Membimbing Orang Lain, Meningkatkan Pembangunan Diri

Jan 29, 2019 1 Minit
Alt

Seringkali, apabila kita berfikir tentang pembangunan diri atau meningkatkan keupayaan kepimpinan, fokusnya adalah pada ‘saya’.

Walau bagaimanapun, daripada pengalaman peribadi, saya mendapati bahawa ketika kita berjalan bersama orang lain dalam kembara pembangunan diri mereka, ketika kita benar-benar inginkan yang terbaik bagi mereka, itulah masanya kita mula memahami dan mengembangkan potensi kita sendiri.

Berjalan dengan orang lain dalam kembara mereka membuka peluang bagi kita untuk mempelajari pengetahuan baharu, kemahiran baharu, pengalaman baharu, misalnya. Ia menjadikan kita lebih sedar tentang kekuatan dan batasan kita, memaklumkan kepada kita bidang-bidang mana yang kita patut perbaiki dan laburkan sumber.

Dalam kata lain, setiap orang yang kita iringi mencerminkan diri kita. Kita menilai apa yang penting dan apa yang paling bernilai. Melalui perbualan dengan orang lain, ia menggalakkan kita untuk berfikir mengapa kita melakukan perkara-perkara yang kita lakukan dan bagaimana ia mempengaruhi orang lain.

Ia memberi peluang bagi kita untuk memahami sejarah peribadi kita — cerita dan kenangan hidup kita sendiri, pilihan dan keputusan lalu, serta tindak balas kita. Ia seperti kita tiba-tiba memahami diri kita dengan lebih baik.

Terdapat peribahasa agama Buddha yang berbunyi seperti berikut:

“Jika anda menyalakan lampu untuk seseorang, ia juga akan mencerahkan laluan anda.”

Memahami dan meningkatkan diri

Apabila kita membimbing orang lain dan menawarkan pandangan kita, kita sebenarnya mengubah pengalaman hidup kita menjadi sesuatu yang bernilai untuk orang lain. Kita terpaksa memikirkan pembelajaran, pengalaman peribadi, memeriksa semula nilai, prinsip dan perspektif terhadap kehidupan. Pada akhirnya, kita mempunyai pemahaman yang lebih jelas tentang mengapa kita adalah kita sekarang. Ia suatu proses yang boleh memberi stres, tetapi juga membebaskan.

Menjadi mentor atau suri teladan seseorang mendorong kita untuk menjadi lebih baik dalam kehidupan kita. Mengetahui bahawa seseorang sedang menatap kita untuk bimbingan, dan tindakan kita dapat membimbing mereka ke arah masa hadapan yang baik, kita akan menjadi lebih bertanggungjawab untuk pertumbuhan diri kita.

Ia juga membantu kita dalam membina kerjaya kita sendiri. Kita lebih cenderung untuk mengikuti perkembangan semasa di tempat kerja atau di dalam bidang peribadi. Ia juga memaksa kita untuk mengembangkan kemahiran dalam menyelesaikan masalah kita berkaitan senario-senario yang dihadapi. Penglibatan ini mungkin akan mengilhami idea-idea baharu kerana kita terpaksa melihat perkara-perkara tersebut dari pelbagai perspektif.

Berkaitan: Mencapai Impian Perlukan Tindakan Yang Berani

Apabila kita membimbing orang lain, terutama mereka yang lebih muda, kita mempunyai kecenderungan untuk memberi nasihat. Hal ini mungkin menyebabkan mereka merasa diri dihakimi atau diarahkan untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu.

Cara yang saya gunakan adalah memberi pilihan dan cadangan. Pendekatan ini bertujuan untuk membantu mereka mencapai keputusan sendiri dan tidak memberitahu mereka apa yang perlu dilakukan. Bimbing dengan cara yang membantu mereka mengenali dan menerima kekuatan dan cabaran mereka, dan berusaha ke arah mencapai matlamat mereka.

Akhir kata

Untuk membimbing orang lain, kita tidak perlu mengetahui segala-galanya. Bimbing dengan minda terbuka dan hati yang ikhlas.  Akhirnya, kita akan membimbing orang itu untuk melakukan apa yang terbaik untuk diri. Bantulah mereka menghapuskan segala kekusutan yang mengaburi pandangan mereka.

Dengan berbuat demikian, kita akan mengalami pertumbuhan peribadi apabila kita mengembangkan kesedaran diri dan refleksi untuk memberi nilai kepada orang yang kita bimbing itu.

Berjalan dengan orang lain dalam perjalanan mereka sememangnya satu pendekatan Membimbing Ke Arah Peningkatan yang berunsur menang-sama menang.

Seperti yang dikatakan Les Brown:

“Bantulah orang lain mencapai impian mereka, dan anda akan mencapai matlamat diri anda.”

 

Chong Keat Lim ialah Pengarah Bimbingan Khusus (Coaching) dan Pembangunan Eksekutif Leaderonomics.

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Identiti, Tujuan Hidup

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com
Alt

Cadangan Buat Kamu

Interpersonal

Daya Tarikan yang Tidak Tertolak dalam Kemahiran Interpersonal

Oleh Rabi’ah Mutalip. Dalam dunia yang saling berkaitan hari ini, keupayaan untuk mengemudi interaksi sosial dengan kemahiran adalah aset yang tidak ternilai. Kemahiran interpersonal, sering digelar sebagai kemahiran orang atau kemahiran insaniah, adalah sos rahsia yang menyemarakkan kejayaan dalam kedua-dua bidang peribadi dan profesional.

Feb 28, 2024 2 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

'Tamparan Idea' ialah podcast Bahasa Melayu yang mengupas topik dan isu semasa berkaitan dengan kepimpinan. Program ini diceriakan oleh Waheeda Hasbullah, seorang pengacara yang sentiasa membawa aura gembira kepada anda semua. Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Manfaatkan Bakat Anda

Setiap orang mempunyai bakat istimewa yang tersendiri. Baik kita pandang ke dalam, cungkilkan dan manfaatkan bakat kita itu.

Aug 16, 2017 1 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest