7 Perkara Yang Menjadikan Seseorang Bos Yang Hebat

Mar 25, 2019 1 Minit
bos hebat

Google telah beberapa kali mengungguli senarai majalah Fortune bagi 100 Syarikat Terbaik Untuk Dijadikan Majikan.

Ramai yang beranggapan bahawa Google menerajui takhta senarai tersebut melihat kepada keuntungan hebat serta keseronokan dan faedah istimewa yang dimuatkan dalam Googleplex. Namun itu hanyalah sebahagian daripada sebabnya.

Google maklum bahawa pekerja bukan meninggalkan syarikat; mereka meninggalkan bos mereka. Tetapi tidak seperti syarikat-syarikat lain yang menanti ketibaan bos-bos yang cocok, Google melahirkan bos impian bagi setiap kakitangan.

Pasukan analitis kakitangan mereka bermula dengan mengkaji kualiti yang membuatkan pengurus menjadi hebat di Google. Pengurus-pengurus ini bukan hanya pekerja terbaik, mereka menerima markah tinggi untuk kepimpinan daripada anak buah mereka. Mereka adalah pengurus dambaan para pekerja.

Kemudian, Google membina program latihan yang mengajar setiap pengurus bagaimana menghayati kualiti-kualiti tersebut. Sebaik sahaja penguus selesai mengikuti program ini, Google mengukur tingkah laku mereka bagi memastikan bahawa  ada peningkatan dan mereka berubah menjadi pengurus yang diimpikan setiap pekerja Google

Google melahirkan bos-bos yang sangat bagus hinggakan mereka sukar dilupakan. Mengapa mereka lakukan ini? Menurut Laszlo Bock, Naib Presiden Kanan Operasi Kakitangan Google, “Pengurus-pengurus terbaik kami mempunyai pasukan yang menjalankan tugas dengan lebih baik, dikawal dengan lebih baik, lebih gembira – mereka membuat segala-galanya dengan lebih baik.”

Sesungguhnya, ini adalah benar. Bos-bos yang sukar dilupakan mengubah kita menjadi lebih baik. Mereka lebih mengenali diri kita daripada kita sendiri, dan mereka membantu kita melihat dari pandangan yang sama. Mereka mempunyai impian besar dan menunjukkan kepada kita kejayaan yang kita boleh kecapi.

Apabila saya meminta para hadirin menggambarkan  bos terbaik dan terburuk mereka, mereka tidak mempedulikan sifat-sifat bawaan (kecerdasan, bersifat sosial, daya tarikan, dan lain-lain). Sebaliknya, mereka memberi fokus kepada kualiti yang ada dalam kawalan sepenuh bos berkenaan, seperti nyala rasa, wawasan dan kejujuran.

Program Google bukanlah satu-satunya cara untuk menjadi bos dambaan para pekerja. Sesiapa sahaja boleh belajar tentang kualiti unik yang dimiliki bos-bos yang sukar dilupakan bagi mempelajari kemahiran yang berharga dan memberi inspirasi kepada orang ramai.

7 perkara yang membuatkan seseorang bos yang hebat

1. Mereka mempunyai nyala rasa

Tiada perkara yang lebih mematikan semangat daripada seorang bos yang bosan dengan hidup dan kerjanya. Jika bos tidak peduli, mengapa tidak orang lain? Bos-bos yang sukar dilupakan ghairah membuat  kerja mereka. Mereka percaya dengan apa yang ingin dicapai, dan mereka seronok melakukannya. Ini menyebabkan orang lain juga teruja untuk turut serta.

2. Mereka berkorban untuk pekerja

Sesetengah bos, tanpa berfikiran panjang, akan membiarkan para pekerjanya mengharungi bahaya bersendirian manakala bos yang hebat pula menghalang bahaya daripada menghampiri pekerja-pekerjanya.

Mereka melatih, dan mereka mengalih halangan yang mendatang, walaupun halangan itu wujud hasil perlakuan pekerjanya sendiri.

Kadang-kadang, bos-bos ini menyelesaikan masalah yang ditinggalkan oleh para pekerja yang tidak sedar bahawa mereka yang memulakan masalah itu pada mulanya. Dan jika mereka tidak mampu menghalang bahaya itu, mereka sendiri yang akan menggalas tanggungjawab tersebut.

3. Mereka bermain catur, bukan dam

Fikirkan tentang perbezaannya. Dalam permainan dam, kesemua kepingannya adalah sama. Itu adalah model kepimpinan yang lemah kerana tiada siapa ingin menjadi sekadar watak picisan.

Dalam catur pula, setiap kepingan mempunyai peranan, kebolehan dan batas-batas tersendiri yang unik.

Bos-bos yang sukar dilupakan sama seperti jaguh-jaguh catur. Mereka mengenali perkara yang unik tentang setiap ahli pasukan. Bos-bos tahu tentang kekuatan setiap ahli, kelemahan mereka serta perkara yang disukai dan dibenci. Segala maklumat ini digunakan untuk memastikan pekerja-pekerja mereka melakukan  yang terbaik.

4. Mereka adalah diri mereka, pada setiap masa

Mereka tidak berbohong untuk menutup kesalahan mereka, dan mereka tidak membuat janji palsu. Para pekerja mereka tidak perlu bersusah-payah memikirkan motif bos mereka atau meramal langkahnya yang seterusnya.

Yang lebih penting, mereka tidak menyembunyikan apa-apa perkara yang mereka boleh uar-uarkan. Mereka tidak menyimpan maklumat dan berahsia untuk meningkatkan kuasa sedia ada, tetapi mereka dengan murah hati berkongsi maklumat dan ilmu.

Berkaitan: Cara Menjadi Pemimpin Yang Lebih Hebat

5. Mereka berfungsi sebagai tempat perlindungan pada kala kesusahan

Mereka tidak cepat melatah, walaupun dalam keadaan kelam-kabut. Ketika berperang dengan tekanan, mereka tenang seperti Eugene Kranz, pengarah penerbangan bagi misi Apollo 13.

Dalam saat-saat genting selepas berlakunya letupan, apabila kematian nampak pasti dan panik satu-satunya pilihan yang ada, Kranz tetap tenang dan berkata, “Okay, bertenang semua. Mari kita selesaikan masalah ini, tetapi jangan jadikan ia lebih buruk dengan meneka-neka.”

Pada mulanya, dia tidak ada idea langsung tentang bagaimana hendak membawa angkasawan-angkasawan itu pulang, tetapi apabila diterangkan kemudian, “janganlah kamu menunjukkan yang kamu tidak pasti kepada para pekerja kamu.” Bagi mereka yang pernah bekerja dengan bos yang sukar dilupakan akan sering mengingati semula dan berasa kagum dengan kebolehan mereka bertenang dalam keadaan tertekan. Sebab itulah, 45 tahun selepas Apollo 13, kita masih lagi bercakap tentang Eugene Kranz dan kepimpinannya ketika menangani krisis tersebut.

6. Mereka hanyalah manusia biasa, dan mereka berani untuk mengakuinya

Mereka baik budi pekerti dan senang didekati. Mereka peramah. Mereka sedar yang kita semua ada emosi tersendiri, dan mereka tidak takut untuk menunjukkan emosi mereka sendiri. Mereka memahami pekerja mereka, pertama sebagai orang biasa, dan hanya selepas itu sebagai bos. Sebaliknya, mereka tahu mengawal perasaan apabila situasi berubah.

7. Kerja mereka sememangnya usaha berkumpulan

Dan para pekerja mereka rasa mereka telah berjaya apabila matlamat kumpulan dicapai. Memandangkan bos-bos ini tidak percaya yang mereka lebih hebat daripada orang lain, mereka tanpa segan-silu akan mengakui kesilapan mereka supaya semua orang dapat belajar daripadanya. Sifat mereka yang rendah hati serta kekuatan mereka menjadi ikutan orang lain.

Akhir kata

Bagi kebanyakan bos yang sukar dilupakan di Google dan di tempat-tempat lain,  segala-galanya menjadi serasi bermula saat mereka berhenti memikirkan apa yang pekerja mereka boleh lakukan untuk mereka dan fikirkan tentang apa yang mereka boleh lakukan untuk membantu pekerja mereka berjaya.

Suntik Inspirasi. Ajar. Beri perlindungan. Singkirkan halangan. Jadilah manusia. Jika anda memupuk sifat-sifat ini, anda akan menjadi bos yang sukar dilupakan yang akan diingati sepanjang karier pekerja anda.

 

Untuk membaca artikel in dalam bahasa Inggeris, klik Seven Things That Make Great Bosses Unforgettable.
Artikel ini adalah pendapat penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan pihak Leaderonomics.

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Anda Seorang Pemimpin

Alt
Dr Travis Bradberry ialah penulis bersama buku paling laris #1, Emotional Intelligence 2.0, dan juga pengasas bersama TalentSmart, pembekal utama ujian dan latihan kecerdasan emosi di dunia, yang memberi perkhidmatan kepada 75% daripada syarikat-syarikat Fortune 500. Karya-karyanya yang paling laris telah diterjemahkan ke dalam 25 bahasa dan boleh didapati di 150 negara.

Cadangan Buat Kamu

Interpersonal

Daya Tarikan yang Tidak Tertolak dalam Kemahiran Interpersonal

Oleh Rabi’ah Mutalip. Dalam dunia yang saling berkaitan hari ini, keupayaan untuk mengemudi interaksi sosial dengan kemahiran adalah aset yang tidak ternilai. Kemahiran interpersonal, sering digelar sebagai kemahiran orang atau kemahiran insaniah, adalah sos rahsia yang menyemarakkan kejayaan dalam kedua-dua bidang peribadi dan profesional.

Feb 28, 2024 2 Minit

Graduan wanita

Dilema Seorang Graduan Baru bersama Andrea Chew

Di episod 3, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Andrea Chew; Strategik Projek Partner di Leaderonomics, tentang topik hangat diantara 'fresh graduate' yang mula melangkah ke dunia pekerjaan. Bagaimanakah seseorang graduan baru boleh menyesuaikan diri di tempat kerja? Di sini, Andrea Chew akan berkongsi beberapa tip-tip kepada para siswa dan siswi untuk berkeyakinan lebih tinggi.

Mar 15, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Pemimpin yang Berani

Tahukah anda, bagaimana menjadi pemimpin yang berani? Dalam Tip Kepimpinan kali ini, Roshan Thiran berkongsi tip yang menarik untuk menjadi pemimpin yang efektif dan berani.

Jun 24, 2024 7 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest