7 Tabiat Terbaik untuk Diamalkan pada Hari Minggu

Jul 16, 2026 2 Minit
Alt
Sumber:

imej dari magnific

Tabiat pada hari minggu?

Eh, sekejap sahaja sudah hampir tiba hari minggu. Apa rancangan anda hujung minggu ini?

Jom lihat beberapa rutin yang boleh diamalkan pada hari minggu, sama ada bersama keluarga atau ketika menikmati me time.

1. Buat Senarai Tugasan (To-Do List)

Senaraikan perkara yang ingin anda lakukan pada hari tersebut dan sepanjang minggu. Dengan cara ini, anda dapat melihat tugasan yang perlu diselesaikan mengikut tempoh masa yang ditetapkan serta mengelakkan diri daripada terlupa atau terkejut dengan tugasan yang tertangguh.

“One of the secrets of getting more done is to make a to-do list every day. Keep it visible, and use it as a guide to action as you go through the day.” — Jeanne de La Fontaine

2. Utamakan Perkara yang Paling Penting

“Life is short. Focus on what really matters most; you should change your priorities over time.” — Roy T. Bennett

Mulakan dengan menyelesaikan perkara yang paling penting dalam senarai tugasan anda. Memberi keutamaan kepada perkara yang benar-benar penting bukan sahaja membantu menjimatkan masa, tenaga dan sumber, malah membolehkan anda memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas tersebut sehingga selesai.

3. Semak Semula Kewangan

Hari minggu merupakan masa yang sesuai untuk menyemak semula perbelanjaan sepanjang minggu lalu dan merancang bajet bagi minggu yang akan datang. Langkah ini dapat membantu anda mengurus kewangan dengan lebih baik serta mengelakkan tekanan akibat kekurangan wang atau tertanya-tanya ke mana wang dibelanjakan.

Artikel ini mungkin menarik minat anda:

Enam Bulan Sudah Berlalu. Apakah Pengajaran Terbesar Anda Tahun Ini?

4. Beriadah

Luangkan masa pada waktu pagi atau sekurang-kurangnya 30 minit pada waktu petang untuk beriadah. Nikmati udara segar dan cahaya matahari yang baik untuk kesihatan. Bagi mereka yang sudah berkeluarga, manfaatkan masa ini untuk beriadah bersama anak-anak sambil mengeratkan hubungan kekeluargaan.

5. Nikmati Masa Lapang

Manfaatkan hari cuti yang ada dengan sebaiknya. Bagi mereka yang masih solo, gunakan masa ini untuk menambah ilmu pengetahuan melalui aktiviti seperti membaca buku atau menonton video yang bermanfaat.

“Good, better, best. Never let it rest. Till your good is better and your better is best.” — St. Jerome

6. Kemas Bilik dan Rumah

Mengemas bilik bukan sahaja memberikan ruang yang lebih selesa dan ketenangan fikiran, malah turut memberi kesan positif terhadap kesihatan serta kesejahteraan diri. Apabila ruang sekeliling lebih teratur dan bersih, kita akan lebih bersedia menghadapi minggu baharu tanpa tekanan yang berlebihan.

7. Tidur yang Cukup

Tidur yang mencukupi amat penting untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal. Rehat yang berkualiti membantu kita berasa lebih segar, ceria dan produktif pada hari berikutnya.

Insya-Allah.

“Happiness consists of getting enough sleep. Just that, nothing more.” — Robert A. Heinlein, Starship Troopers

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Alt

Dr. Azura Hashim merupakan seorang HRDC Certified Training Provider, pakar dalam Handwriting Analysis, serta Transformational Coach yang berpengalaman dalam bidang kepimpinan dan pembangunan diri. Dengan gabungan pendekatan ilmiah dan inspirasi, beliau komited dalam membina keyakinan, mencetuskan transformasi positif, dan membantu individu serta organisasi mencapai potensi sepenuhnya.

Alt

Cadangan Buat Kamu

bahasa

Lensa Bahasa Anda Membentuk Cara Anda Melihat

Oleh Dan Rockwell. Perbualan yang anda lakukan menjadi realiti yang anda sedari.

Jun 21, 2026 2 Minit

Alt

Kesilapan Besar Bina Pasukan yang Pemimpin Gagal...

Membina pasukan bukan hanya tentang mencari individu yang hebat, tetapi bagaimana seorang pemimpin membina kepercayaan, rasa pemilikan dan budaya yang menyatukan semua ahli. Saiful Nang berkongsi pengalaman membina komuniti yang berkembang melalui kepimpinan berasaskan nilai.

Aug 02, 2026 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest