Tip Kepimpinan: Buat Keputusan Untuk BERMULA

Oleh

Roshan Thiran

14-09-2018

1 minit

Template Logo
category-icon

Baru-baru ini, saya terbaca maklumat menarik mengenai pelari terpantas dunia, Usain Bolt

Bolt berlari untuk sekitar sejumlah 115 saat dalam tiga Sukan Olimpik. Di bawah tempoh dua minit, beliau telah

  • Memenangi sembilan pingat emas 
  • Meraih lebih daripada AS$1 juta dalam satu saat larian (pada jumlah lebih kurang AS$120 juta) 
  • Memecahkan Rekod Dunia
  • Menjadi inspirasi kepada jutaan orang di seluruh dunia

 

Ada yang mungkin berkata beliau mempunyai bakat semulajadi — anugerah Tuhan yang telah membantunya mencapai kejayaan. Tetapi kalau kita betul-betul jujur dengan diri, kita akan menyedari bahawa kita semua mempunyai bakat semulajadi, masing-masing diberkati Tuhan. Rahsia kejayaan memang terletak pada pilihan kita — apa yang kita buat dengan anugerah itu.

Usain Bolt tidak dilahirkan sebagai seorang yang hebat. Beliau dilahirkan dengan potensi untuk menjadi hebat. Beliau berusaha selama 20 tahun untuk menjadi mesin lari yang kita kenali dan hormati, untuk mencapai dua minit kecemerlangan yang mengubah hidupnya.  

Usaha gigih dan dedikasi yang tidak mengenal penat lelah untuk melahirkan yang terbaik dari dalam dirinya sendiri adalah apa yang menjadikan Usain Bolt atlet yang hebat.

Bayangkan apa yang boleh anda capai jika anda memutuskan untuk memberi komitmen sepenuh hati untuk menzahirkan potensi anda. Semua orang yang  hebat dalam sejarah — merentasi pelbagai bidang yang tidak terhitung — terpaksa bermula dari sesuatu tempat.

Jadi, nasihat saya kepada anda:

Buatlah keputusan untuk bermula. Selebihnya hanyalah keyakinan dan kesungguhan.

 

Berkaitan: Mulakan Sekarang! Masa Tidak Menunggu Sesiapa

 

Sumber Imej Terencana: Athletics Weekly

Cadangan Buat Kamu