Refleksi Kendiri: 4 Pengajaran Hidup Daripada Mulan

Mar 08, 2017 3 Minit
mulan, pengajaran, hidup

Marilah kita menjelajah kembali ke zaman silam di negara China untuk bertemu dengan salah satu karakter animasi Disney yang amat terkenal dan digemari, Fa (atau Hua) Mulan.

Diilhamkan oleh seorang tokoh legenda sebenar yang bernama Hua Mulan, orang ramai percaya bahawa filem ini berasal usul daripada sajak mengenai beliau yang bertajuk Balada Mulan. 

Dalam filem ini, Mulan mengambil tempat ayahnya, Fa Zhou di medan perang kerana beliau takut ayahnya tidak lagi terdaya untuk berjuang memandangkan beliau sudah lanjut usia dan kurang sihat.

Ditemani kuda yang dipercayai Khan, naga kecil Mushu dan cengkerik Cri Kee, beliau pun maju ke medan perang sebagai Ping, ego alter lelakinya.

Mulan adalah seorang rakyat yang amat mencintai negaranya, seorang anak yang cukup menghormati dan menyayangi ibu bapanya, dan seorang perempuan yang mempunyai azam yang kuat. Walaupun beliau agak keras kepala dan degil, kita boleh memetik beberapa hikmah hidup daripadanya.

#1. Jangan benarkan had batas menjadi penghalang

Mulan: Tiada sesiapa yang pedulikan saya.
Mushu: Huh? Maaf, awak bercakap sesuatu?
Mulan: Mushu!
Fa Zhou: Saya bersedia berkhidmat kepada maharaja.
Mulan: Ayah! Ayah tidak boleh pergi!
Fa Zhou: Mulan!
Mulan: (kepada askar yang hadir) Tolong tuan. Ayah saya sudah berjuang untuk…
Chi Fu: Diam! (kepada Fa Zhou) Awak patut mengajar anak perempuan awak berdiam diri di hadapan kaum lelaki.

Walaupun beliau hidup dalam zaman yang mengekang hak kebebasan kaum wanita, Mulan tidak membenarkan ketidaksamaan gender dan tekanan sosial menghalangnya daripada melakukan sesuatu yang beliau percayai adalah betul – mempertahankan keluarganya.

Hikmah hidup: Kita juga patut percaya akan diri sendiri dan tidak membenarkan batasan luaran menghalang kita.

#2. Keberanian membuka pintu peluang 

Dalam adegan filem yang popular tentang transformasinya, Mulan kelihatan memotong rambutnya dan memakai perisai ayahnya sebelum ke medan pertempuran. Adegan filem ini amat bermakna kepada saya kerana ia menunjukkan seorang perempuan muda yang berani menanggung beban tugas yang berbahaya demi kasih terhadap ayahnya.

Keberaniannya bukan sahaja berhasil menemukannya dengan jejaka impiannya dan mengeratkan hubungan dengan kawan-kawannya, tetapi juga menyelamatkan negara China dan membawa penghormatan kepada keluarga Fa.

Hikmah hidup: Dalam hidup, kadangkala kita perlu maju ke hadapan dan mengambil tindakan yang sepatutnya. Tindakan ini mungkin membuka peluang kepada sesuatu yang setakat ini tertutup kepada kita.

Baca: Percayalah Kepada Keberanian Kata Hatimu!

#3. Bertabah menghadapi keperitan hidup; jangan menyerah

Dalam satu lagi adegan filem ini, Shang mencabar askar-askarnya mendaki sebatang tiang kayu yang tinggi untuk mendapatkan semula sebatang anak panah yang ditembaknya ke atas tiang kayu itu.

(Shang menggantung dua cakera di lengan tangan Yao.)
“Shang: Ini (ditariknya satu cakera) mewakili disiplin… dan ini (ditariknya cakera yang satu lagi) mewakili kekuatan. Anda memerlukan kedua-dua ini untuk mencapai anak panah itu.”

Walaupun setiap orang bersemangat menghadapi cabaran, bukan semua yang bersungguh-sungguh mengerjakannya hingga mencapai penyelesaian.

Selepas mencuba sehari suntuk, semua askar pelatih pun menyerah dan kembali ke khemah masing-masing. Shang menyuruh Mulan untuk kembali ke rumah.

Tetapi, kerana beliau bersungguh-sungguh ingin menghabiskan tugasan itu, beliau memanjat tiang itu semalaman. Pada akhirnya, beliau berjaya sampai ke puncak tiang itu untuk mengambil anak panah tersebut.

Hikmah hidup: Kita semua menghadapi cabaran dalam hidup kita — baik di tempat kerja mahupun di rumah. Namun yang penting sekali ialah jangan benarkan cabaran-cabaran itu mengatasi kita; jangan menyerah.

Baca: Kegagalan Mendewasakan

#4. Bersikap kreatif dan amalkan cara berfikir di luar kotak 

(Mulan menggunakan roket terakhir, mengacunya ke arah gunung di belakang Shan Yu.)
Mushu: (dari atas roket yang dilancarkan itu) Awak tak kena sasaran. Kenapa awak tak kena sasaran. Dia cuma tiga kaki dari awak!
(Roket itu terkena gunung itu dan menyebabkan runtuhan salji.)

Dalam adegan pertempuran di gunung, tentera Hun menyerang Mulan dan askar-askarnya. Yao mahu menggunakan roket terakhir mereka sebagai senjata serangan untuk dilancarkan ke arah Shan Yu yang sedang memimpin tentera Hun.

Tetapi Mulan menangani krisis itu dengan cara yang inovatif. Beliau merebut roket itu dan melancarkannya ke arah gunung yang berdekatan, menyebabkan runtuhan salji yang mengebumikan tentera Hun.

Hikmah hidup: Janganlah kita benarkan had batas menentukan apa yang kita boleh atau tidak boleh buat. Dalam situasi tertentu, sikap optimis dan pemikiran kreatif akan membawa hasil di luar jangkaan.

 

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik Self Reflection: 4 Lessons From Mulan

 

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Nilai Murni, Perwatakan

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Kepimpinan

Memimpin dalam Dunia yang Mengganggu: Pengajaran Utama daripada Sidang Kemuncak Kepimpinan Global 2023 (Bahagian 2)

Oleh Kiran Tuljaram dan Meow Ee Chew. Terokai pandangan mendalam daripada Sidang Kemuncak Kepimpinan Global 2023, di mana pakar seperti Anita Elberse dan Erin Meyer berkongsi pelajaran penting dalam kepimpinan pasukan berprestasi tinggi, memupuk budaya ciptaan semula dan menguasai penceritaan di tempat kerja.

Dec 11, 2023 7 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 10 Min Podcast

Alt

Kepimpinan Itu Ekstrem

Kepimpinan ekstrem adalah gelagat pemimpin yang hebat. Mereka bijak memilih tindakan yang bersesuaian dengan keadaan dan masa. Untuk membaca artikel berkaitan, klik Kepimpinan Itu Sesuatu Yang Ekstrem!

Jul 16, 2017 3 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest