Dah Habis Raya? Masa untuk Kembali Kepada Rutin

Mar 31, 2026 3 Minit
Alt
Sumber:

imej oleh @pressfoto dari freepik.com

Hampir seminggu lebih selepas Raya, dan pastinya ramai yang mengambil cuti panjang serta baru mula semula kerja pada Isnin baru-baru ini. Cuti panjang semasa Raya digunakan untuk pulang ke kampung, beramah mesra bersama ahli keluarga, dan berehat daripada tugasan kerja yang padat. Dari sudut tertentu, cuti ini memang memberi manfaat kepada mental dan fizikal.

Namun, untuk kembali kepada rutin asal bukan sesuatu yang mudah. Bangun pagi, bersiap ke pejabat, dan kembali bekerja dari 9 hingga 5 menghadap skrin terasa berat. Sebenarnya, masalahnya bukan sekadar malas, tetapi sistem hidup kita yang sudah mula lari dari segi tidur, pemakanan, fokus dan rutin harian.

Ada yang bermula dengan semangat “new me” selepas Raya. Namun, tanpa mengubah sistem, usaha itu selalunya tidak bertahan lama.

Kesihatan (Physical Reset)

Sebelum Raya, sepanjang bulan Ramadan, ramai yang dapat mengawal pemakanan dan menjadi lebih sihat. Walaupun aktiviti seperti solat tarawih dan tahajud memenatkan bagi sesetengah orang, ia tetap membantu meningkatkan tahap kecergasan.

Namun, menjelang Raya, rutin mula berubah. Kita berjaga malam untuk membuat persiapan, kurang tidur, dan kurang rehat. Pada hari Raya pula, kita mengambil makanan yang berat seperti lemang, rendang, ketupat serta pelbagai jenis kuih. Ini menyebabkan peningkatan gula dalam badan dan perubahan pada sistem dalaman.

Pada waktu ini, badan sebenarnya berada dalam keadaan pemulihan, bukan prestasi.

Apa yang boleh kita lakukan ialah stabilkan semula rutin asas:

  • Perbaiki waktu tidur
  • Minum air secukupnya
  • Kembali kepada pemakanan seimbang
  • Elakkan terus memulakan diet atau senaman yang terlalu ekstrem kerana ia boleh memberi tekanan kepada badan.

Mental (Overstimulated, Bukan Burnout)

Sepanjang Raya, kita berjumpa ramai orang terutamanya ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan. Walaupun menyeronokkan, ia boleh menyebabkan keletihan sosial (social fatigue).

Bagi yang travel jauh dan berinteraksi dengan ramai orang, keadaan ini boleh menyebabkan mental menjadi letih dan “drain”. Tambahan pula, kita terdedah kepada pelbagai cerita dan situasi yang tidak semestinya berkaitan dengan diri sendiri.

Akibatnya, minda menjadi kurang tenang dan sukar untuk fokus.

Selepas Raya, kita boleh:

  • Kurangkan gangguan yang tidak penting
  • Hadkan penggunaan media sosial
  • Mulakan kerja dengan intensiti yang lebih rendah dahulu

Artikel ini mungkin menarik minat anda:

Tingkatkan Fokus Ketika Bekerja

Rutin (Rebuild, Bukan Reset)

Sebelum Ramadan dan Raya, kita mungkin mempunyai rutin harian yang konsisten. Namun, selepas tempoh ini, ramai yang kehilangan disiplin kerana struktur harian telah berubah.

Untuk memperbaikinya, tidak perlu membina semuanya semula sekali gus.

Mulakan dengan satu atau dua perkara asas:

  • Waktu tidur
  • Waktu mula bekerja
  • Apabila rutin asas ini kembali stabil, barulah rutin lain lebih mudah dibina semula.

Energy Management

Selepas cuti panjang, motivasi menurun adalah perkara normal. Namun, masalah sebenar selalunya bukan pada motivasi, tetapi tenaga.

Tanpa tenaga yang mencukupi, sukar untuk kembali produktif.

Fokuskan kepada:

  • Tidur yang cukup
  • Pemakanan yang stabil
  • Mengurangkan gangguan

Expectation Reality Check

Jangan mengharapkan diri terus produktif sepenuhnya sebaik sahaja kembali bekerja.

Minggu pertama selepas cuti panjang adalah fasa penyesuaian.

Lebih baik fokus kepada:

  • Kemajuan kecil
  • Konsistensi

Berbanding memaksa diri untuk mencapai hasil yang besar dalam masa singkat.

Selepas Raya bukan masa untuk melakukan perubahan besar secara mendadak. Ia adalah masa untuk menstabilkan semula sistem hidup yang telah berubah.

Apabila rutin asas kembali seimbang, barulah kita boleh bergerak ke arah perubahan yang lebih baik.


Bagi pemimpin yang memikul lebih daripada sekadar jawatan mereka…

Sertai Malaysia Immersion Week 2026!

Ikuti perjalanan selama 8 hari (24 Jun – 1 Julai 2026) yang direka khas untuk pemimpin yang mahukan masa dan ruang untuk berhubung dengan pemimpin perniagaan sehaluan. Anda akan mendapat akses VIP ke Malaysia Leadership Summit, menyertai masterclass bersama pemimpin global, serta mengalami pengalaman imersi budaya yang memberi perspektif baru tentang diri anda dan pasukan anda.

Daftar sekarang!

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Alt

Berlatarkan pendidikan dalam Bahasa dan Linguistik Melayu, Amirah Nadiah ialah seorang Content Editor yang berpengalaman dalam kerja terjemahan serta penghasilan kandungan yang jelas, menarik, dan meyakinkan.

Alt

Cadangan Buat Kamu

hobi

Hobi Sederhana yang Diam-Diam Mengasah Minda

Oleh Amirah Nadiah. Hobi kecil seperti menulis fikiran, mengajar ilmu baru, atau berjalan tanpa earphone boleh menenangkan minda dan diam-diam menjadikannya lebih tajam.

Feb 25, 2026 3 Minit

健康

Mindset Positif - Bagaimana untuk Mempunyai Minda Positif?

Pelajari cara untuk menyingkirkan pemikiran negatif, membina mindset yang berdaya tahan dan fokus kepada perkembangan, serta membuka manfaat pemikiran positif dalam setiap aspek kehidupan anda—baik secara peribadi mahupun profesional.

Jan 04, 2025 2:17 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest