Podcast Kepimpinan: Pelbagai Jenis Kepimpinan Dalam Kehidupan Harian

Mar 10, 2017 1 Minit
podcast, kepimpinan

Setiap seorang mempunyai peranan dan tanggungjawab yang berbeza. Kita memakai pelbagai ‘topi’ untuk peranan-peranan yang kita mainkan dalam hidup kita — di tempat kerja, rumah atau semasa bersama-sama kawan-kawan kita. 

Kita boleh bertukar atau bersilih ganti ‘topi-topi’ ini; kadangkala kita memakai lebih daripada satu ‘topi’ pada satu masa. Bagaimanapun, ada satu jenis ‘topi’ yang tidak boleh kita tanggalkan: ‘topi’ kepimpinan.

Sama ada suka atau tidak, kita memainkan peranan sebagai “pemimpin” dalam kehidupan harian — sebagai ibu bapa di rumah, bos atau ketua kumpulan di tempat kerja, dan penasihat kepada kawan-kawan apabila mereka meminta nasihat atau pandangan kita. 

Dalam setiap sesuatu yang kita lakukan, persoalannya bukan adakah kita pemimpin tetapi adakah kita pemimpin yang baik?

Dengarlah podcast oleh Joshua Lee dari Bahagian Kampus di Leaderonomics tentang sifat-sifat penting yang patut ada dalam seorang pemimpin yang baik: 

Untuk artikel berkaitan yang ditulis oleh Joshua dalam bahasa Inggeris, klik sini.

Dengarlah rumusan temu bual Joshua dengan stesen radio BFM: 

Untuk mengetahui bagaimana Leaderonomics boleh membantu organisasi anda, hubungi Bahagian Perkhidmatan Korporat melalui training@leaderonomics.com. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif-inisiatif kami untuk mempersiapsediakan para graduan untuk menghadapi masa hadapan, emel kami di campus@leaderonomics.com. Untuk Podcast Kepimpinan yang lain, klik sini.

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Anda Seorang Pemimpin

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

kepimpinan

6 Cara Membina Kepimpinan yang Mendorong Transformasi

Oleh Elena Dolmat. Keupayaan transformasi ini bukan sekadar “bagus jika ada”. Ia membantu pemimpin membina sistem operasi diri mereka—bukan sahaja untuk berkesan dalam menghadapi kerumitan dunia hari ini, tetapi juga untuk sentiasa selangkah di hadapan cabaran masa depan.

Jul 27, 2025 4 Minit

Alt

E-Buku Coronavirus untuk Masyarakat Bersama Conrad Fernandez

Di episod 6, Waheeda kembali semula menemubual dengan Encik Conrad Fernandez dari syarikat LeapEd. Beliau mengongsikan berita baik tentang e-buku Coronavirus yang telah dikongsikan di laman sesawang yang boleh digunakan untuk semua peringkat umur.

Mar 18, 2023 32 Min Podcast

Profesional

Tareef Jafferi | Perkara Asas daripada Profesional

Tareef ialah Pengasas & CEO di Happily.ai. Beliau ialah seorang inovator yang berfokus pada produk, dengan minat mendalam terhadap data, reka bentuk, dan penggunaan teknologi untuk kebaikan.

Apr 14, 2025 10 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest