Kekuatan yang Disalah Anggap Lemah

Dec 14, 2025 2 Minit
Alt
Sumber:

imej oleh @wirestock dari freepik.com

Jangan sesekali memandang rendah kekuatan pada perkara yang kelihatan lemah.

Orang sering berkata bahawa memaafkan terasa seperti mengalah, namun dunia akan porak-peranda jika setiap interaksi menjadi mahkamah. Apabila perbualan berubah menjadi perbicaraan, hubungan akhirnya menjadi penjara.

Ada yang berkata, “Saya tak boleh biarkan orang pijak kepala saya.” Tetapi bagaimana jika sikap beralah sebenarnya mencerminkan kekuatan? Sikap defensif bukanlah maruah.

Ketidakmatangan sentiasa ingin mempertahankan diri. Tetapi, kekuatan tidak bising. Kuasa tidak menuntut. Pemimpin yang tidak yakin mempertahankan ego. Pemimpin yang yakin memberi fokus pada misi.

Kekuatan yang Kelihatan Lemah

1. Penyerahan Diri (Surrender)
Penyerahan diri datang daripada mengenali siapa diri kita. Kesediaan untuk mengalah menggabungkan pengetahuan diri dengan keyakinan diri.

Jangan biarkan orang memperlekehkan anda, tetapi lepaskan keperluan untuk sentiasa menang. Menyerah bukan bererti mengalah jika ia selari dengan nilai anda. Kemenangan berasaskan ego sebenarnya adalah kekalahan.

Jika anda tidak sanggup terlibat secara peribadi untuk memperbaiki sesuatu, lepaskanlah. Terimalah idea orang lain.

2. Pemaafan
Memaafkan melambangkan kebebasan. Dendam membusuk dalam jiwa yang kecil.

Jiwa yang kecil akan terus menggenggam. Kebijaksanaan melepaskan.

Ia memerlukan kekuatan untuk berhenti mengulang-ulang luka lama. Kebijaksanaan tahu bahawa masa lalu tidak akan berubah. Visi pula menghadap masa depan.

Artikel ini mungkin menarik minat anda:

Cara Memanfaatkan Rasa Jangkaan untuk Lebih Bahagia

3. Kedermawanan
Kebaikan yang lahir dari hati memerlukan keyakinan diri. Ketidakamanan hanya mampu memanipulasi orang melalui “kedermawanan” palsu. Ketamakan pula sering bersembunyi di sebalik alasan keadilan.

Jangan biarkan rasa “adil” dijadikan alasan untuk berhati kecil. Keyakinan memberi dengan tangan yang terbuka.

4. Kesabaran Menahan Diri (Forbearance)
Perlukah anda sentiasa membuktikan bahawa anda betul?

Kenaifan mengatakan semua yang terlintas di fikiran. Kebijaksanaan menghargai kemampuan menahan diri. Jangan memperlekeh atau merendahkan orang lain.

Memilih hubungan berbanding menjadi “yang paling betul” memerlukan kekuatan.

5. Khidmat (Service)
Kelemahan menjerit, “Layan aku.” Pemimpin yang kuat hadir untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Ego perlukan pengiktirafan dan pujian. Pemimpin yang melayani bekerja untuk menjadikan orang lain berjaya. Kejayaan mereka ialah kejayaan anda.

Kuasa bukan kawalan, pertahanan diri, atau dominasi. Kuasa ialah keyakinan untuk melayani.

Hanya orang bodoh menyamakan kelemahan dengan kekuatan.

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

1557139568519.jfif

Dan Rockwell sangat berminat dengan kepimpinan. Beliau sedang berusaha untuk membawa dirinya menjadi yang terbaik dalam perkhidmatan kepada orang lain.

Alt

Cadangan Buat Kamu

Alt

Cara Kekal Hadir dan Benar-Benar Mendengar Orang Lain

Oleh Gregg Vanourek. Pada masa kini, semakin sukar untuk kita benar-benar hadir sepenuhnya bersama orang di sekeliling kita. Ketahui apa itu kehadiran, mengapa ia penting, halangan-halangan yang mengganggunya, dan cara untuk mengamalkannya.

Dec 16, 2025 3 Minit

Wanita

Kehidupan Seharian Pekerja Gudang Wanita di NinjaVan Malaysia

Pernah terfikir bagaimana rasanya menjadi seorang wanita yang bekerja dalam industri yang kebanyakannya didominasi oleh lelaki? Dalam video ini, kami berbual dengan Nurazlin, seorang pekerja gudang wanita di #NinjaVanMalaysia, untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman dan kejayaannya sebagai seorang wanita dalam dunia lelaki.

Mar 15, 2023 10 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest