Amalan Hidup Dan Kerja Pemimpin Yang Ulung

Sep 12, 2018 1 Minit
amalan kerja, amalan hidup

Anda mahu menjadi lebih berjaya? Ramai pemimpin dan usahawan yang ulung berkongsi amalan hidup dan yang lebih kurang serupa yang menjadi penyumbang besar kepada kejayaan mereka.

Mari kita melihat amalan hidup dan kerja golongan yang ulung ini.

1. Mereka bangun awal pagi

Penulis Laura Vanderkam telah mengkaji secara menyeluruh jadual hidup ramai individu yang berjaya. Dia menemui satu persamaan yang strategik yang dimiliki mereka semua — mereka bangun awal pagi dan hampir kesemuanya mempunyai rutin yang sama.

Richard Branson merupakan salah seorang model contoh untuk rutin ini.

Rutin bangun awal pagi ada banyak manfaat yag tersirat. Anda mempunyai ruang dan peluang untuk berada di sesuatu tempat sebelum waktunya. Ini memberikan kelebihan waktu untuk anda sebelum anda memulakan apa jua kerja dan impian anda.

Ia juga mempengaruhi mood anda kerana anda tidak perlu tergesa-gesa. Anda boleh mengawal keadaan hidup anda dengan lebih baik.

Bangun awal dan rutin pagi yang bagus membantu anda untuk berasa lebih yakin dan bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran yang bakal berlaku.

Berkaitan: Rutin Pagi Pemimpin Yang Berjaya

2. Mereka tidak cepat panik 

Ramai yang mula rasa stres dan panik apabila apa yang dirancangkan tidak menjadi. Releks! Situasi sedemikian memang boleh berlaku dan akan berlaku. Orang yang berjaya biasanya memang sedar bahawa mereka tidak akan mampu mengawal setiap inci situasi yang akan berlaku. Mereka juga menerima sebarang kesilapan yang berlaku dengan hati dan minda terbuka.

Berhadapan dan menyelesaikan masalah merupakan norma dalam hidup seseorang yang berjaya. Apa yang boleh anda lakukan ialah merancangkan pelan sandaran. Dengan itu, anda akan mampu menangani sebarang situasi yang mungkin timbul dengan lebih tenang dan efisien.

Di samping itu, lapangkan sedikit masa pada hujung hari bekerja untuk merenung kembali apa-apa yang kurang menyenangkan dan perlu diperbaiki. Ini akan menyediakan anda untuk bergerak maju sekiranya cabaran serupa timbul pada ketika yang lain.

3. Mereka bekerja pada bila-bila waktu mereka mendapat inspirasi 

Awal pagi, lewat petang dan hujung minggu adalah waktu-waktu terluang yang selalu dibiarkan kosong untuk beristirehat. Kadang-kadang inilah masanya anda mendapat inspirasi untuk membuat sesuatu tetapi kerana ia masa terluang untuk anda beristirehat, anda mengetepikan inspirasi itu dengan alasan anda akan memikir panjang selepas waktu rehat anda.

Ramai pemimpin yang ulung pula mula bekerja setiap kali mereka mendapat inspirasi, tidak kira waktu mahupun tempatnya. Mereka sedar jika mereka tidak meluangkan masa untuk inspirasi yang terjelma itu, ia mungkin lenyap kemudian. Jadi, sekiranya anda tiba-tiba mendapat ilham atau idea yang hebat, teruskan berfikir panjang dan melakukannya pada waktu itu juga. Jangan sia-siakan inspirasi itu.

4. Mereka melakukan perkara yang penting terlebih dahulu

Kebanyakan orang memulakan hari di pejabat dengan membuat kerja yang remeh padahal, bagi kebanyakan kita, otak kita sebenarnya lebih efektif dan tangkas pada waktu pagi. Jadi, mulakan hari anda dengan membuat perkara yang lebih mencabar dan kreatif.

Pemimpin yang berjaya selalunya merancangkan tugaskan hari esok dan menyenaraikan yang mana terpenting untuk dilakukan terdahulu.

5. Mereka mengatur jadual penuh mereka di satu tempat 

Daripada mengatur jadual harian anda sebahagiannya dalam telefon pinta, komputer peribadi, buku nota dan sebagainya, satukan semua di satu tempat atau alat yang sama.

Tetapkan satu alat yang anda paling suka dan serasi. Sama ada ia tablet, telefon pintar atau buku nota, pilih satu yang boleh anda bawa sepanjang hari ke mana sahaja supaya anda boleh menyusun atur jadual anda secara sistematik. Ini akan membantu anda untuk memenuhi semua temu janji dan tarikh tamat sesuatu tugasan. Ia menjadi lebih mudah dan jelas untuk difaham dan diikut.

6. Mereka mementingkan kerja berpasukan

Banyak syarikat terkemuka di dunia bermula dengan kerja berpasukan. Google diasaskan oleh Larry Page dan Sergey Brin. Apple diasaskan oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak. PayPal pula dibentuk oleh lima sahabat.

Kejayaan tidak bermaksud anda memperolehnya secara bersendirian. Orang yang berjaya adalah orang yang mampu bekerja dengan orang lain, yang boleh berkompromi dan menerima idea orang lain.

Jika anda bekerja secara berkumpulan, pastikan anda mendapat maklum balas daripada rakan sepasukan. Libatkan mereka dalam proses perbincangan dan membuat keputusan. Ini akan membuatkan mereka rasa dihargai, rasa diperlukan dan mendorong mereka untuk turut berkongsi idea dan pandangan.

Berkaitan: Jika Mahu Pergi Jauh, Buatlah Kerja Berpasukan

7. Mereka tidak pernah mengambil ringan tugasan mereka

Pemimpin yang berjaya benar-benar menghargai kerja mereka dan melihat setiap nilai yang boleh diberikan mereka melaluinya. Sukar untuk bekerja jika anda tidak mempercayai diri dan kerjaya anda sendiri! Sangat penting untuk anda sentiasa bermotivasi. Jangan sesekali terkesan dengan mereka yang tidak percayakan anda! Ingat, jika anda yakin dengan diri dan kerja anda, anda tidak perlukan orang lain untuk memberi pengiktirafan mereka.

Ambil masa sejam atau dua setiap minggu untuk muhasabah kembali impian dan matlamat anda. Lihat kembali apa yang anda telah atau akan lakukan untuk mencapainya. Ini akan membantu anda untuk mendekati matlamat anda dengan lebih mudah malah mengingatkan diri untuk sentiasa percaya pada azam dan impian diri.

 

Sumber:  Blog Dr. Azizan Osman

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Ketenangan

Tips Produktiviti: Petua Mencari Ketenangan Saat Kesukaran

Oleh Hazeem Mahayadin. Hidup di dunia ini tak selalunya indah. Kita tentunya menjalani pelbagai kesukaran dalam hari-hari yang kita tempuhi.

Aug 27, 2024 1 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Jangan Takut untuk Gagal

Program Tip Kepimpinan adalah satu rancangan oleh Leaderonomics di mana tip-tip mengenai hal-hal kepimpinan disediakan untuk tontonan ramai.

Jan 01, 2018 1 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest