#TanyaRoshan: Tidak Tahu Secukupnya Untuk Kerjakan Impian

Mar 27, 2019 2 Minit
Alt

“Saya amat bimbang sekali kerana rasa seperti tidak tahu secukup-cukupnya selok-belok bisnes yang ingin saya ceburi. Apakah yang perlu saya buat?”

Roshan Thiran- Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Leaderonomics, serta penulis dan penceramah kepimpinan yang berwibawa. 

“Apabila saya menubuhkan Leaderonomics pada tahun 2008, saya juga tidak tahu secara mendalam cara mengendalikan sebuah keusahawanan sosial.

Yang saya ada cuma visi dan keinginan mendalam untuk membantu anak-anak muda di Malaysia membesar menjadi pemimpin-pemimpin yang hebat.

Saya dan pasukan saya bekerja kuat untuk membina usaha niaga ini. Pada peringkat awal, kami banyak membuat kesalahan dan banyak juga belajar daripada kesilapan-kesilapan ini. Ini semua membantu kami menambah baik cara kami mengendalikan usaha niaga ini.

Kami berjaya bertahan kerana kami tidak segan belajar daripada kesalahan, selalu mencari-cari peluang untuk belajar daripada mereka yang berjaya, tidak penat membaca dan mengkaji kes-kes kejayaan pemimpin usaha niaga yang lain. Setelah 10 tahun, kami masih tidak berani berkata kami sudah tahu kesemuanya. 

Jalan ke kejayaan — bagaimana anda mentakrifkannya — adalah perjalanan yang panjang dan berliku-liku, penuh dengan onak dan duri. Tetapi jika anda benar-benar meminati usaha yang anda buat, kesemua onak dan duri ini akan menjadi pengajaran yang cukup bernilai.

Anda akan berasa teruja dan gembira dengan usaha yang dilaburkan setiap hari bukan kerana anda tidak akan lagi tertanya-tanya “Bagaimana jika…” tetapi kerana anda begitu beria-ia mengikut kata hati dan mengambil tindakan.

Tidak ada jalan pintas untuk mencapai kejayaan; anda perlu mengambil tindakan setiap hari, perlu tidak berhenti-henti mengerjakan impian anda biarpun tidak sentiasa mudah untuk berbuat demikian.

Pada hari-hari tertentu, anda mungkin hilang motivasi, terutama jika hari sebelumnya anda tidak mengecapi kemajuan yang anda harapkan.  

Ini bukan sembarang kembara. Ia adalah kembara untuk mereka yang mempunyai keinginan yang kuat untuk berjaya dan mempunyai daya tahan yang lasak. Jika anda mempunyai set minda ‘Mencuba’, besar kemungkinan anda akan menyerah apabila berhadapan dengan cabaran dan rintangan.

Anda mesti benar-benar mahu menjayakan impian anda. Selagi anda mempunyai set minda ‘Mahu Berjaya’, anda akan beroleh peluang untuk menikmati kejayaan tersebut.

Ingat, tiada yang mustahil bagi mereka yang mempunyai tekad atau semangat yang kuat untuk berjaya. Anda tidak mungkin tahu secukup atau kesemuanya. Sentiasa tekun belajar.” — ROSHAN THIRAN

Berkaitan: 4 Sebab Kenapa Kita Mesti Terus Belajar Sepanjang Hayat

 

Roshan Thiran ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Leaderonomics, serta penulis dan penceramah kepimpinan yang berwibawa. Sekiranya anda ada soalan berkaitan dengan kecemerlangan kerjaya dan kepimpinan, anda boleh menghubungi beliau melalui roshan.thiran@leaderonomics.comFacebook dan Twitter.

 

 

 

Sila Kongsi

Kepimpinan

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Kepimpinan

11 Kemahiran Kepimpinan untuk Dibina Pada 2024 untuk Eksekutif dan Pemimpin Baru Muncul

Oleh William Arruda. Dedahkan kemahiran penting untuk kepimpinan moden pada tahun 2024. Daripada kecerdasan emosi kepada celik digital, temui kecekapan yang mentakrifkan pemimpin yang berjaya dalam landskap kerja yang berubah. Kemahiran ini, menggabungkan kemahiran tradisional dan insaniah, membentuk asas untuk pemimpin mengharungi kerumitan, memupuk keterangkuman dan memacu inovasi dalam persekitaran dinamik hari ini.

Jan 07, 2024 3 Minit

Roshan Thiran

Tahun Baru, Diri Baru bersama Roshan Thiran

Di episod 1, host Waheeda menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk membincang tentang azam tahun baru. Ia adalah topik yang menjadi tanda tanya kepada ramai individu pada masa kini. Pentingkah resolusi tahun baru kepada kita semua? Di sini, Encik Roshan memberitahu bahawa kita mempunyai pilihan lain jika kita tidak ada resolusi tahun baru.

Mar 12, 2023 10 Min Podcast

Perniagaan

Bersaing atau Bekerjasama | Jadilah Pemimpin

Dalam kebanyakan organisasi, wujud pemisahan fungsi antara pasukan korporat dan kreatif. Selalunya, kedua-dua pihak berbeza pandangan dan sukar bekerjasama. Namun, apabila dua dunia yang bertentangan ini bertemu di tengah dan belajar untuk bekerja bersama, keajaiban boleh berlaku! Minggu ini, sertai Roshan dalam meneroka idea ini dengan lebih mendalam.

Mar 15, 2025 5 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest