Tip Kepimpinan: Apabila Terinspirasi, Ambil Tindakan

Oct 10, 2018 1 Minit
memandu, mengambil tindakan

Saya amat bersyukur menerima ucapan selamat ulang tahun beberapa hari kebelakangan ini sempena ulang tahun ke-10 Leaderonomics pada tahun ini.

Saya dan pasukan saya berasa sungguh rendah hati mengetahui bahawa kerja-kerja yang kami lakukan telah membawa perbezaan kepada ramai individu di merata-rata tempat merentas negara dan rantau. Kami sememangnya tidak terdaya mencapai semua ini tanpa sokongan berterusan daripada ramai orang yang telah membantu kami dalam pelbagai cara.

Terdapat beberapa mesej daripada profesional muda yang mengatakan bahawa mereka ‘terinspirasi’ oleh kisah Leaderonomics. Senang hati mendengar bahawa cerita-cerita seperti kisah kami menjadi inspirasi kepada orang lain.

Tetapi saya ingin memberi secebis nasihat yang ramai orang mudah lupa:

Menjadi terinspirasi itu indah … tetapi perlulah mengambil tindakan. Menjadi terinspirasi adalah perasaan yang menyenangkan, tetapi ia seperti memiliki kereta yang cantik di garaj — sama sekali tidak berguna sehingga anda berada di belakang stereng dan mula mengemudi.

Saya sungguh bangga bahawa ramai orang mengambil inspirasi daripada cerita-cerita yang berasal daripada Leaderonomics. Tetapi hadiah paling hebat yang boleh anda berikan kepada pasukan kami – dan kepada diri anda sendiri – adalah untuk membuat komitmen kepada diri sendiri pada hari ini bahawa anda akan mengambil tindakan terhadap apa sahaja inspirasi yang anda temui.

Ingat, tiada apa-apa yang akan berlaku sehingga anda membuat keputusan untuk bergerak. Tiada perubahan akan berlaku kecuali anda membuat perubahan. Anda berada di kerusi pemandu, dan anda dapat memilih cara anda bergerak ke hadapan.

Berkaitan: Mencapai Impian Perlukan Tindakan Yang Berani

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Anda Seorang Pemimpin, Visi

Alt

Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/

Cadangan Buat Kamu

Alt

Menukar Minat dan Hobi Menjadi Sumber Kreativiti di Organisasi

Oleh Aakash Bajpai. Bagaimana jika hobi menjadi sebahagian daripada pekerjaan? Ketahui bagaimana pemimpin di Google dan LinkedIn menyediakan ruang untuk kreativiti bagi membina pasukan yang lebih terlibat dan tahan uji.

Feb 05, 2026 4 Minit

Alt

E-Buku Coronavirus untuk Masyarakat Bersama Conrad Fernandez

Di episod 6, Waheeda kembali semula menemubual dengan Encik Conrad Fernandez dari syarikat LeapEd. Beliau mengongsikan berita baik tentang e-buku Coronavirus yang telah dikongsikan di laman sesawang yang boleh digunakan untuk semua peringkat umur.

Mar 18, 2023 32 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Membina Pembangunan Diri

Membimbing orang lain dalam kehidupan dan kerjaya mereka dapat memberi peluang kepada kita untuk mengembangkan potensi dan meningkatkan pembangunan diri kita. Mari ketahui lebih lanjut tentang membina pembangunan diri bersama Roshan Thiran.

Apr 03, 2024 44 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest