#TanyaRoshan: Pengajaran Daripada Bos Pertama

Aug 05, 2018 • 1 Minit
pengajaran, arah
“Apakah pengajaran berharga yang anda peroleh daripada bos anda yang pertama?”

 

“Bos pertama saya di General Electric ialah Mike Petrucelli. Beliau sentiasa mendorong saya untuk keluar dari zon selesa saya. Katanya, rebutlah peluang untuk membuat kerja yang paling sukar. Ketika itu, saya tidak senang diperlakukan sedemikian. Tetapi, lama-kelamaan saya mendapati bahawa dengan membuat kerja yang sukar, ia meningkatkan daya berfikir dan kemahiran saya.

Selain itu, beliau juga menasihatkan saya supaya sentiasa menyiapkan kerja saya secepat mungkin dan dengan sempurna. Ini adalah supaya saya boleh membuat kerja lain seterusnya. Dengan berbuat demikian, saya berpeluang meluaskan pengalaman skop kerja saya.

Beliau selalu mengingatkan saya supaya mempertimbangkan kesan Matthew, yang juga dikenali sebagai ‘manfaat berganda’, iaitu berturut-turut menggunakan bakat dan mengembangkannya. Kalau tidak, apa yang diberikan pun akan lenyap begitu sahaja.

Jika beliau tidak menolak saya keluar dari zon selesa saya, saya mungkin tidak akan berjaya dalam peranan lain di dalam organisasi itu. Dan saya sedari selepas saya bertukar ke jawatan baharu bahawa bos-bos yang terbaik bukanlah yang paling mesra tetapi yang mendorong kita dengan kuat.” – ROSHAN THIRAN

 

Berkaitan: 10 Pengajaran Kepimpinan Untuk Kita Hayati

 

Roshan Thiran ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Leaderonomics, serta penulis dan penceramah kepimpinan yang berwibawa. Sekiranya anda ada soalan berkaitan dengan kecemerlangan kerjaya dan kepimpinan, anda boleh menghubungi beliau melalui roshan.thiran@leaderonomics.com, Facebook dan Twitter.

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Nilai Murni

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

hr tech 2026

Apa yang HR Perlu Fikirkan Semula tentang Manusia, Teknologi dan Dunia Kerja: Sorotan HR Tech Conference & Expo 2026 (Hari 2)

Oleh Anggie Rachmadevi. Teknologi baharu membuka pelbagai peluang, tetapi bagaimana organisasi dapat memanfaatkannya untuk mencapai kemajuan yang bermakna? Ketahui bagaimana Hari 2 HR Tech Conference & Expo 2026 mengetengahkan pendekatan praktikal untuk memperkukuh kepimpinan, menyokong pekerja dan meningkatkan prestasi dalam dunia kerja yang terus berubah!

Oct 14, 2026 • 10 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 • 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Pemimpin yang Berani

Tahukah anda, bagaimana menjadi pemimpin yang berani? Dalam Tip Kepimpinan kali ini, Roshan Thiran berkongsi tip yang menarik untuk menjadi pemimpin yang efektif dan berani.

Jun 24, 2024 • 7 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest