Tip Meningkat Maju Di Tempat Kerja Untuk Kaum Wanita

Apr 29, 2019 1 Minit
wanita bekerja

Dapatkan diri seorang pengerah hamba yang baik! Pernyataan ini betul-betul suatu pembuka mata kerana jarang sekali kita akan menyifatkan seseorang yang membuat kita berhempas pulas bekerja sebagai seorang yang ‘baik’. Kerap kali mereka ini akan kita pandang serong dan sifatkan sebagai zalim, tidak munasabah dan macam-macam yang lain.

Kenali diri

Shahira Ahmed Bazari, Pengarah Urusan Yayasan Hasanah

Tetapi ya, pengerah hamba yang baik memang ada, menurut Shahira Ahmed Bazari, Pengarah Urusan Yayasan Hasanah. Mereka ini adalah yang dapat melihat potensi dalam kita, yang secara membina mendorong kita untuk membuat kerja sebaik mungkin, yang membimbing dan menentukan rentak kita apabila keadaan menjadi sulit. Tindakan mereka menjadikan kita lebih baik daripada yang terdaya kita bayangkan.

Shahira berkata demikian pada pembukaan sesi perkongsian pengetahuan bertajuk ‘Meraikan Wanita Yang Berjaya Mengatasi Halangan Diskriminasi’, anjuran Yayasan Hasanah sempena sambutan Hari Wanita Sedunia baru-baru ini.

Beliau selanjutnya berkongsi empat prinsip utama yang telah mengemudi kerjayanya sehingga kini.

  • Kenal pasti kekuatan teras anda. Prestasi dan keutuhan menjadi amat nyata dalam keadaan kelam-kabut. Milikilah  minda yang sentiasa mencari penyelesaian.
  • Ketahui nilai dan prinsip teras anda. Bekerja dengan organisasi/bos yang mempunyai nilai teras yang serupa. Ini akan mentenagakan anda. 
  • Beredar dari usaha yang jelas akan gagal, dan melangkah maju. Jangan sabotaj diri. Belajar daripada kesilapan.
  • Kenali mekanisme bertahan anda. Olah semula cara anda berfikir. Di mana anda berada sekarang adalah di mana anda dimaksudkan berada.

 

Berkaitan: Mulakan Dengan Insan Cerminan Diri

Tetapkan sempadan diri

Penulis bersama Chong Chye Neo

Bercakap mengenai pengerah hamba yang baik, saya berpeluang bertemu kalangan mereka dalam kembara kerjaya saya. Apabila saya mengenang kembali, saya cukup berterima kasih kerana berpeluang bekerja dengan mereka.

Salah seorang daripada mereka turut hadir di sesi berkenaan — Chong Chye Neo, yang bersara sebagai Pengarah Urusan IBM Malaysia pada lewat tahun 2018. Saya berpeluang mendapat bimbing rapi daripada beliau semasa saya mula-mula menyertai IBM Malaysia.

Sambil berkongsi bahawa kehidupannya sebagai ‘pesara’ adalah jauh lebih sibuk daripada dijangkakan, Chye Neo kini adalah anggota Lembaga Pengarah Bursa Malaysia dan Hong Leong Bank.

Biarpun sudah bersara, beliau masih sering diundang untuk berkongsi kemahiran dan pengalaman. Sebagaimana kira-kira 20 tahun yang lepas, saya masih merasa diri tersuntik inspirasi kini apabila mendengar beliau berkongsi pandangan. Berikut adalah beberapa cebisan maklumat yang dikongsikan.

  • Belajar untuk membuat keutamaan. Jangan segan berkata ‘tidak’. Wanita sentiasa terasa terjebak — kita rasa kita perlu menjadi pekerja yang cemerlang, serta ibu dan isteri yang hebat… semuanya sekali. Jadi, kita selalu terlalu kuat mengerjakan diri tanpa mengenal penat lelah. Tetapi hakikatnya, kita memerlukan keseimbangan budaya kerja. Kebanyakan kita berasa bersalah untuk berkata ‘tidak” kerana kita takut orang lain akan berpendapat kita bukan pemain pasukan. Tetapi, ya, kita perlu tahu bila masanya untuk berkata ‘tidak’. Kita perlu tahu bila untuk menetapkan sempadan kita.
  • Tetapkan rentak diri. Jangan bandingkan diri dengan orang lain. Anda sendiri yang ketahui masanya untuk melakukan sesuatu perkara. Beliau berkata beliau sendiri telah mengambil cuti sabatikal yang lama sebanyak dua kali untuk memberi perhatian kepada urusan keluarga. Tegasnya, kita mesti mengutamakan keluarga kita.
  • Wujudkan ruang terbuka di mana wanita boleh belajar tanpa prasangka atau dipandang rendah. Kumpulkan pakar subjek untuk mengadakan dialog terbuka dengan para peserta untuk berbincang tentang perkara-perkara yang berkaitan tanpa sebarang rasa pandang rendah. Misalnya, mengenai rantaian blok, cara menggunakan teknologi untuk meningkatkan prestasi, Industri 4.0 dan topik-topik lain yang pekerja wanita kurang fahami.

 

Perubahan set minda

Satu mesej bawa pulang dari sesi — dan yang merupakan tema yang disuarakan oleh semua pengucap panel yang termasuk YB Maria Chin (Ahli Parlimen Petaling Jaya), Sumitra Visvanathan (Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita) dan Nadirah Zakariya (jurufoto yang diiktiraf di peringkat antarabangsa) — adalah pentingnya ada perubahan set minda.

“Perubahan set minda adalah pendekatan ‘dari dalam ke luar’. Ia bermula dengan cara kita mendidik anak-anak kita. Ini akan menetapkan cara mereka menganggap diri, dan cara mereka memperlakukan orang lain, khususnya yang berlainan jantina,” kata Chye Neo.

Beliau berkongsi, beliau membesar dalam persekitaran rumah yang tidak membezakan jantina. Setiap malam, beliau dan saudara kandung (lelaki dan perempuan) akan dilatih tubi mata pelajaran matematik dan sains oleh bapa mereka. “Bapa saya memang penyokong STEM, jauh mendahului masanya,” kata Chye Neo.

Akhir kata

Biarpun sesi ini adalah untuk berbual bicara tentang cara kaum wanita boleh meningkat maju di tempat kerja, setiap orang, tanpa mengira jantina dan kaum, boleh mengambil iktibar daripada cebisan maklumat yang dikongsikan oleh semua pengucap sesi.

Terima kasih kepada Yayasan Hasanah atas usaha menganjur acara ini, dan kepada semua pengucap sidang yang telah, dalam satu cara atau yang lain, berjaya mengharungi rintangan dalam kehidupan masing-masing. Anda betul-betul sumber inspirasi buat kami semua!

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Wanita & Kepimpinan

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com
Alt

Cadangan Buat Kamu

Bagaimana untuk jadi kurang negatif, tetap menjadi diri sendiri

Bagaimana Menjadi Kurang Negatif dan Menjadi Diri Sendiri

Oleh David Dye. Sekiranya anda mendengar bahawa anda terlalu negatif, belajar cara bagaimana untuk menjadi kurang negatif dan tetap menjadi diri sendiri merupakan kemahiran yang perlu anda miliki.

Aug 31, 2022 5 Minit

Graduan wanita

Dilema Seorang Graduan Baru bersama Andrea Chew

Di episod 3, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Andrea Chew; Strategik Projek Partner di Leaderonomics, tentang topik hangat diantara 'fresh graduate' yang mula melangkah ke dunia pekerjaan. Bagaimanakah seseorang graduan baru boleh menyesuaikan diri di tempat kerja? Di sini, Andrea Chew akan berkongsi beberapa tip-tip kepada para siswa dan siswi untuk berkeyakinan lebih tinggi.

Mar 15, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Manfaatkan Bakat Anda

Setiap orang mempunyai bakat istimewa yang tersendiri. Baik kita pandang ke dalam, cungkilkan dan manfaatkan bakat kita itu.

Aug 16, 2017 1 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest