Puncak Harapan: Tiada Gunung Yang Terlalu Tinggi Untuk Didaki

May 15, 2017 3 Minit
gunung, kumpulan, teman-teman

Seorang rakan baru, Datin Veronica Selvanayagy, menjemput saya baru-baru ini untuk menghadiri acara amal yang dianjurkan oleh suaminya, Datuk Dr Arunan Selvaraj.

Teks jemputannya berbunyi seperti berikut:

“Suami saya membawa empat pelajar dari Persatuan Kelainan Upaya Akal Selangor untuk mendaki Gunung Kinabalu pada 25 April. Acara ini adalah untuk meraikan kejayaan mereka.”

Walaupun sudah banyak kali menghadiri acara amal, tetapi yang ini akan tetap kekal dalam hati dan ingatan saya.

Puncak harapan

Projek Puncak Harapan (iaitu ‘Hope Peak’ dalam bahasa Inggeris) adalah pendakian ke Gunung Kinabalu dan bertujuan untuk membantu Persatuan Untuk Orang Kelainan Upaya Akal Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (SAMH).

SAMH, pertubuhan amal bukan untung yang ditubuhkan pada 1964, memberi perkhidmatan kepada kira-kira 340 kanak-kanak dan orang dewasa yang kelainan upaya akal, dalam lingkungan umur tiga tahun hingga 50 tahun.

Projek ini dikendalikan oleh pasukan Rainbow, yang terdiri daripada 14 pendaki yang bersemangat, termasuk penyertaan empat pelajar dan dua guru dari SAMH yang diketuai oleh Dr Arunan.

Tujuan besar adalah untuk memenuhi impian empat pelajar lelaki yang teringin sangat untuk mendaki Gunung Kinabalu di Sabah, gunung yang tertinggi di Kepulauan Melayu.

Pelajaran mengenai kegigihan dan ketabahan 

Kisah Siah Juan Kit,  seorang spastik, adalah pelajaran mengenai ketekadan dan ketabahan. Pendakian itu bukan mudah untuk Siah disebabkan oleh keadaan fisikalnya.

Siah menangis kerana terpaksa patah balik.

Siah akan hilang keseimbangan dan jatuh setiap 10-15 langkah disebabkan oleh bentuk bumi yang tidak rata. Dia jatuh terkena lebam tetapi tetap bersemangat berkobar-kobar. Kegembiraan jelas kelihatan pada wajahnya setiap kali dia mendaki selangkah atau bangun semula selepas jatuh.

Pada suatu ketika, hujan turun di kem Layang Layang, menyebabkan jejak jalan menjadi sangat licin. Siah tidak berupaya menarik tali dengan tangan kirinya.  Cikgu Nazrin, salah seorang guru SAMH, terpaksa memberitahunya bahawa dia terpaksa meninggalkan pendakian di stesen keempat. Sambil menangis, Siah dengan berat hati berjalan turun ke stesen kedua dengan ditemani beberapa ahli-ahli pasukan dan panduan.

Kesedihan dan kekecewaannya menyentuh hati renjer, pasukan panduan dan briged Bomba, iaitu pejuang api yang sedia menunggu Siah dalam perjalanan turunnya.

Siah tetap keras kepala dan berazam untuk menghabiskan pendakian, tidak kira apa yang perlu dibuat. Selepas berehat, Siah mendaki sekali lagi dari stesen kedua ke stesen keenam.

Tahu apa? Siah berjaya sampai ke Laban Rata pada jam 22:39, kira-kira empat jam lebih lama daripada tempoh pendakian biasa.

Buat renungan bersama

Mendaki gunung adalah cabaran yang besar sekali, tetapi membantu empat pelajar yang kelainan upaya akal dan mempunyai keupayaan fizikal yang istimewa mencapai impian mereka dengan membimbing, melatih dan mengatasi rintangan merupakan usaha yang amat mengagumkan dan hebat.

Di tempat kerja, pernahkah anda membantu rakan sekerja mengatasi had keupayaan mereka dan mencetuskan potensi mereka? Gembirakah anda apabila seseorang yang anda membantu itu berjaya?

Bharat Avalani ialah jurulatih fakulti Leaderonomics. Jika anda ingin menghubunginya,  hantar e-mel ke training@leaderonomics.com.Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik  Puncak Harapan: Ain’t No Mountain High Enough To Reach Hope.

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Digital

Pasaran Digital dan Kepimpinan dan Pembangunan – Kebolehcapaian (Bahagian 1)

Oleh Arun Nagarajah. Temui arah aliran masa depan dalam kepimpinan digital dan pasaran pembangunan: peningkatan pendedahan jenama, saluran pemasaran yang dipertingkatkan dan kuasa bukti sosial. Manfaatkan potensi untuk berskala, penyesuaian dan impak seluruh industri.

May 22, 2023 5 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Memberi Reaksi atau Respons

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita mempunyai pilihan sama ada ingin memberikan reaksi atau memberikan respons melalui perbuatan kita. Jadi, utamakan memberi respons supaya hidup lebih positif dalam apa jua keadaan.

Jul 30, 2024 8 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest