5 Strategi untuk Bertenang

Jun 15, 2026 2 Minit
tenang
Sumber:

imej oleh @benzoix dari freepik.com

Ketenangan ialah keadaan minda yang tenang, tenteram, dan damai. Kebiasaannya, ketenangan dapat dirasai apabila seseorang berada dalam keadaan relaks.

Selain itu, ketenangan juga mendidik kita untuk lebih prihatin terhadap persekitaran serta menjadi seorang yang lebih sabar dalam menghadapi apa jua cabaran dan kesukaran.

“You will find peace not by trying to escape your problems but confronting them courageously. You will find peace not in denial, but in victory.” — J. Donald Walters

• Tulis Jurnal

Dengan menulis jurnal, kita dapat meluahkan apa yang terbuku di dalam minda dan hati ke atas kertas.

Ini membantu kita meneroka dan memahami pemikiran serta perasaan sendiri. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan beban emosi dan membantu kita menjadi lebih tenang.

• Regangkan Badan

Melakukan regangan badan membantu kita untuk lebih fokus pada masa sekarang. Selain itu, pergerakan ini juga dapat membantu menstabilkan hormon dan emosi.

Justeru, kita dapat merasai ketenangan selepas melakukan regangan.

• Keluar Ambil Angin

Sebagai manusia, kita digalakkan untuk melakukan aktiviti di luar rumah seperti beriadah, makan di luar, bersiar-siar, atau sekadar duduk di tepi jendela yang terbuka sambil menghirup udara segar.

Dengan cara ini, kita dapat menenangkan diri dan melapangkan minda daripada tekanan.

Artikel ini mungkin menarik minat anda:

Cara Meningkatkan Motivasi Diri Supaya Anda Boleh Berjaya

• “Switch Off”

Mengaktifkan mod “Do Not Disturb” membantu mengurangkan gangguan daripada notifikasi telefon bimbit.

Selain itu, ia memberi ruang untuk kita fokus dan menumpukan perhatian kepada tugasan tertentu.

Mengawal penggunaan telefon, terutamanya media sosial, dapat membantu kita merasa lebih tenang dan bebas daripada perkara yang mengganggu fikiran.

• Spray Bauan Wangi

Bauan wangi yang dihidu dapat membantu minda berada dalam keadaan lebih sedar dan fokus terhadap persekitaran.

Selain itu, ia juga membantu kita kembali kepada realiti dan mengurangkan corak pemikiran negatif.

Oleh itu, penggunaan wangian amat penting untuk merangsang deria bau, seterusnya memberi ketenangan dan kedamaian dalam jiwa.

“Memories, imagination, old sentiments and associations are more readily reached through the sense of smell than through any other channel.” — Oliver Wendell Holmes

Ketenangan merupakan satu anugerah daripada Tuhan. Dengan ketenangan, kita dapat melatih minda untuk membuat keputusan secara lebih rasional.

“The mind is like water. When it’s turbulent, it’s difficult to see. When it’s calm, everything becomes clear.” — Prasad Mahes

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Alt

Dr. Azura Hashim merupakan seorang HRDC Certified Training Provider, pakar dalam Handwriting Analysis, serta Transformational Coach yang berpengalaman dalam bidang kepimpinan dan pembangunan diri. Dengan gabungan pendekatan ilmiah dan inspirasi, beliau komited dalam membina keyakinan, mencetuskan transformasi positif, dan membantu individu serta organisasi mencapai potensi sepenuhnya.

Alt

Cadangan Buat Kamu

otak

Otak Kita Boleh Dilatih Supaya Tidak Mudah Panik — Ini Realiti

Oleh Agung Setiyo Wibowo. Melalui pemahaman tentang mindfulness, regulasi emosi dan neuroplasticity, kita boleh melatih otak untuk bertindak balas terhadap tekanan dengan lebih tenang, jelas dan strategik. Bukan untuk menghilangkan stres, tetapi untuk menguruskannya dengan penuh kesedaran.

Jan 18, 2026 5 Minit

Alt

Mindset Positif: Bagaimana Saya Dapat Menghilangkan Fikiran Negatif?

Menghadapi fikiran negatif? Video ini menawarkan petua dan teknik praktikal untuk membantu anda melepaskan diri daripada corak pemikiran yang merosakkan dan memupuk pemikiran yang lebih positif dan tenang. Pelajari cara untuk mengawal fikiran anda dan mencipta ruang mental yang lebih sihat.

Mar 05, 2025 1:42 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest