Sedar atau tidak, kita ini lebih bagus dan lebih berbakat daripada apa yang kita fikirkan.
Namun, kita masih lagi di takuk yang lama, ketinggalan berbanding orang lain yang berjaya sedangkan kita juga boleh dan mampu sahaja melakukan perkara yang sama seperti mereka atau lebih lagi.
Mungkin kerana kita tidak yakin diri atau kita sering merendah diri. Mungkin juga kita masih belum berdamai dengan kelebihan dan kelemahan diri seadanya untuk mencapai tahap kejayaan yang lebih tinggi.
Ini bermaksud kita masih belum bersedia. Inilah yang bersarang dalam pemikiran kita dan hati kita.
Apabila kita dan fikiran kita sendiri takut atau rasa tidak mampu untuk mencapainya, secara automatiknya kita telah menghantar signal yang negatif terhadap diri sendiri.
Oleh itu, apa sahaja yang kita lakukan pasti akan gagal kerana kita masih belum bersedia untuk mencapainya dan kita tidak sedar.
Beranikan diri untuk jangan letak matlamat yang terlalu rendah dan jangan pula cipta matlamat yang terlalu tinggi sehingga tidak relevan dan meletakkan beban yang tidak perlu pada diri.
Tetapkan matlamat anda dan capai satu persatu. Kemudian daripada matlamat yang rendah, naikkan skalanya ke peringkat yang lebih tinggi.
Jangan harapkan keputusan yang cepat. Bersabarlah dalam mengejar matlamat.
Percaya pada kemampuan diri dan walaupun matlamat tidak tercapai 100%, sekurang-kurangnya anda telah berkembang dan berjaya ke hadapan.
Perubahan ke arah yang lebih baik itu sendiri satu pencapaian yang bagus.
2. Bersahabat baik dengan kegagalan
Ramai orang takut kegagalan. Mereka tidak dapat menanggungnya. Mereka tidak mahu ia tersebar.
Kegagalan memalukan bagi kebanyakan orang biasa namun tidak pada mereka yang betul-betul berjaya.
Kegagalan adalah penting untuk anda belajar bagaimana untuk berjaya.
Corak pemikiran yang terbaik yang dimiliki oleh segelintir orang adalah mereka tahu kegagalan itu wajib untuk mereka berkembang.
Kegagalan itu penting untuk hadir dalam kehidupan mereka. Kegagalan itu sesuatu yang tidak akan dapat dielakkan.
Justeru, daripada bermusuh dengan kegagalan dan merana, sebaiknya bersedia untuk menerima kegagalan sebagai sahabat baik anda.
Percayalah, anda akan berasa lebih gembira. Banyak perkara baharu yang anda akan pelajari dan ia akan membantu anda berjaya kelak.
Berapa ramai tokoh usahawan di luar sana gagal berkali-kali malah lebih banyak berbanding anda namun itu bukan penghalang mereka.
Kerana corak pemikiran mereka apabila gagal adalah bukan kerana mereka tidak mampu tetapi mereka masih belum berjumpa cara yang betul justeru mereka teruskan usaha dan percubaan-percubaan mereka sebelum berjaya.
3. Anda tidak akan berjaya selagi anda kekal di zon selesa
Seorang ketua pegawai eksekutif syarikat teknologi terkenal IBM pernah berkata: “Growth and comfort do not coexist.” (Pertumbuhan dan keselesaan tidak hadir bersama.)
Sememangnya untuk berjaya kita tidak akan mendapatkannya dengan mudah dan senang.
Sedangkan dari kecil lagi, saat kita mula belajar untuk meniarap, merangkak malah berjalan juga perlukan beberapa kali untuk kita terjatuh dan tercedera barulah kita dapat menguasainya sebagai kemahiran baharu.
Sama jugalah dalam hal-hal lain. Perlukan masa, percubaan, penambahbaikan dan mungkin kesakitan serta kegagalan dalam sesuatu perkara yang kita inginkan.
Pengasas Apple mungkin seorang yang genius dan berbakat namun jika dia mengalah dan tidak meneruskan usahanya dari garaj kereta, iaitu lokasi pejabatnya yang pertama, pasti kita tidak akan dapat menggunakan produk Apple pada hari ini.
4. Banyakkan persektif dalam menilai menilai sesuatu perkara
Tidak kisahlah apa pun matlamat anda, anda kena bersedia dengan corak pemikiran yang betul.
Mulakan dengan berfikir secara lain daripada kebiasaan sebelum melakukan sesuatu.
Cuba lihat sesuatu situasi dalam perspektif yang berbeza-beza. Ini akan bantu anda membuat pengamatan dan penilaian yang lebih baik.
Anda juga akan menjadi seorang lebih baik dan bijak dalam membuat keputusan dan mengambil risiko dalam hidup.
Oleh Rebecca Houghton. Ruang terbesar yang gagal oleh program kepimpinan ialah pengurusan pertengahan. Kami memerlukan B-Suite lebih daripada yang pernah kami miliki tetapi mereka tidak mempunyai banyak kejayaan baru-baru ini. Tanpa sebarang sokongan, B-Suite mengalami keletihan dan hasilnya adalah jurang yang semakin melebar antara C-Suite dan B-Suite.
Di episod 4, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimanakah krisis Covid-19 merubah norma terbaru kita? Adakah ia merubah cara kita berkomunikasi selamanya? Disini, Roshan berkongsi perspektifnya tentang krisis Covid-19 dan juga berkongsi tips-tips untuk mendapatkan interaksi atas talian yang efektif.
Kita tidak boleh lari dari kesilapan. Biarpun naluri kita akan lazimnya mempertahankan diri tetapi sekiranya kita bersalah, akuilah kesilapan itu. Tontoni video TOP 10 untuk belajar cara-cara mengakui kesilapan di tempat kerja.