Perlu Berjaga Tetapi Mengantuk?

Aug 17, 2018 1 Minit
mengantuk

Sama ada anda masih bersekolah atau siswazah baharu yang sedang meneroka dunia pekerjaan, besar kemungkinan anda sedang membuat pelbagai perkara pada masa yang sama. Ini termasuk aktiviti ko-kurikulum, tugasan, belajar serta menghadiri kelas tuisyen, dan ada masanya boleh menjadikan anda berasa seperti zombie.

Jadi, jika anda rasa seperti anda perlukan ‘perangsang’ untuk kekal hebat, jangan risau. Anda tidak perlu mengambil minuman tenaga atau kopi dengan banyak.

Berikut adalah tujuh cara bagaimana anda boleh berjaga (ada beberapa yang agak aneh), tanpa menjejaskan kesihatan anda.

1. Turun naik tangga 

Turun naik tangga

Lain kali, jika anda mendapati yang anda tersengguk-sengguk kerana mengantuk, cubalah berehat sebentar dan turun naik tangga!

Kajian oleh Universiti Georgia mendapati perbuatan turun naik tangga tetap selama 20 minit sahaja boleh membuatkan anda berasa lebih bertenaga daripada mengambil kafein.  

Jadi, cubalah! Ia percuma, tidak menyebabkan gigi kotor (kopilah tu), dan boleh dilakukan di mana saja.

2. Saksikan video tular berkenaan kucing

Tengok video kucing

Merepek? Bukan. Pelik? Ya! (Kita tak merungut pun)

Menurut Persatuan Kimia Amerika (ACS), menonton video tular kucing ketika berasa letih dapat membantu menaikkan perasaan dan merangsangkan perhatian anda yang teliti kepada perincian buat sementara waktu.

Tetapi bagaimana? Dan mengapa?

Semuanya berbalik kepada kesannya ke atas 2 hormon di dalam badan kita – oksitosin, juga dikenali sebagai “hormon kegembiraan” (atau hormon cinta), dan kortisol, hormon yang berkait dengan stres.

Menurut ACS, menonton video tentang kucing comel boleh “meningkatkan tahap oksitosin dan mengurangkan kadar kortisol dalam otak.”

Jadi, tontonlah video-video kucing anda untuk menaikkan hormon kegembiraan anda dan membantu anda berjaga. Cuma jangan berlebih-lebihan pula.

3. Minumlah air

Minumlah air

Jangan memandang rendah kuasa meminum air yang mencukupi.

Sains telah menunjukkan yang kita akan mula berasa letih dan tidak bermaya ketika ternyahhidrat, jadi ia penting untuk menyatakan, “selamat minum” kepada air di dalam botol itu supaya badan kita boleh beroperasi pada tahap optimum.

Pada masa yang sama, anda boleh juga makan makanan yang menghidratkan seperti tembikai dan timun untuk membantu mengimbangi kehilangan cecair dalam badan.

4. Cubalah tidur-tidur ayam

Tidur-tidur ayam

Jika anda sering melawan keletihan pada waktu tengah hari, cubalah tidur sebentar.

Menurut laporan ini, ‘tidur selama 10 minit sahaja memberi peningkatan mendadak dalam ketajaman dan merangsangkan prestasi kognitif yang boleh bertahan sehingga 155 minit (lebih daripada tiga jam)’.

Walau bagaimanapun, waktu paling optimum untuk tidur sekejap adalah di antara tengah hari dan jam 2 petang, atau anda mungkin berisiko mengalami gangguan tidur di malam hari.

Tambahan pula, kajian menunjukkan ‘tidur sekejap dapat meningkatkan perasaan yang positif’, yang akan meningkatkan kebolehan anda menyelesaikan masalah dan memperhebat pembelajaran.

Menurut para pengkaji, kepekaan kita akan berkurangan jika kita mendapat kurang daripada tujuh ke lapan jam tidur setiap hari. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi.

Berkaitan: Rutin Pagi Pemimpin Yang Berjaya

5. Berjemur di bawah sinaran matahari

Berjemur di bawah sinaran matahari

Tahukah anda bahawa cuaca di Malaysia yang panas sepanjang tahun adalah kunci bagi membantu anda berjaga apabila berasa mengantuk?

Kajian yang diterbitkan di dalam Jurnal Psikologi Persekitaran mencadangkan bahawa pendedahan kepada lampu yang terang dapat menjadikan anda berasa “kurang mengantuk, lebih penting dan gembira.”

Jadi, jika anda asyik terperap di rumah sama ada belajar atau bekerja sepanjang hari, keluarlah dan nikmati sinaran matahari sambil mendapat dos vitamin D anda.

Jangan lupa memakai krim pelindung mataharii pula.

6. Mula bersenam

Bersena

Anda mungkin sudah tahu tentang ini, tetapi kajian telah menunjukkan yang senaman dapat membantu anda kekal bertenaga dan peka.

Ini kerana dengan bersenam, hormon endorfin dirembeskan di mana anda akan berasa lebih gembira dan lebih bertenaga. Aktiviti fizikal juga boleh menyihatkan minda anda, di mana kajian mencadangkan bahawa hanya dengan bersenam selama sejam setiap minggu ‘dikaitkan dengan kekurangan insiden depresi masa depan’.

Jadi, tidak kira sama ada menari, berenang, bermain frisbee atau berjalan laju, cari masa di dalam jadual anda untuk melakukan senaman walaupun sebentar. Percayalah, tubuh anda akan menghargainya.

7. Dengarkan lagu-lagu kegemaran anda

Dengar muzik

Anda sedang bersedia untuk peperiksaan atau pembentangan? Jangan risau. Muzik boleh menjadi rakan yang baik bagi membantu anda terus bermotivasi dan berjaga.

Menurut ACS, mendengar muzik kegemaran anda ‘mengaktifkan litar keseronokan di dalam otak untuk merembeskan kimia neuro yang menggembirakan seperti dopamin, serotonin dan okstosin’, yang dapat membantu anda berjaga.

Tambahan lagi, kajian oleh Fakulti Perubatan Universiti Stanford mencadangkan bahawa mendengar muzik boleh menolong anda menumpukan perhatian.

Jadi apa lagi, pasangkanlah fonkepala anda!

Akhir kata

Walaupun anda tidak boleh menggantikan rehat yang cukup pada waktu malam, anda boleh menggunakan panduan-panduan ini apabila dihambat rasa letih pada waktu petang. Jadi, ikutilah panduan-panduan ini jika anda mendapati sukarnya untuk berjaga pada lain kali. 

Selamat berjaya!

 

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di EduAdvisor.my, platform informatif untuk membantu para pelajar. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif kepimpinan Leaderonomics untuk golongan belia atau bagaimana anda boleh berkolaborasi dengan kami untuk membangunkan lagi komuniti anda, hantar e-mel ke youth@leaderonomics.com

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Nilai Murni

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Pandemik Memberikan Keburukan Terhadap Keseimbangan Jantina

Pandemik Memberikan Keburukan Terhadap Keseimbangan Jantina

Oleh Zoe Kinias. Kemajuan ke arah pariti jantina merosot semasa wabak. Agenda jantina mundur. Di sini penulis menghimpunkan lima cara pemimpin boleh mengambil langkah kecil ke arah mencapai kesetaraan gender. Baca terus untuk mengetahui lebih lanjut.

Oct 03, 2022 5 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

'Tamparan Idea' ialah podcast Bahasa Melayu yang mengupas topik dan isu semasa berkaitan dengan kepimpinan. Program ini diceriakan oleh Waheeda Hasbullah, seorang pengacara yang sentiasa membawa aura gembira kepada anda semua. Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Fokus Pada Perubahan Kecil

Dalam Tip Kepimpinan ini, Roshan Thiran mengesyorkan supaya kita menumpukan usaha untuk membawa perubahan kecil pada diri. Lama-kelamaan perubahan menyeluruh akan tercapai. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

Jul 19, 2017 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest