10 Cara Terbaik Mencapai Keseimbangan Budaya Kerja

Aug 06, 2018 1 Minit
kesimbangan

1. Laraskan perspektif anda tentang kerja

Kebanyakan kita menganggap kerja sebagai, ya, kerja semata-mata. Tetapi, kadang-kadang kita hanya perlu menukar pandangan kita kepada perspektif yang lebih ceria bagi membantu kita menjadi bermotivasi semula. Bayangkan bagaimana sumbangan anda di pejabat dapat mewujudkan suasana harmoni secara menyeluruh. Kerja yang anda lakukan sekarang adalah sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk mencapai matlamat jangka panjang anda.

2. Gunakan cuti anda

Ada pekerja yang tidak mahu menggunakan cuti mereka kerana mereka langsung tidak mempunyai rancangan. Pada mulanya, mengumpul cuti mungkin idea yang baik tetapi kebanyakan syarikat mempunyai peraturan ‘tarikh guna sebelum’. Jadi, anda akan hanya kerugian cuti tersebut atau terpaksa menggunakannya pada masa yang tidak sesuai. Ambillah cuti sehari untuk melancong, belanja ibu bapa makan tengah hari di luar atau sekadar untuk  tidur seharian! Berehatlah.

3. Berbual dengan orang di pejabat dan di luar pejabat

Pupuk perhubungan di mana jua anda berada. Bina persahabatan supaya tidak wujud perselisihan atau perasaan cemburu di tempat kerja. Pada masa yang sama, berusahalah untuk berhubung dengan baik dengan mereka yang tersayang ketika di rumah.

Luangkan masa berkualiti bersama ahli keluarga, berbual mesra dengan mereka supaya mereka tidak berasa dipinggirkan. Ini juga dapat membantu mereka supaya lebih memahami apabila anda melalui saat tertekan di tempat kerja.

4. Berseronoklah setiap hari

Jadualkan aktiviti yang menyeronokkan seperti sesi futsal mingguan atau berjumpa kawan untuk minum kopi pada waktu malam hari kerja. Aktiviti seperti ini akan menyegarkan anda setelah melalui hari yang memenatkan. Aktiviti seperti ini pasti menjadi penawar kepada gejala penarikan hujung minggu.

5. Fahami perbezaan antara ‘segera’ dan ‘penting’

Sebanyak mana kita cuba untuk mengawalnya, dalam keadaan tertentu anda mungkin perlu mengenepikan seluruh konsep memisahkan kerja dan rumah.

Dalam kes-kes tersebut, cuba untuk mengenal pasti kerja yang memerlukan perhatian sekarang (ini adalah perkara ‘segera’) berbanding kerja yang penting tetapi bukan mendesak (ini adalah perkara ‘penting’).

Perkara-perkara yang ‘segera’ dan ‘penting’ adalah yang perlu anda utamakan.

Berkaitan: Bekerja Kerana Sukakan Kerja

6. Dapatkan tidur yang mencukupi

Kita tidak boleh menafikan kenyataan bahawa kerja bermula pada pukul 8.30 atau 9 pagi, jadi elak berjaga-jaga hingga jauh malam.Pastikan yang anda mendapat tidur tujuh jam setiap malam supaya tidak merasa lembap sebelum 11 pagi. Ini juga membantu anda menggunakan masa di pejabat dengan sebaiknya, bermakna anda tidak perlu bekerja lebih masa.

7. Peruntukkan masa untuk senaman

Jangan anggap remeh kuasa senaman. Ia bukanlah hanya tentang mendapatkan bentuk badan yang diingini, tetapi untuk mengekalkan kesihatan, memperbaik ketajaman mental dan harga diri.

Jangan hadkan diri anda dengan hanya pergi ke gimnasium – anda boleh bersenam dengan cara yang menyeronokkan: pergi berenang atau hadiri kelas menari, atau bermain badminton sekali seminggu.

8. Cari hobi, lebih baik jika ia tidak berkenaan dengan kerja

Kebanyakan masa kita di pejabat memerlukan kita menggunakan pengetahuan yang spesifik dan hanya memandang ke skrin komputer dan membaca teks sepanjang hari. Mempunyai minat yang mendalam dan tekun terhadap sesuatu yang tidak berkaitan dengan kerja boleh membantu anda merasa lebih berkeyakinan di luar matlamat kerja anda.

Aktifkan bahagian lain otak atau kemahiran anda dengan mempunyai hobi yang menambah bakat-bakat anda yang lain seperti berbasikal, fotografi atau pertukangan kayu.

9. Jangan bawa kerja pulang ke rumah

Anda perlu pandai memetakkan hidup anda untuk mencapai keseimbangan budaya kerja yang sihat. Wujud ruang yang sesuai di pejabat untuk meningkatkan produktiviti dan seimbangkannya dengan memastikan ruang di rumah memberi keselesaan emosi dan mental.

Elakkan kedua-dua ruang ini bertindih melainkan tiada pilihan supaya anda boleh menukar otak dan rasa angin daripada mod kerja kepada mod rumah.

10. Urus masa dengan bijak

Salah satu cara untuk memastikan bahawa kerja anda tidak memakan waktu pejabat (lebih teruk lagi masa hujung minggu) adalah dengan melaksanakan sebanyak mungkin kerja ketika berada di pejabat.

Kekal fokus dan produktif supaya tiada sesiapa boleh menyalahkan anda sekiranya anda pulang tepat jam 5.30 petang.

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Nilai Murni, Kebolehan Diri

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Jam

Penjejak Masa Pekerja: Cara Memilih yang Terbaik untuk Syarikat Anda

Oleh Linda Carter. Masa adalah wang, terutamanya dalam dunia perniagaan. Pengurusan masa yang betul, bagaimanapun, boleh menjadi proses yang memakan masa untuk kedua-dua majikan dan pekerja.

Apr 09, 2023 3 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Pembelajaran Efektif Melalui Pengalaman

Cuma 10% daripada pembelajaran efektif diperolehi daripada latihan dalam kelas, 70% adalah berasaskan pengalaman, dan 20% adalah melalui pemerhatian.

Apr 13, 2018 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest