Tinggalkan Tabiat-tabiat Ini untuk Maju Ke Hadapan

Sep 08, 2026 2 Minit
berjaya
Sumber:

imej dari magnific

Tinggalkan Tabiat Negatif

Tanpa disedari, kita mungkin mempunyai tabiat yang perlu ditinggalkan untuk maju ke hadapan.

Sudah menjadi lumrah bahawa kehidupan kita sentiasa diselubungi kesedihan dan kekecewaan. Namun begitu, sewajarnya kita menjadikan pengalaman tersebut sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya dengan minda yang positif, di samping doa dan usaha untuk membina kehidupan yang lebih baik.

Tabiat yang Harus Anda Tinggalkan untuk Maju Ke Hadapan

1. Membiarkan Pendapat Orang Lain Menguasai Anda

Bukan tentang apa yang difikirkan oleh orang lain. Apa yang penting ialah apa yang difikirkan oleh diri anda sendiri.

Anda harus mengutamakan perkara yang baik untuk diri sendiri, bukan perkara yang baik untuk orang lain.

2. Berasa Malu Atas Kegagalan Masa Lalu

Masa lalu anda bukanlah penentu kehidupan anda pada masa sekarang. Apa yang penting ialah tindakan yang anda ambil pada masa ini.

3. Tidak Yakin Dengan Apa yang Anda Mahukan

Anda tidak akan dapat melakukan sesuatu sekiranya masih tidak yakin dengan apa yang mahu dilakukan. Tentukan terlebih dahulu apa yang anda mahukan, kemudian lakukan yang terbaik!

4. Menangguhkan Matlamat Penting Anda

Masa yang terbaik untuk menanam pokok adalah 20 tahun yang lalu. Masa kedua yang terbaik adalah sekarang, iaitu masa untuk kita menikmati hasilnya.

Apabila kita selalu menangguhkan sesuatu yang baik, hasilnya akan lambat ‘dipetik’ atau kita mungkin terlepas peluang keemasan tersebut.

Artikel ini mungkin menarik minat anda:

Apa yang Menghalang Kemajuan Kerjaya?

5. Memilih untuk Tidak Melakukan Apa-Apa

Setiap hari ialah peluang baharu untuk kita membuat pilihan. Kita boleh memilih untuk menuju ke destinasi yang kita mahukan dalam kehidupan ini.

Anda juga boleh menentukan kehidupan yang anda mahukan. Dalam hidup ini, kita diberikan banyak pilihan. Pilihlah dengan mendapatkan petunjuk dan bimbingan daripada Allah.

6. Lari daripada Masalah yang Harus Diperbaiki

Berhenti melarikan diri! Hadapilah setiap isu dengan berani dan perbaikilah masalah yang sedang dihadapi. Berkomunikasilah, berikan penghargaan, maafkan dan sayangilah orang di sekeliling anda yang benar-benar memerlukannya.

7. Membuat Alasan dan Bukannya Keputusan

Kebanyakan kegagalan dalam jangka panjang berpunca daripada individu yang suka membuat alasan dan bukannya mengambil keputusan.

8. Tidak Menghargai Masa Sekarang

Terlalu kerap kita berusaha untuk mencapai sesuatu yang besar tanpa menyedari bahawa sebahagian besar kehidupan kita terdiri daripada perkara-perkara kecil.

Mulakan kejayaan dengan melakukan perkara-perkara kecil terlebih dahulu, misalnya, mengemaskan katil atau membersihkan kotoran di atas meja makan.

Ingin Maju Ke Hadapan? Tinggalkan Tabiat-Tabiat Ini!

Baca lagi:

Luka yang Tidak Sembuh dengan Kejayaan

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Alt

Dr. Azura Hashim merupakan seorang HRDC Certified Training Provider, pakar dalam Handwriting Analysis, serta Transformational Coach yang berpengalaman dalam bidang kepimpinan dan pembangunan diri. Dengan gabungan pendekatan ilmiah dan inspirasi, beliau komited dalam membina keyakinan, mencetuskan transformasi positif, dan membantu individu serta organisasi mencapai potensi sepenuhnya.

Alt

Cadangan Buat Kamu

sky with birds

Pembelajaran Tidak Pernah Berhenti

Oleh Sonia Mcdonald. Kepimpinan meninggalkan legasi yang melangkaui hayat seorang pemimpin. Apakah yang akan terus dikenang melalui kepimpinan anda?

Jul 20, 2026 6 Minit

Mindset positif

Mindset Positif: yang Mana yang Anda Miliki?

Ingin tahu tentang minda anda? Video ini membantu anda mengenal pasti sama ada anda mempunyai mindset tetap atau berkembang dan menerangkan bagaimana masing-masing boleh membentuk kehidupan anda.

Apr 07, 2025 2:12 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest