#TanyaRoshan: Kenapa Perkembangan PKS Sering Tergendala?

Aug 16, 2018 • 1 Minit
hasilan, seni

“Apakah yang menghalang perkembangan dan pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)?”

“Apabila kita meneliti pusingan hidup PKS, kita akan mendapati bahawa ia meliputi lima peringkat: permulaan, kelangsungan, keberhasilan, peningkatan, dan kematangan. Kebanyakan pemimpin PKS menghadapi kesulitan untuk mengembang bisnesnya sebaik mencapai keberhasilan awal (peringkat ketiga).

Empat faktor penyebab adalah seperti berikut:

Kepimpinan: kurang jelas dalam kalangan pekerja disebabkan wujudnya percanggahan dalam matlamat kepimpinan dan matlamat bisnes.

Model bisnes: prototaip yang digunakan dengan berjaya perlu direplikasi dalam pelbagai transaksi untuk mencapai tahap seterusnya, dan ini mungkin di luar jangkauan insaniah.

Budaya: memperbaharui pola fikiran pekerja mungkin mencabarkan pada ketika mereka sudah selesa dengan sistem kepercayaan lama.

Proses atau struktur: beberapa struktur atau proses yang sedia ada mungkin mengekang pelan pertumbuhan.” – Roshan Thiran

Bacaan berkaitan: Ketahui Apa Yang Diperjuangkan Syarikat Anda, Kata Vivy Yusof

Roshan Thiran ialah Ketua Pegawai Eksekutif Leaderonomics, serta penulis dan penceramah kepimpinan yang berwibawa. Sekiranya anda ada soalan berkaitan dengan kecemerlangan kerjaya dan kepimpinan, anda boleh menghubungi beliau melalui roshan.thiran@leaderonomics.com, Facebook dan Twitter.

 

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

MLS 2026

Memimpin dari Dalam: Sorotan MLS 2026 (Bahagian 2)

Oleh Anggie Rachmadewi. Perkongsian utama Sidang Kemuncak Kepimpinan Malaysia 2026 tentang kepimpinan dan pembangunan diri.

Jul 14, 2026 • 8 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 18, 2023 • 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Berani Gagal

Dalam Tip Kepimpinan ini, Roshan Thiran berkata setiap orang mesti berani gagal dan belajar daripada kegagalan untuk terus maju dalam kembara kehidupan. Kejayaan pasti dalam tangan kelak.

Jul 28, 2017 • 1 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest