”, mudah blank, atau susah nak ingat perkara kecil seperti letak kunci di mana?

Menurut perkongsian ini, ia bukan sekadar keletihan biasa. Ada beberapa tabiat harian yang tanpa sedar memberi tekanan berterusan kepada otak.

1. “Rehat” yang Sebenarnya Membebankan Otak

Ramai antara kita menganggap menonton TikTok atau Instagram Reels sebagai cara untuk berehat.

Namun menurut Dr. Edmi, setiap video pendek yang kita scroll memaksa otak memproses maklumat baru secara berterusan dalam tempoh yang sangat singkat.

Akibatnya:

  • Otak tidak benar-benar berehat
  • Fokus menjadi semakin pendek
  • Sukar mengekalkan perhatian untuk jangka masa lama
  • Apa yang disangka rehat sebenarnya adalah beban kognitif yang berterusan.

Artikel ini mungkin menarik minat anda:

Hidup dalam Autopilot Tanpa Kita Sedari

2. Multitasking Bukan Kelebihan

Ramai orang berbangga mampu melakukan beberapa kerja dalam satu masa.

Namun hakikatnya, otak tidak benar-benar melakukan multitasking.

Ia hanya melakukan “rapid switching” — bertukar fokus dari satu tugas ke tugas lain seperti:

Excel → WhatsApp → email → kembali semula

Setiap pertukaran ini menggunakan tenaga otak yang tinggi, khususnya glukosa.

Kesannya:

  • Cepat letih secara mental
  • “Brain fog” pada waktu petang
  • Daya fikir jadi perlahan

imej dari unsplash

3. Tabiat Harian yang Perlahan-Lahan Melemahkan Otak

Tiga tabiat ini jika berlaku serentak memberi kesan lebih besar daripada yang kita sangka:

  • Penggunaan gajet yang berlebihan
  • Terlalu lama berbaring atau tidak bergerak
  • Makan berlebihan atau “snacking” tanpa kawalan

Gabungan ini boleh menyebabkan:

  • Aliran oksigen ke otak berkurang
  • Tenaga digunakan secara tidak efisien
  • Otak menjadi lebih “lembap” untuk berfungsi

Cara “Reset” Semula Otak

Beberapa cadangan mudah yang dikongsikan:

1. Bergerak secara berkala
Bangun dan berjalan selama 5 minit setiap 20 minit untuk bantu aliran darah ke otak.

2. Power nap singkat
Rehat 10–20 minit pada waktu siang sudah mencukupi untuk segarkan semula minda.

3. Kawal pengambilan makanan
Elakkan makan berlebihan kerana ia boleh mengurangkan kecekapan fungsi otak.

Mitos Tentang Fungsi Otak

Konsep “otak kiri logik, otak kanan kreatif” sebenarnya terlalu disederhanakan.

Kebanyakan fungsi kognitif — sama ada logik mahupun kreatif — melibatkan bahagian otak yang sama, khususnya prefrontal cortex.

Untuk memastikan fungsi ini optimum, dua perkara utama diperlukan:

  • Tidur yang cukup
  • Pengurangan gangguan seperti notifikasi berlebihan

Masalah utama bukanlah kita semakin kurang bijak.

Tetapi, cara kita menggunakan masa rehat yang sebenarnya tidak memberi ruang kepada otak untuk benar-benar pulih.

Dan tanpa kita sedari, “rehat” yang kita lakukan hari ini mungkin menjadi punca otak semakin perlahan esok.

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Alt

Amirah ialah editor Bahasa Melayu di Leaderonomics dengan latar belakang dalam bidang Linguistik dan Bahasa Melayu. Bagi Amirah, menulis bukan sekadar tugas, tetapi ruang untuk meneroka idea dan berkongsi perspektif. Di luar kerja, dia gemar menonton Netflix, mencuba makanan baharu dan menikmati secawan matcha.

Alt

Cadangan Buat Kamu

hobi

Hobi Sederhana yang Diam-Diam Mengasah Minda

Oleh Amirah Nadiah. Hobi kecil seperti menulis fikiran, mengajar ilmu baru, atau berjalan tanpa earphone boleh menenangkan minda dan diam-diam menjadikannya lebih tajam.

Feb 25, 2026 3 Minit

Alt

Mindset Positif - Kuasa Pemikiran Positif

Buka rahsia untuk kehidupan yang lebih bahagia dan memuaskan dengan kuasa pemikiran positif! Mulakan penggunaan positif hari ini dan lihat perbezaan yang boleh dihasilkannya.

Feb 05, 2025 2:12 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest