5 Petua untuk Lebih Produktif

Jun 03, 2024 2 Minit
Petua
Sumber:

Gambar daripada Storyset

1. Two Minute Rule

Two minute rule dipopularkan oleh David Allen dalam bukunya yang terkenal Getting Things Done.

Contoh tugasan kecil seperti membalas e-mel, bersembang bersama individu yang follow up dengan kita, mengemas meja, membuat temu janji dengan doktor dan macam-macam lagi. Two minute rule ini membantu untuk mengelakkan kita daripada bertangguh. 

Artikel berkenaan:

Petua Mengatasi Berlengah-lengah Mengikut Puncanya

2. Time Blocking

Konsep time blocking ini agak ringkas, anda cuma perlu blok dalam kalendar anda tentang tugasan spesifik yang anda perlu siapkan. 

Dan itu akan jadi default task untuk anda lakukan. Sekiranya tiada bos atau orang lain yang mengganggu, stick with that. Kaedah ini juga digunakan oleh orang-orang yang hebat seperti Elon Musk dan Bill Gate. Anda perlu cuba dan ia memang terbukti berbaloi! 

3. Five Minute Rule

Satu lagi konsep yang berkaitan dengan minit ini ialah 5 minute rules. Jadi, tujuan utama 5 minutes rule ini ialah untuk mengelakkan kita daripada bertangguh. 

Jadi, apa yang anda perlu lakukan ialah membuat tugasan yang anda rasa tak perlu siapkan tersebut selama 5 minit sahaja dan lihat hasilnya. Kebiasaannya, apabila kita dah mula lakukan kerja tersebut, kita akan terdorong untuk menyiapkannya. Masalah kita ialah pada waktu awal ketika hendak melakukan tugasan tersebut sahaja. Tetapi apabila  kita sudah mulakan tugasan tersebut kita akan terus menyiapkannya. 

4. Daily Highlight

Daily highlight ini ialah satu produktiviti hack yang dipopularkan oleh Jake Knapp dalam buku Make Time. Apabila bangun pada waktu pagi, anda perlu tentukan satu perkara saja yang anda perlu siapkan pada hari tersebut. 

Sebab kebanyakan apa yang ada dalam to do list kita ini tidak penting dan ia boleh disiapkan pada waktu yang lain. Jadi, pilih satu atau dua tugasan yang perlu anda siapkan pada hari itu dan just work on it.

5. Batching  

Konsep batching ini agak ringkas dan Tim Ferris juga pernah sebut tentang perkara ini. Caranya ialah dengan anda mengumpulkan tugasan yang hampir sama  dan terus buat sekali dalam masa yang sama. 

Contohnya seperti membalas e-mel. Sekiranya anda mempunyai banyak e-emel yang belum disemak, anda boleh kumpulkan dahulu dan terus buat in one go. Daripada melakukannya sedikit demi sedikit, kerana ini sebenarnya boleh merosakkan produktiviti kita.

Disunting oleh: Amirah Nadiah

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Tag: Kebolehan Diri

Alt

Hazeem Mahayadin ialah seorang jurutera sepenuh masa yang banyak menulis berkenaan produktiviti di platform X.

Cadangan Buat Kamu

Tabiat

Tabiat Baharu Dah Mula, Tapi Kenapa Cepat Terkubur?

Oleh Terry Small. Membentuk tabiat baharu boleh menjadi lebih sukar daripada yang dijangka. Namun, neuroplasticity—keupayaan otak anda untuk menyesuaikan dan mengubah dirinya—menjelaskan mengapa ia berlaku, dan yang lebih penting, apa yang boleh anda lakukan untuk memastikan tabiat tersebut kekal.

Jun 03, 2025 3 Minit

Alt

Penetapan Minda Positif - Bagaimana untuk Mempunyai Minda Positif?

Pelajari cara untuk menyingkirkan pemikiran negatif, membina mindset yang berdaya tahan dan fokus kepada perkembangan, serta membuka manfaat pemikiran positif dalam setiap aspek kehidupan anda—baik secara peribadi mahupun profesional.

Jan 04, 2025 2:17 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest