Bekerja Keras Dan Kekalkan Kesihatan Yang Baik

Oleh

Eva Christodoulou

16-06-2020

1 minit

Template Logo
category-icon

Oleh EVA CHRISTODOULOU

Bekerja Keras Dan Kekalkan Kesihatan Yang Baik

Kita sering terperangkap di tempat kerja sehingga kita jarang mempunyai masa untuk bersama keluarga dan rakan-rakan. Apa yang lebih membimbangkan adalah, kita tidak mempunyai masa untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan kita.

Teknologi yang seharusnya menolong kita untuk menyelesaikan tugasan kerja telah menjadikan sukar untuk menghentikan kita dari terus bekerja dan melaksanakan tanggungjawab dan keperluan peribadi kita. Kita sering mulakan rutin pagi dengan terus melakukan kerja –  melihat telefon pintar dan terjebak dalam menjawab e-mel dan mengakhiri hari dengan cara yang sama seperti bagaimana kita mulakannya – memeriksa telefon pintar sekali lagi.

Tambahan pula, dengan komitmen bekeluarga,kita mempunyai sangat sedikit masa untuk menjaga kesihatan. Adakah kita memperhatikan apa yang kita makan, atau kita hanya mengambil apa yang disajikan di hadapan? Adakah kita mempunyai masa untuk bersenam bermeditasi, atau hanya bersantai, untuk menjaga kesihatan badan kita? Sayangnya, kita sering kali tidak mengutamakan kesihatan diri di keadaan yang sangat sibuk.

Jadi,  mari kita ubah untuk menjadi lebih sihat: Cari jalan untuk meningkatkan tabiat makan yang sihat dan lakukan senaman anda. Fikirkan, berapa lama anda boleh terus berjalan tanpa badan yang sihat? Pastikan anda meluangkan masa untuk menjaga kesihatan badan anda. Dan, sebagai kesan sampingan yang baik, selain daripada menjadi lebih sihat, anda juga akan menjadi lebih produktif ketika melakukan kerja.

“Badan sihat, minda cerdas”

 

 

 

Untuk berhubung dengan lebih lanjut, email editor@leaderonomics.com 

Cadangan Buat Kamu