5 Tanda Tempat Kerja Anda Mungkin Tidak Inklusif

Nov 11, 2026 • 3 Minit
stress
Sumber:

imej oleh magnific

Sesebuah tempat kerja mungkin kelihatan seperti persekitaran yang baik, tetapi itu tidak bermakna setiap pekerja berasa selesa. Ada pekerja yang mudah menyuarakan pendapat, manakala ada juga yang memilih untuk berdiam diri kerana bimbang idea mereka tidak akan didengari. Situasi seperti ini mungkin kelihatan kecil, tetapi boleh mempengaruhi pengalaman pekerja di tempat kerja. Berikut ialah lima tanda yang perlu anda perhatikan.

1. Hanya Individu yang Sama Diberi Peluang Bersuara

Semasa mesyuarat atau perbincangan pasukan, adakah individu yang sama sering berkongsi idea, manakala pekerja lain jarang mendapat peluang untuk bersuara?

Ada kalanya, pemimpin lebih cenderung mendengar pandangan individu yang sudah dikenali atau sering bekerjasama dengan mereka. Tanpa disedari, mereka mungkin terlepas pandang idea daripada ahli pasukan yang lain.

Pemimpin boleh mengatasinya dengan memberikan peluang yang sama kepada semua orang untuk berkongsi pandangan. Idea yang baik tidak semestinya datang daripada individu yang paling banyak bercakap.

2. Pekerja Takut untuk Bersuara

Sesetengah pekerja mungkin mempunyai idea atau kebimbangan, tetapi memilih untuk menyimpannya kerana takut dikritik atau dinilai secara negatif.

Apabila perkara ini berlaku, sikap berdiam diri mungkin disalah anggap sebagai tanda persetujuan. Hakikatnya, pekerja mungkin tidak berasa cukup selamat untuk menyuarakan pendapat mereka.

Pemimpin perlu menunjukkan bahawa perbezaan pendapat dialu-alukan. Dengarlah pandangan ahli pasukan secara terbuka dan berikan ruang kepada mereka untuk berkongsi kebimbangan tanpa takut dihakimi.

Artikel ini mungkin menarik minat anda:

Apabila Pasukan Anda Diam, Adakah Mereka Benar-Benar Bersetuju?

3. Peluang Tidak Diberikan Secara Adil

Pernahkah anda perasan bahawa pekerja tertentu lebih kerap diberi peluang untuk mengetuai projek atau menghadiri latihan?

Apabila peluang hanya diberikan kepada individu terpilih, pekerja lain mungkin sukar mengembangkan potensi diri walaupun mereka mempunyai kemahiran dan keupayaan yang diperlukan.

Untuk mengatasinya, pemimpin perlu menetapkan kriteria yang jelas dalam menawarkan peluang kepada pekerja. Keputusan yang adil dan telus membantu pekerja memahami cara mengembangkan kemahiran serta memajukan kerjaya mereka.

4. Kesejahteraan Pekerja Diabaikan

Pekerja yang kerap bekerja lebih masa mungkin dianggap rajin dan komited. Namun, bagaimana pula dengan mereka yang berasa terbeban tetapi takut untuk bersuara?

Apabila kebimbangan seperti ini diabaikan, pekerja mungkin terus bergelut dalam diam sehingga menjejaskan kesejahteraan diri mereka.

Pemimpin perlu bersikap terbuka dalam membincangkan beban kerja dan memastikan pekerja mendapat sokongan yang diperlukan. Prestasi kerja memang penting, tetapi pekerja juga memerlukan masa untuk berehat dan menjaga diri.

5. Maklum Balas Tidak Membawa Sebarang Perubahan

Pekerja mungkin digalakkan untuk memberikan maklum balas, tetapi rasa kecewa boleh timbul apabila isu yang dibangkitkan tidak diambil tindakan.

Lama-kelamaan, mereka mungkin merasakan pandangan sendiri tidak penting lalu memilih untuk berhenti bersuara.

Pemimpin perlu mengambil serius setiap maklum balas dan memaklumkan tindakan susulan yang diambil. Walaupun tidak semua cadangan dapat dilaksanakan, penjelasan tentang sebab sesuatu keputusan dibuat menunjukkan bahawa pandangan pekerja tetap dihargai.

Bagaimana Membina Tempat Kerja yang Lebih Inklusif?

Tempat kerja yang inklusif bukan sekadar menerima pekerja daripada latar belakang yang berbeza. Setiap orang juga perlu berasa dihormati, didengari dan diberikan peluang yang adil untuk berkembang.

Pemimpin boleh bermula dengan mengenal pasti bias diri sendiri, mendengar pelbagai sudut pandang dan memastikan setiap keputusan dibuat secara adil.


Mengembangkan corak pemikiran ini memerlukan kesedaran, latihan dan kesediaan untuk mempersoalkan kebiasaan yang telah lama diamalkan.

Untuk memahami bagaimana bias bawah sedar, proses membuat keputusan secara inklusif, perbualan yang berani dan keselamatan psikologi membentuk kepimpinan yang berkesan, ikuti kursus e-learning Inclusive Leadership: Practice DEI for Everyday Decisions oleh Paul Larsen.

Pelajari cara menerapkan prinsip kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman dalam amalan kepimpinan seharian bagi memperkukuh rasa kebersamaan, penglibatan pekerja dan prestasi pasukan.

Sila Kongsi

Kepimpinan

Alt

Amirah ialah editor Bahasa Melayu di Leaderonomics dengan latar belakang dalam bidang Linguistik dan Bahasa Melayu. Bagi Amirah, menulis bukan sekadar tugas, tetapi ruang untuk meneroka idea dan berkongsi perspektif. Di luar kerja, dia gemar menonton Netflix, mencuba makanan baharu dan menikmati secawan matcha.

roshan thiran paradoxical leadership masterclass must attend

Cadangan Buat Kamu

pasukan

Kunci untuk Memperkasakan Pasukan Anda

Oleh Maree Burgess. Ketahui cara membina kepercayaan, memperkasakan pasukan dan menggalakkan mereka bekerja secara lebih berdikari.

Nov 01, 2026 • 0 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 • 10 Min Podcast

Alt

Kepimpinan Itu Ekstrem

Kepimpinan ekstrem adalah gelagat pemimpin yang hebat. Mereka bijak memilih tindakan yang bersesuaian dengan keadaan dan masa. Untuk membaca artikel berkaitan, klik Kepimpinan Itu Sesuatu Yang Ekstrem!

Jul 16, 2017 • 3 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest